Teks: Wan Rohani Anak-anak bermain sambil belajar. Bermain bukanlah untuk keseronokan semata-mata bagi anak-anak. Banyak perkara yang anak belajar secara langsung atau tidak langsung semasa bermain. Apabila pulang ke kampung, antara aktiviti wajib kami akan bawa anak-anak bermain air dan pasir pantai. Namun ianya terhad dengan masa yang ada. Memang tidak dapat dinafikan, anak-anak memang gemar bermain pasir pantai. Satu atau dua jam untuk aktiviti ini memang tidak cukup. Banyak kebaikan bermain pasir. Salah satu terapi untuk lembutkan jemari anak-anak, mengasah skil pergerakan jemari halus. Selain bermain pasir, menguntai manis, menggunting dan menampal. Kebaikan bermain pasir: Mengasah skil pergerakan jemari halus Menggenggam, menggempal, mengurai dan lain-lain. Ini membantu untuk aktiviti lain yang banyak menggunakan jemari halus. Meningkatkan daya tumpuan dan fokus Membina bangunan istana pasir bertingkat-tingkat, menghubungkan bongkah-bong...