Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Cerita Pasti

Sabtu 18/6/13: Nasi Dagang dan Kambing Bakar

5:48pm (20/5/13)  Alhamdulillah masih bertenaga walaupun hanya sahur dengan air kopi sauda dan kurma sahaja. Masih bertenaga untuk teruskan puasa sunat Rejab hari ini. Untuk rekod hari ini bersamaan 10 Rejab 1434H. Berbalik kepada cerita Hari Sabtu, pagi Sabtu selepas telefon adik sekitar jam 7.30pagi kami terus bersiap untuk ke rumahnya di Puchong, bertemu dengan kedua orang tua yang sampai petang Jumaat. Berbelah bagi mahu pergi Sabtu atau Ahad memandangkan Sabtu petang ada kuliah Feqah Ustaz Hazri Hashim dan malamnya selepas maghrib bakal diadakan mesyuarat dan jamuan di Pasti. Pasti kami jadi tuan rumah kali ini. Dalam perjalanan sempat lagi kami singgah ambil stok Tepung Magik dan Mashed Potato, tepung sudah habis dan sudah ada yang mahu beli lagi. Sudah penuh bonet kancil comel kami dengan 2 carton barang. Sampai sahaja di rumah adik, terus dijamu nasi dagang.... emm sempat 2 kali makan! Adik buat nasi dagang sempena hari lahir anak pertamanya Rashdan ya...