Skip to main content

Posts

Jumpa Makcik Pijah di Pantai Bukit Keluang

Selamat berpuasa yer semua, bila ibu puasa blog juga turut berpuasa nampaknya.... Entry ini sepatutnya entry pertama selepas balik kampung haritu, hehe kesian makcik Pijah nak tengok gambonya yang sekeping nan ayu ini. Sebenarnya bukannya akak nak simpan buat pekasam gambar ni pija tapi sebab gambar ibu yang kurang cun compare dengan mak dara manis kat sebelah ibu tu. Sebelum tu kan mari tengok gelagat anak-anak ibu bersama sepupu mereka bila ke pantai  Parking jer, tengok 4 sekawan ni tak sabar nak ke pantai  Sampai jer terus masuk air  Pantai Bukit Keluang  Siap bawa bekal tu, air teh o dan kepok lekor dalam plastik putih tu  Berani anak dara ibu ni main air  Kaki siapa bulat-bulat ni?  Belajar ambil gambar ala-pro  Anak buah  Ibu, macamana yer orang berenang? Cam ni ker Taraaa.....  Kan dah cakap orang sebelah tu ayu bukan macam ibu ni :D Ahmadi pun ada.... Tak sempat pula nak snap gambar anak-anak pija, comel2 s...

Azam Ramadhan

Bismillah Selamat berpuasa ibu ucapkan kepada anda semua, semoga ibadah puasa tahun ini adalah yang terbaik dan pastinya lebih baik dari yang sebelumnya. Untuk menjadikan puasa ini adalah yang terbaik mestilah ada azam untuk Ramadhan tahun ini. Puasa Penuh - InsyaAllah jika tiada sebarang keuzuran syarie puasa mesti dilengkapkan sepenuhnya tanpa sebarang alasan letih atau penat walaupun mengandung atau menyusukan anak. Niat memulakan puasa sangat penting kerana niat menggerakkan seluruh anggota fizikal yang lain. Lengkapkan Terawih - Seperti tahun sebelum ini, ibu hanya melakukan solat terawih di rumah, paling aman apabila semua anak-anak telah dibuai mimpi, tidak mahu miss walau 1 malam pun jika diizinkan Allah. Khatam Quran - Selepas beberapa tahun gagal khatam Quran di Bulan Ramadhan tahun ini ibu berazam untuk lengkapkan 30 juzuk dalam masa 30 hari ini, InsyaAllah. Caranya baca 0.5 juzuk pada waktu awal pagi selepas solat Subuh dan 0.5 juzuk di waktu malam selepas sel...

My First Nuffnang Cheque

Dah sampai.....! Dah dapat dari minggu lepas sebenarnya, baru sempat nak publish. Gembira sebab sebelum ni ibu duk baca dari blog yang lain tentang cek Nuffnang mereka, kali ni ibu sendiri yang dapat cek Nuffnang, memang berbaloi anda letakkan iklan Nuffnang dalam blog anda! Walaupun untuk kali pertama ini jumlahnya tidaklah mengujakan, Alhamdulillah daripada tiada langsung. Haritu berangan nak makan ikan bakar kat Jeram tapi memandangkan esok sudah nak puasa dan malam ni dah mula Solat Tarawikh, jadi simpan jer lah duit ni dulu. Lepas 1 BE dah bertukar ke ME, sekarang ada lagi 3 BE, harapnya dapat kekal berterusan begini atau lebih banyak lagi. Bagi yang tidak biasa dengan Nuffnang, BE adalah Buffered Earning aka iklan yang melekat di blog dan ME adalah Metered Earning aka lepas dah habis tempoh BE tu iklan akan bertukar ke ME dan baru bertambah jumlah earning kita untuk cash out. Alhamdulillah, jumlah earning sekarang sudah melebihi jumlah cek yang dapat dari Nuffnang, j...

Peserta Comellote Giveaway

Selepas tertangguh beberapa hari, Alhamdulillah hari ni sempat kumpulkan senarai peserta Comellote Giveaway. Terima kasih pada semua yang sudi sertai giveaway ibu yang tidak seberapa ini. Sila cek nama dan link entry anda make sure semuanya betul, risau juga ibu takut tersilap link, jika ada yang tertinggal sila maklumkan pada ibu di kotak komen di bawah. Ada beberapa peserta yang join dan jawab soalan tapi komen tidak ditinggalkan mana ibu nak tahu link entry anda.... ibu beri masa sampai isnin ni 09/08 12 tengahari. Jika tiada sebarang feedback daripada anda, maka automatik penyertaan anda terpaksa ibu batalkan. 1. MamaYatie http://dis-mysimpleworld.blogspot.com/2010/07/free-bag-keychain-yang-cute.html 2. Zaikulim http://zaiikulim.blogspot.com/2010/06/free-bag-keychain-yang-cute.html 3. cicakgirl http://cicakgirls.blogspot.com/2010/06/free-bag-keychain-yang-cute.html 4. Mamalyna http://ejanblog.blogspot.com/2010/06/free-bag-keychain-yang-cute.html 5. kakyong http:/...

Update Hari Ini 09/08/2010

Bismillah Nampaknya ibu masih tidak punya peluang untuk membuat entry yang panjang-panjang, bagi sedikit ruang untuk ibu uruskan hal-hal yang perlu diutamakan dahulu. Terima kasih kepada rakan yang singgah di sini, demam balik kampung minggu lepas masih belum reda, anak yang tidak berapa sihat, sekarang suami pula yang kurang sihat. Alhamdulillah ibu masih kekal bertenaga. Hari minggu baru ni ibu dan keluarga tiada di rumah, ziarah ke rumah kakak ibu dan beramai-ramai menghantar mak dan ayah menaiki penerbangan di KLIA ke Yaman. Gembira nampaknya kedua ibubapa kami, hajat untuk bertandang ke tanah suci buat kali kedua dimakbulkan Allah, mudah-mudahan segala urusan berjalan lancar dan selamat pergi dan kembali ke tanah air selepas raya nanti. Rombongan di bawa ke Yaman, dan Syria sebelum ke Madinah dan seterusnya Mekah, pulang singgah lagi ke Yaman dan terus ke Malaysia. Seronoknya ibu rasa macam  ibu pula yang akan ke sana. InsyaAllah mohon diperkenankan doa dan dimurahkan ...

Anak Perempuan

Anak lelaki dan anak perempuan memang berbeza dari pelbagai segi, minat kecenderungan, cara perpakaian, pemikiran dan macam-macam lagi. Walaupun ibu punya anak perempuan, ibu tidak pernah bezakan antara anak perempuan dan lelaki kecuali dari segi berpakaian, itupun aiesyah masih suka memakai seluar dan t-shirt berbanding baju kurung dan dress. Sebenarnya bukan pasal anak perempuan ibu, entry ni nak cerita anak buah ibu. Biasanya kami bila pulang ke kampung atau dari kampung ke selangor akan singgah di rumah kakak di Kemaman. Separuh perjalanan, singgah berehat, makan kadang-kadang bermalam dan bertolak awal pagi dengan lebih nyaman dan selesa. Masa kami singgah baru ni, kami bermalam di bilik anak buah darjah 3. Memang obses dengan barbie dan princess anak buah sorang ni maklumlah anak perempuan pertama selepas 2 orang hero. Sempat ibu snap barang-barang milik anak buah yang kebanyakannya berwarna pink dan ada gambar princess. Tabung duit Wallet dan pencil case Organizer bo...

Bulan Penyusuan Susu Ibu

Susu ibu anugerah yang tidak ternilai kepada makhluk Allah yang berspesis mamalia terutamanya. Lagikan haiwan punya naluri untuk menyusukan anak mereka tanpa disuruh sesiapa kerana ini adalah naluri dan fitrah semulajadi apalagi manusia yang dikurniakan akal fikiran yang sempurna. Picture credit from here Walaupun ini adalah fitrah tidak semua ibu-ibu dapat menyusukan anak mereka dengan sempurna kerana perkara semulajadi kadang tidak datang dengan senang, sama seperti mendidik anak, ibubapa perlu belajar dan mencari ilmu untuk menyempurnakan tanggungjawab ini. Ibu juga hanya insan biasa yang tidak pernah melengkapkan penyusuan susu ibu untuk 2 anak terdahulu, tapi kali ini ibu nekad berubah untuk berikan yang terbaik. Untuk berubah kita perlu ada 4 perkara; 1. Ilmu Bagaimana unuk mendapatkan sesuatu jika tiada ilmu, ini paling penting dalam apa jua yang hendak dilakukan. 2. Mindset Teruskan dengan fikiran yang positif, untuk mencapai sesuatu yang dihajati 3. Usaha Yang...