Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Booth CLC

Hampir Jam 5 Petang - Booth CLC di KL Sentral Esok 24 Jun 2011!

Banyaknya burung yang berterbangan selepas hujan reda, jam hampir 5 petang dan ibu kena kemaskan semua barang di booth dengan cepat. Esok Comel Lote Collections akan berada di Plaza Central KL Central dari jam 9 pagi hingga 4 petang. Barang-barang yang ibu beli di Guangzhou haritu telah sampai di port, jika tiada sebarang aral, mungkin esok lori akan hantar ke rumah :) Minggu depan minggu yang sibuk, jadual yang penuh. Ibu berdoa agar Allah memberikan kesihatan yang baik kepada ibu agar semua perancangan dapat berjalan dengan baik. Semoga ada kelapangan waktu untuk ibu pulang ke kampung... rindu dengan Cik & Ayoh! Sehingga berjumpa lagi, InsyaAllah.
Assalamualaikum Alhamdulillah Mom&Baby EXPO telah selesai, pertama kali berexpo banyak perkara yang ibu belajar, jika diikutkan mungkin belum sesuai kedai online ini untuk masuk expo yang besar seperti itu. Ibu nekad untuk belajar dari sini dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik jika ada sedikit kekurangan di sana ibu bagi pihak Comel Lote Collections mohon kemaafan. Masih tidak dapat kemaskini website dan blog, modem rosak sehari sebelum expo dan sekarang menunggu untuk gantian modem, ibu yang belum pandai update blog daripada iPhone tidak tahu macamana nak masukkan gambar etc. Terima kasih kepada semua yang terlibat dengan expo terutama ct, mi, lid dan paling tidak dilupakan yang sentiasa menyokong suami tercinta serta anak-anak yang memahami (ibu dah janji nanti nak bawa anak-anak tengok dinasour) birthday hakim yang belum sempat diraikan, insyaAllah kita raikan bersama-sama nanti. Terima kasih kepada semua yang singgah ke booth mungkin ada yang merupakan followe...

Jumpa Ahad ini 24/4/2011 Sarakids Open Day

Setiap hari ibu merindui blog ibu sendiri.... Bila buka, tak tahu nak tulis apa... hehe Baby Umar sudah 1 tahun 10 bulan dan 2 hari (masih baby kah?) sepupu seusianya sudah bergelar abang, dan Aiesyah semasa usianya juga sedang menunggu masa bergelar kakak. Anak bongsu ibu ini sudah semakin lincah fizikal, mental dan juga oralnya, bersembang tak ingat sambil muncung-muncung, kakak dan abangnya layan aje. Kelakar bila abang Hakim senyum sambil memalingkan muka pada ibu bila bercakap dengan adik-adiknya (tak faham ler tu...) Sudah pandai makan dan suap sendiri, pakai baju dan seluar sendiri walaupun kadang-kadang macam ikan duyung, sudah pandai mandi sendiri tak payah disuruh-suruh, sabun sendiri dan gosok gigi sendiri. Baca buku pun dah pandai.... Aiesyah pula semakin berimaginasi, apa sahaja yang dipegangnya pasti ada cerita sendiri, kalau tak percaya bagi sahaja buku dan minta dia ceritakan, sudah tentu ibu terlopong sambil mendengarnya.... Abang Hakim semakin besar pand...

@ Medan MARA KL

Pada yang berada di sekitar KL dan Selangor jemput singgah ke booth kami di Medan MARA KL. Bermula 1 - 12 Dec 2010 dari 10 pagi - 6.30 petang. Teringin nak berjumpa anda, nanti tegur-tegur lah yer. CLC Booth @ Medan MARA KL Terdapat pelbagai barangan dan pakaian bayi, legging, tight, rompers, jumpers, cloth diapers, socks etc dan pakaian kanak-kanak dress, pant, t-shirt, bag etc. Antara hadiah yang paling bermakna dan berharga adalah dorongan dan semangat yang boleh diberikan secara percuma. Salam Mesra, Wan@ComelLote

OldTown White Coffee

Sudah 2 hari blog tak berupdate, tiba-tiba hari ni keluar cerita OldTown White Coffee OldTown White Coffee dikatakan kopitiam terbesar dengan 171 outlet as at October 2010. Ibu tidak pernah ke OldTown White Coffee cuma pernah minum coffee plus Hazelnut, sungguh ibu menggemari aroma dan rasa kopinya. Siapa yang minat dengan kopitiam boleh buat franchise dengan OldTown White Coffee, sekarang telah dibuka kepada bumiputera kerana telah mendapat pengiktirafan halal JAKIM dan mereka ada panel halal sendiri. Berniaga mobile sangatlah meletihkan jauh sekali jika hendak dibandingkan dengan berniaga online. Jualan online duduk relaks dan terima order, buat packaging dan hantar, jualan direct kena berdiri sepanjang hari, muka sentiasa senyum, kena kemas stok yang bersepah dan kena cepat kira duit Hari pertama Jualan Mega di Hospital Sungai Buloh tak menang tangan ibu seorang menjaga booth, jika berkesempatan datang lah sini yer ada lebih kurang 20 booth jualan jer tidak lah seperti Karn...

Cerita Booth

Seronok berada di booth, pelbagai ragam manusia dapat dilihat daripada kanak-kanak sehingga warga emas. Bila lihat kanak-kanak, agaknya kita macam ni dulu-dulu kan? Bila lihat warga emas, bagaimana lah nasib bila kita di usia mereka nanti...... Menjaga booth rupanya jauh berbeza dari mendapat order melalui online, terlalu banyak beza. Bila berniaga direct, ada pelanggan yang minta harga yang tidak logik, sebagai peniaga sudah tentu untung rugi menjadi asas, jika tidak mahu untung baik tidak payah berniaga. Harga kos bagi sesuatu barangan bukannya harga yang dapat daripada pembekal, tetapi termasuk juga kos pengangkutan dan handling. Jika hendak diambilkira semua itu, memang dah murah sangat dengan harga yang ditawarkan. Mengepam di khalayak adalah suatu pengalaman baru bagi ibu, jika sebelum ini ibu hanya mengepam di tempat tertutup, malu juga walaupun sesama kaum, inikan pula di khalayak. Ibu hanya berselindung di belakang booth, de sebalik tiang tapi masih boleh dilihat umum. T...

Booth Hospital Sg Buloh

Sepanjang minggu ini ibu akan berada di Hospital Sungai Buloh, di luar kafetaria tempat laluan pejalan kaki dekat dengan playground kanak-kanak. Kepada yang berada berdekatan dengan Hospital Sungai Buloh datang lah melawat booth ComelLote Collections di sini atau melawat ibu yang kaku tiada geng... hehe Gembira dengan sambutan terhadap Cloth Diapers, ramai yang excited bertanya macam-macam, teruja menceritakan tentang lampin kain ini kepada yang baru mengenalinya, jika anda berada di sekitar sini dan ingin melihat sendiri cloth diapers ini sangat lah dialukan, datang jangan tak datang. Booth ComelLote.Com Macam tak percaya ComelLote.Com telah berada di luar talian, sebelum ini kami dikenali melalui online sahaja. Ibu ingin perkenalkan ComelLote.Com kepada semua ibu-ibu di luar sana. Keadaan booth selepas diterjah pelanggan, ibu suka booth yang bersepah begini daripada tersusun kemas tidak berusik :-D Kami akan berada di sini dari 11 - 15 Oct 2010, jam 10 pagi hingga 6.30 pe...