Skip to main content

Posts

Peserta Bertuah Comel Lote GiveAway

Assalamualaikum... Seperti yang telah dijanjikan dalam entry sebelum ini... 3 peserta bertuah untuk Comel Lote GiveAway adalah: 1. Puan Latifah Bee Kay Entry GiveAway :  http://puanbee.com/comel-lote-collections-butik-online-untuk-kanak-kanak/ Peserta bertuah menerima 12" EggShell Bagpack  (Corak Princess) 2. KakYong Habibah  Entry GiveAway : Peserta bertuah menerima 2pcs Smocking Dress Warna adalah mengikut size yg available tuk anak dara kakyong InsyaAllah. 3. Along Nida Entry GiveAway :  http://alongnidar.blogspot.com/2011/11/giveaway-by-comel-lote-collections.html Peserta bertuah menerima Set Dressing Table (Along Nida mahukan set kitchen untuk anak-anaknya, tetapi set kitchen yang ada itu ada problem (reject), jadi ibu gantikan dengan set dressing table ini, harap Along Nida setuju dengan pertukaran hadiah ini) 2 Peserta yang bakal menerima bag angry bird adalah..... : 1. Mama...

Pemenang Bertuah Comel Lote Give Aways

Bismillah, dengan nama Allah... Alhamdulillah dengan izin Allah ibu masih mampu lagi duduk dan menaip untuk kali ke-2 selepas sekejap tadi habis semua isi kandungan terpadam, berilah ibu ini kesabaran. Ibu sempat meneguk sedikit ilmu di Productive Muslim Seminar yang berlangsung 2 hari lepas di UIA Gombak,  ibu kagum dengan semangat dan perkongsian oleh saudara Mohamad Faris atau AbuProductive seperti perkongsian di dalam www.productivemuslim.com Alhamdulillah dengan sedikit kurniaan Allah ini ibu ingin sekali berkongsi dengan kalian terutama peserta Give Aways kami baru-baru ini.  Sebelum itu ibu mohon berbanyak maaf atas kelewatan yang berlaku disebabkan kekangan masa dan Allah yang tidak mengizinkannya berlaku (sudah semestinya).  Seperti kata pepatah Inggeris, 'Save The Best for The Last' jadi ibu suka sekali untuk mengumumkan bahawa akan ada 3 peserta bertuah yang akan menerima hadiah barangan yang ingin dimiliki oleh mereka, bukan seorang ...

Productive Muslim Seminar

Minggu lepas ibu dah belek-belek pasal seminar ini di blog  melihatkan pada harganya sangat berpatutan dengan 2 penceramah jemputan yang sangat hebat, lihat poster sebelah kanan. Menarikkan? Santai-santai pagi Ahad sambil menonton Rancangan Assalamualaikum di TV Al-Hijrah. TV rumah ini memang channel 6 je TV Al-Hijrah setiap hari, kami tidak menggunakan Astro, channel 6 yang kami set sendiri. Sejak dapat channel 6 ni, memang kami tak layan dah channel lain :) Ibu suka sangat dengan TV Al-Hijrah sebab kebanyakan rancangannya sangat berilmu dan bermanfaat. Ibu suka sangat dengan madrasah Al-Hijrah, ada ilmu Al-Quran, Akidah, Syariat dan Akhlak. Satu lagi adalah J.O.M Jalan Orang Mukmin. Memang boleh refresh apa yang ibu belajar masa sekolah dulu, dan dapat banyak ilmu baru. Tiada iklan yang menjolok mata, ibu harap sangat TV Al-Hijrah dapat kekalkan identiti sampai bila-bila. Iklan mestilah yang sopan sahaja :) Selang masa diisikan dengan zikir, dikir dan ...

Syukur dan Terima Kasih

"Sekiranya kamu bersyukur, akan Allah tambahkan nikmat kepada kamu, sekiranya kamu kufur, sesungguhnya azab Allah itu amat pedih" Pentingnya untuk menyemai sikap syukur terutama kepada anak-anak kecil supaya sifat syukur ini menjadi amalan mereka. Sentiasa mengucapkan terima kasih adalah petanda syukur. Mari kita mulakan! Walaupun ibu masak nasi dan lauk biasa-biasa sahaja untuk makan pagi, tengahari atau malam, anak-anak ikut abah cakap 'terima kasih ibu'.  Bila kita mulakan sesuatu yang baik, ianya menjadi sangat manis. Seperti memberikan seseorang chocolate, dan    ada yang menghadiahkan kita juga chocolate yang sama tapi lebih manis rasanya. Terima kasih sangat simple dan senang, tapi sukar untuk diucapkan jika tidak diamalkan. Jika anak kecil yang baru pandai bercakap sudah pandai mengucapkan terima kasih, apalagi orang dewasa seperti kita semua. Dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu betapa berbunganya hati ibu ini bila ana...

Anak Kencing Malam

Anak ibu yang bongsu Umar dalam latihan buang air di tandas, hampir 6 bulan sudah Umar tidak menggunakan sebarang diaper tidak kira siang atau malam. Ibu tidak mahu Umar keliru dan mengambil ringan untuk buang air di mana-mana sahaja yang disukainya.  Setiap perkara perlukan latihan, macam itulah juga dengan latihan ke tandas ni, sebab itu berlaku keciciran dalam proses latihan ini. Aiesyah dulu hampir 4 tahun pun masih lagi keciciran terutama waktu pagi. Proses latihan memerlukan sedikit tenaga dikeluarkan seperti membasuh toto hampir setiap hari, jika tidak maka tiada alas toto untuk tidur pada malamnya atau tenaga mengangkat anak yang tiba-tiba, memegang .... nya dan kelihatan seluarnya sudah kebasahan. Respon ibu? Marah? Tidak perlu kerana inilah proses kehidupan seorang anak yang normal. Ibu juga begitu agaknya semasa kecil dahulu malah mungkin lebih teruk lagi. Menguruskan anak tidak lar memenatkan seperti menguruskan toto yang hendak dicuci. Toto yang b...

Peserta Comel Lote GiveAway

Alhamdulillah, hari ini sempat ibu update entry tentang GiveAway yang sudah lama tertangguh. Terima kasih kepada semua peserta, ibu listkan di sini peserta yang isi form GiveAway, kerana di sana terdapat semua maklumat yang ibu kehendaki, tetapi ada juga yang isi form tetapi tidak masukkan maklumat email dan sebagainya. 1. Along Nida http://alongnidar.blogspot.com/2011/11/giveaway-by-comel-lote-collections.html 2. KakYong Habibah http://www.kakyong.com/2011/11/jom-intai-intai-butik-si-kecil-comel.html 3. Latifahbee Kay http://puanbee.com/comel-lote-collections-butik-online-untuk-kanak-kanak/ 4. MamaYatie http://dis-mysimpleworld.blogspot.com/2011/11/ada-apa-dengan-butik-si-kecil-comel.html 5. Firahamzah http://gossip-fir.blogspot.com/2011/11/giveaway-comel-lote-collections.html 6. Roziah Khalid http://sayangkuzie.blogspot.com/2011/11/giveaway-by-comel-lote-collections.html 7. Ummi Affaf http://affaf-contest.blogspot.com/2011/11/givea...

Ibu Yang Menyepi

Ya Allah berilah daku kekuatan untuk terus menulis, semoga sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada pembaca yang budiman. Ibu masih riuh cuma tersepi di rumah dan sunyi di blog ini, mohon maaf kepada peserta Comel Lote GiveAway yang masih setia menanti. Ibu rasa sangat bersalah, tetapi tiada daya dan kekuatan untuk meluangkan sedikit masa untuk mencari pemenang buat masa ini. Ibu baru punya 3 anak, 1 di sekolah rendah dan 1 di tadika, 1 lagi sentiasa menjadi handbag di rumah. Ibu patut bersyukur berbanding ibu tunggal yang menguruskan anak-anak sendirian, ya tiada apa yang perlu dikeluh kesahkan kerana semuanya yang berlaku adalah yang terbaik diberikan kepada kita. Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan anak-anak yang sihat dan bijak, semakin hari semakin bijak. Bijak atau tidak anak 5 tahun bila berkata begini; Ibu: Ibu sayang anak-anak ibu, Hakim, Aiesyah, Umar. Aiesyah: Siapa cinta Aiesyah? Ibu: Ibu cinta Aiesyah Aiesyah: ALLAH cinta Aiesyah. Terkedu ibu,...