Jujurnya ibu tidak pernah makan frozen yogurt atau aiskrim yogurt di outlet Tutti Frutti sebelum ini. Ibu bayangkan Tutti Frutti ini menyediakan pelbagai jus buahan dan buah-buahan segar berbagai jenis :) Tutti Frutti dimiliki oleh kumpulan NAZA memberi peluang kepada individu yang berminat untuk menjalankan bisnes franchise ini. Jika tidak salah telah hampir 50 outlet Tutti Frutti walaupun baru 2 tahun diperkenalkan di Malaysia. Bukan hanya di Malaysia tapi juga terdapat di Brunei, Cambodia, Singapura dan Thailand tidak lama lagi. Menarikkan? Gambar ibu ambil dari sini Tutti Frutti Frozen Yogurt ini asalnya dari US dan Kumpulan NAZA memiliki master license di 5 buah negara di atas. Outlet yang pertama dibuka di Sunway Piramid. Mendapat undangan daripada abang ipar sempena perasmian pada 1 Sept 2011, Tutti Frutti pertama di Kota Bharu yang terletak di QueensPark, Taman Perbandaran Tengku Anis. Memang pusing juga kami mencari tempat ini sebab tidak biasa dengan jalan-jalan di Kota...