Skip to main content

Posts

Fire...Fox!

Jika ada tengok template blog saya ni sudah berubah wajah, bukan suka-suka yer saya bersusah payah menukar template dan menggunakan warna tema pink yang sama seperti sebelumnya. Saya suka pink blog ini.... maaflah pada anda yang tak gemar dengan warna ini... lembut dan segar sesegar mata memandang. Warna kegemaran tetap biru cuma saya suka tengok warna pink.. Sudah 2-3 hari saya runsing dan tension ala-ala profesor rambut putih tebal dan mengerbang sebab kelembapan kura-kura yang melanda laptop saya ni terutama bila buka blog ini. Apakah masalah sebenarnya... sehinggakan laptop ini menjadi terpadam sendiri beberapa kali. Mula-mula saya suspek Firefox v 3.5 yang saya baru update sudah 2 kali saya uninstall dan install masih juga sama. Saya ni tidak berapa suka menggunakan IE kerana IE ini seolah tidak mesra alam dengan saya. Secara peribadinya daripada dahulu sehingga sekarang memang FireFox menjadi pilihan. Petang semalam selepas abang balik kerja terus saya mengajaknya ke kedai...

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL - Minda Separa Sedar

HIDUP mesti BERANI UNTUK GAGAL! Definisi HIDUP BERANI UNTUK GAGAL mengikut penilaian individu, bagi saya setiap manusia perlu HIDUP BERANI UNTUK GAGAL . HIDUP BERANI UNTUK GAGAL bukan bermaksud gagal dalam hidup tapi mesti berani menempuhi segala cabaran dan dugaan untuk terus hidup. Semangat juang perlu ada bagi insan yang ingin berjaya dan mencapai kegemilangan di dalam hidupnya. Kenapa perlu mengalah sebelum berjuang? Saya belum lagi mengecapi kegemilangan dalam hidup seperti yang saya inginkan. Banyak perkara yang terbuku di hati, tidak pernah diluahkan kepada sesiapa hanya luahan dalam bentuk peta minda dan target kehidupan yang masih lagi belum menjadi kenyataan. HIDUP BERANI UNTUK GAGAL seakan sebati dengan jiwa saya. Jika tidak mencuba mana kan tahu berjaya atau gagal, jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Setiap apa yang dilakukan mestilah dengan bersungguh-sungguh. HIDUP BERANI UNTUK GAGAL bermula dengan perancangan hidup termasuk kewangan, keluarga, pe...

Makan Luar

Pagi Anak: Jom ibu kita gi makan kat luar... da lama tak makan kat luar Ibu: Ye ke? Anak: Iyeerrr.... Ibu: Ok nanti Ayah balik kita ajak ayah makan kat luar.. Petang Anak: Ayah..ayah jom kita makan kat luar malam ni Ayah: Camana ibu ok? (sambil pandang ibu) Ibu: Ibu ikut aje... Malam Anak: Apa ayah ni apa ibu ni tadi dah janji nak makan kat luar... huaaa Ibu: Ni kat luar dah ni Anak: Adik nak makan kat restoran luar.. bukan luar rumah....!!! grrrrr! Cuba teka ini petikan dari cerita apa?

Sains... Science

Sains dan kehidupan memang tidak dapat dipisahkan, jika dipisahkan maka pincanglah sains musnahlah kehidupan (ini lagu dan irama). Secara umumnya, sains boleh didefinisikan sebagai ilmu yang dihasilkan melalui cerapan (iaitu analisis dengan menggunakan panca indera) serta fahaman yang lahir daripadanya. Ia juga boleh diertikan sebagai huraian secara sistematik tentang fenomena tabii atau alam semula jadi. Huraian secara sistematik melibatkan penggunaan intelek di samping kaedah yang dapat diukur (quantitative). Sains mengikut Encarta Encyclopedia ialah, “ Systematized knowledge in any field, but applied usually to the organization of objectively verifiable sense experience ” Ia bermaksud, “Sains dalam skop yang luas bermaksud ilmu-ilmu yang diperoleh secara sistematik berdasarkan pengalaman deria yang dapat dibuktikan secara objektif” Islam memberi kebebasan kepada para saintis untuk mengkaji, namun ia menyedari keterbatasan intelek yang dimiliki manusia. Justeru, sains Islam menjad...

Bila Abah bawa Baby ke Klinik

"Ini kisah seorang anak yang duka nestapa kerana ibunya tiada" baca dengan nada lagu ubat batuk cap ibu dan anak. Ini bukannya kisah anak yang sudah kehilangan ibunya tapi kisah anak kecil yang pergi ke klinik tanpa ibu. Seperti biasa appointment klinik selalunya jam 11 pagi supaya senang abahnya keluar ponteng kerja dari ofis dan hantar ibu dan baby ke klinik. Jam dah menunjukkan jam 11.30 tapi wajah abah belum lagi kelihatan di depan pagar rumah. Isk lupa kah hari ni ada appointment klinik dah cakap dah semalam terus ibu call.... ok2 on the way..on the way (jawapan standard bagi orang yang sampai lewat). Apabila jam sudah hampir jam 12 baru kedengaran deruman gegaran satu taman kereta. Bila abah masuk rumah ibu mula buat muka macam telur separuh masak 'abah pergi dengan baby jer la.. ibu takmo pergi dah lewat ni..!' teruknya perangai ibu ini. Ibu sebenarnya agah-agah ajer.. yer lah ayat merajukkan. Alih-alih abah ambil baby Umar dan tuala kecil terus bawa masuk ...

Ceritera Kehidupan

Selamat berhujung minggu kepada semua.... pagi ni enak jika masih dibuai mimpi kerana cuaca dingin nak beku pun ada rasanya . Saya macam biasa dengan rutin harian yang tiada kenal 'weekend' , hari-hari adalah sama sahaja bagi saya kecuali jika di hari minggu saya ada 'pembantu' yang rajin menolong urusan rumah dan anak-anak, siapa lagi kalau bukan abah mereka. Jika di hari biasa saya tidak sabar-sabar menunggu jam 6 ptg tetapi di hujung minggu saya bersenang hati sedikit terukkan ibu ni? Abah dah sibuk merayau bukan meroyan yer mencari sekolah taska untuk Hakim yang berdekatan dengan rumah baru kami maklumlah tahun depan dah nak masuk 5 tahun. Ramai ibubapa yang hantar anak sedari 4 tahun lagi tapi kami punya pendirian berbeza, biar ibu aja yang menjaga anak sewaktu mereka kecil kerana rumah adalah sekolah pertama anak-anak. Banyak lagi mende yang perlu dibeli dan disiapkan untuk persekolahan Hakim, nampaknya ibu pula yang excited, Hakim pula bila sebut aja sekolah ...

Reserve... Reserve

Ramai yang menggunakan perkataan simpan, saya lebih suka menggunakan perkataan reserve kerana reserve menentukan kestabilan psikologi kita. Pada umumnya ramai daripada kita merasa selamat dan stabil kerana kononnya mempunyai pekerjaan tetap. Tapi ramaikah daripada kita jika diberhentikan kerja hari ini boleh hidup untuk 3, 6 dan 9 bulan lagi? Dalam perancangan kewangan, kita perlu menyediakan reserve sekurang-kurangnya 9 bulan sebelum kita mula melabur. Tapi saya mencadangkan kita membina reserve bermula dari 3 bulan, 6 bulan dan 9 bulan. Kalau boleh 12 bulan ke atas. Ini bermakna sekiranya apa-apa berlaku kepada kita, kita boleh hidup tanpa bekerja untuk beberapa bulan. Saya telah lihat mereka yang tiada reserve , psikologi mereka agak tertekan dan susah untuk memberikan tumpuan kepada pekerjaan. Kenapa tidak, bila bil dan pinjaman tidak berbayar. Bagi mereka yang ada reserve , tekanan perasaan adalah agak kurang dan konsentrasi kerja adalah pada tahap boleh diuruskan. Untuk ...