Salam pagi Jumaat yang penuh keberkatan, ibu doakan kalian berada di bawah lembayung rahmat Allah dan diberikan kebaikan serta rezeki yang melimpah ruah penuh barakah. Ibu tercari-cari topik yang sesuai pagi ini, nampak gaya 'akok' sering muncul di fikiran jadi ibu buat keputusan untuk kongsikan resepi 'akok' ringkas ini. Kami sekeluarga memang sukakan kuih tradisional ini, bila balik kampung selalu singgah di gerai sebelum sampai Jerteh untuk dapatkan kuih idaman hati ini. Sungguh enak di makan masa panas :) Sebelum ini ibu hanya tahu beli sahaja, sehinggalah terlihat rancangan Resepi Ummi di TV Al-Hijrah. Memang senang sahaja membuatnya dengan menggunakan pembakar roti. Ingatkan bila ada arang aje boleh bakar akok. Bahan-bahan dan cara membuatnya 200ml pati santan (1 bungkus santan kecil tu sedang elok je 200ml) 150gm manisan/gula melaka (ibu kurangkan sikit kuantiti untuk kurangkan manis) 100ml air - dimasak bersama manisan sehingga ca...