Tangan kaku tidak tahu apa yang hendak ditaip Mata pejam celik pejam celik memandang skrin Otak ligat berputar mencari idea.... apa yang hendak ditulis? Memang sudah kaku :) jangan dihitung berapa lama ibu tidak update blog sebab memang dah lama :D Sudah hampir sebulan kami pindah di rumah baru dan sebab itu talian internet terputus kerana rumah baru tiada line telefon juga streamyx. Ibu ada gunakan Digi Broadband tapi alahai faham-faham lar, jangan kata 3G, Edge pun tak nampak batang hidung. Alhamdulillah dapat online dengan jayanya selepas subscribe Celcom Broadband dengan menggunakan modem yang sama. Digi Broadband ibu perlu bayar RM70 sebulan, guna atau tidak itu belakang cerita, kerana setiap bulan mahu atau tidak tetap juga kena bayar RM70. Dengan celcom Broadband ibu jimat RM2 :) RM68 sebulan. Oh bukan itu sahaja ibu juga jimat RM110 sebab sudah terminate line streamyx, dan dengan rasminya ibu tiada talian fax di rumah :( Ibu juga gunakan mobile data dengan bayaran RM68...