Skip to main content

Posts

Showing posts with the label PBAKL 2013

Cerita Pesta Buku Kuala Lumpur PBAKL 2013

Alhamdulillah sempat ke PBAKL tahun ini, kami memang merancang untuk ke PWTC menaiki tren KTM, ianya lebih mudah, cepat dan jimat. Tambahan dengan anak-anak yang teruja naik tren (orang kampung ibu kata darat) Sampai sahaja di stesen KTM Rawang, terkejut kami dengan deretan orang ramai beratur membeli tiket, kebanyakannya adalah warga asing... nak kata pergi mengundi, 4 hari lagi. Kami ubah fikiran untuk terus ke sana dengan kereta, Hakim sudah muncung 14 belas, ok kita naik di Batu Caves sahaja kata abah. Sampai di sana, Alhamdulillah parkir masih lapang, tidak ramai orang. Dari tempat parkir, tiada lif, kena panjat tangga... ibu gayat naik tangga tinggi berlubang begini, ketar lutut ibu! Nasib baik pimpin Aiesyah, jadi kena bertabahlah duhai ibu. Tangga begini tidak mesra rakyat yang jenis gayat macam ibu, apalagi warga tua yang biasanya sakit dan lenguh lutut. Pertama kali melihat tangga begini di stesen KTM dengan tidak disediakan lif (mungkin belum siap, tidak ibu k...