Skip to main content

Posts

Showing posts with the label masakan ringkas

Resepi Berbuka Day 8: Ayam Goreng Crispy Tepung Magik

Alhamdulillah, sudah sampai hari ke-8 berpuasa, masih lagi bertahan untuk tidak ke bazar Ramadhan, dan minum ais. Antara azam puasa tahun ini... tahun lepas ada juga ke bazar walaupun hanya beberapa kali sahaja, tahun ini biar makan ringkas, air tangan sendiri. Bukan apa, sebenarnya pernah ada pengalaman mengalami keracunan makanan gara-gara beli makanan di bazar, pernah juga makan kuih tak ada rasa.... nampak menarik. Ye lah peniaga juga puasa, mereka tidak dapat merasa makanan yang mereka masak. Cirit-birit di bulan puasa memag menyeksakan, lembik... Jadi bermula tahun lepas, ibu mahu memasak sendiri juadah berbuka, biar ringkas, tapi cukup mengenyangkan. Alhamdulillah di Malasia belum lagi ada kes tidak dapat makan langsung semasa bersahur atau berbuka (jika ada pun kes terpencil yang tidak diketahui), jauh berbeza dengan warga Somalia yang menghadapi kebuluran serius akibat tiada apa hendak dimakan. Tadi ibu dengar tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Syed Norhisyam, kata us...

Cara Mudah Dan Cepat Sediakan Lauk Berbuka dan Bersahur

Assalamualaikum, salam Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa Bila tiba bulan puasa, kaum ibu antara yang sibuk, pulang saja ke rumah perlu sediakan juadah berbuka, jika tidak sempat masak, singgah sahaja ke bazar ramadhan... pelbagai pilihan makanan ada di sana, tunjuk dan sediakan duit sahaja. Walaubagaimanapun perlu berhati-hati memilih peniaga dan gerai yang bersih, jangan ada yang terkena keracunan atau cirit-birit. Pagi-pagi biasanya kaum ibu yang bangun paling awal, sediakan makanan bersahur, kejutkan anak-anak. Ibu-ibu perlu bijak mengatur jadual dan membuat perancangan agar masa tidak terlalu banyak dihabiskan di dapur.  Antara cara yang boleh dilakukan ibu-ibu untuk menjimatkan masa sediakan juadah berbuka dan bersahur: Sediakan Lauk SejukBeku Ini antara cara yang ibu lakukan, masak dengan kuantiti yang banyak (biasanya ibu buat untuk 3 kali makan) masukkan 1/3 lauk ke dalam tupperware, simpan deep freezer. Sangat berguna di saat ibu tidak se...