Cerita 2 minggu lepas tak sempat nak cerita, tapi nak kongsi juga hari ni :) Kami plan nak buat passport anak beranak, jadi sehari sebelum ke Pejabat Imigresen, kami semua ke kedai gambar berdekatan untuk ambil gambar passport dengan kos RM15 untuk 8 keping gambar. Sampai di kedai gambar jam 8.30 malam kedai pun dah nak tutup tapi staff kat situ setuju untuk snap dan collect esok pagi. Cara staff ambil gambar macam kitorang ambil gambar suka suki di rumah sahaja. Anak duduk di kerusi dan staff ambil gambar sambil berdiri dengan camera digital biasa sahaja (memang begitu kah?) Esoknya kami datang, dan ibu sedikit tidak puas hati dengan gambar ibu yang agak gelap, latar biru muda jadi biru gelap dan gambar Umar yang matanya memandang ke atas. Ibu minta staff cek 2 gambar yang diorang snap Umar semalam (masa snap tu pun ibu agak tidak puas hati sebab kedudukan mata umar tidak betul-betul mengadap kamera) ibu dah minta diorang snap lagi sekali, tapi dia cakap ok dah yang tadi kak. ...