Bismillah, dengan nama TUHAN yang Maha Berkuasa, Maha Mengasihi & Maha Menyayangi. Celah masa sekejap untuk update entrydi blog ini, sudah beberapa hari agak kesunyian. Booth CLC di Medan MARA KL di ruang legar depan Bank Islam. Jemputlah singgah jika ada kelapang, CLC berada di sana dari 1 - 12 Dec 2010. Alhamdulillah di musim cuti sekolah ada yang sudi datang membantu. Hari ini hari ke-5 maka klamp telah pun dibuka dengan selamatnya. Wah Hakim sudah jadi budak besar...... luka belum pulih sepenuhnya, Hakim masih 'pantang' makan telur dan makanan laut. Walaupun dr beritahu tidak ada pantang dalam perubatan kecuali jika anak ada elergi, ibu tetap menjaga makannya supaya luka cepat baik. Maafkan ibu kerana tidak sempat hendak update entry setiap hari walaupun banyak perkara yang hendak ibu kongsikan. Cerita majlis berkhatan Hakim tempohari, gambar-gambar tersimpan rapi dalam folder yang hendak dipublishkan. Masa betul-betul cemburu sekarang, setiap detik dirasakan sang...