Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Pelik Tapi Benar

Anak Manusia Hisap Susu dari Ibu Lembu

Semasa berehat di rumah pagi Sabtu yang lepas, ibu tengok berita pelik ini. Seorang anak berusia 20 bulan dari Kemboja menghisap susu terus dari ibu lembu. Bayi ini melakukannya setelah melihat anak lembu menyusu lalu mengikutnya. Bayi ini tinggal bersama datuknya setelah ibu dan bapanya meninggalkan kampung dan ke kota mencari pekerjaan. Dikatakan anak ini menyusu 2 kali sehari. Bayi ini rindu dengan ibunya, bagaimana perasaan anda sebagai ibu bla melihat gambar ini? Jujurnya ibu merasa sedih dengan berita ini, sebak rasanya walaupun mungkin bagi sesetengah orang ini adalah berita yang pelik dan lucu. Melihat video anak yang menyusu dari seekor lembu ini mengingatkan ibu kepada anak bongsu ibu Umar yang lebih kurang sebaya anak ini. Sungguh berbeza kan? Jika kita menyusukan anak sambil memeluk erat anak tapi ibu lembu hanya berdiri sahaja di situ. Tiadakah ibu lain yang tinggal berdekatan menyusukan bayi ini sehingga sanggup membiarkan anak sekecil ini mendapatkann...