Skip to main content

Posts

Bukan Susahpun Hendak Buat Baik

Bismillah Bunyi macam pelik sikit entri kali ni. Ceritanya begini, semalam saya keluar dengan anak-anak mencari sarapan. Kebanyakan gerai jualan pagi sudah tutup dan sudah habis makanan. Maklum sahaja jam sudah hampir jam 10 pagi. Kami berhenti di sebuah gerai, hanya nasi lemak biasa sahaja yang ada. Saya minta 3 nasi lemak bungkus. Semasa kakak peniaga membungkuskan nasi lemak saya, datang seorang lelaki dari kedai bertentangan. Beliau mahu 2 bungkus nasi lemak. Kakak peniaga kata, "Sekejap saya bungkuskan yang ini dahulu nanti tengok masih cukup atau tidak". Selesai 3 bungkus saya, kakak peniaga beritahu lelaki tadi, tidak cukup untuk bungkusan seterusnya. "Satu pun tak dapat ke kak?" Tanya lelaki tadi seperti mengharap. "Tak cukup lah dik" jawap kakak peniaga. Saya berasa simpati dan mahu saja berkata, ambil sahaja 1 bungkus saya punya. Tapi entah kenapa suara tersekat di kerongkong. Saya lihat sahaja lelaki tadi berlalu pergi sambil melintas ja...

Apabila Anak Bertanya Tentang Kisah Ajaib

Bismillah Alhamdulillah Suatu petang Umar datang dan menyapa ibu. Umar: Ibu, Frozen tu tipu Ibu: Betul. Tipu. Mana Umar tahu? Umar: Abah cakap. Ultraman pun tipu. Boboiboy pun tipu. Manusia mana ada kuasa. Allah sahaja yang ada kuasa. Ibu: Betul, betul, betul. Umar: Ibu, Allah ada kuasa halilintar ke? Ibu: Ada! Kuasa petir halilintar. Allah yang buat tu. Semua orang takut, syaitan pun takut. Umar: Ooo.. Ibu: Kenapa agaknya manusia buat cerita begitu? Cerita yang menunjukkan manusia ada kuasa. Umar: Tak tahu Ibu: Cerita adalah dari khayalan manusia sendiri. Umar: Khayalan tu apa? Ibu: Khayalan itu adalah imaginasi daripada otak manusia. Hebatkan otak manusia yang Allah ciptakan, boleh imaginasi macam-macam. Imaginasi boleh tapi percaya tidak boleh. Umar: Habis, apa yang kita boleh percaya? Ibu: Kita hanya boleh percaya hanya Allah yang berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Kita juga percaya perkara pelik-pelik hanya yang dice...

Ibu, Kenapa Kita Kena Mandi?

Bismillah Baru semalam ibu ada ceritakan tentang menyuruh anak mandi. Lewat petang semalam, hampir jam 7 petang, anak-anak masih lagi belum mandi. Tuala sudah ada di bahu tapi macam biasa akan ambil sedikit masa untuk masuk ke dalam bilik air. Seusai ibu mandikan baby Ammar, Aiesyah datang dan bertanya, "Ibu, kenapa kita kena mandi?" Soalan yang baik memang kena pada tempatnya. Otak saya berlegar mencari jawapan yang paling sesuai sambil menyusukan Ammar. "Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan." Kata saya memulakan hujah. "Seseorang yang tidak mandi, cantik atau comot?" "Comot!" Jawab Aiesyah pantas. "Betul! Bila seseorang mandi, sabun wangi, gosok gigi, pakai baju yang cantik, sikat rambut, pakai tudung, cantik tak?" Tanya ibu lagi menguji. "Mestilah cantik" Jawab Aiesyah. "Sebab itu kita kena mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk menjaga kebersihan dan memastikan...

Memahami Anak-Anak

Teks: Wan Rohani Sebagai ibu, ada masa saya rasa seperti orang asing dengan anak sendiri. Biasanya perasaan ini muncul apabila saya bercakap atau menyuruh sesuatu, anak buat tidak tahu. Sekarang baru saya faham perasaan ibu saya apabila saya tidak laksanakan apa yang ibu saya minta. Ada masa bila saya minta sesuatu, anak-anak menjawab dan memberi alasan mereka sendiri. Petang semalam, selesai menyusukan baby Ammar, saya minta Aiesyah bawakan kerusi baby untuk saya letak dan tidurkan baby. "Boleh tak ibu bawa baby ke sini dan letakkan baby di tempat kerusi baby berada" jawab Aiesyah. Memang betul pun apa yang Aiesyah katakan, adakala saya sebagai ibu perlu bijak apabila meminta sesuatu dari anak-anak. Mereka juga tidak suka disuruh-suruh. Bila saya fikirkan semula, banyak sangatkah permintaan saya kepada anak-anak? Setiap hari saya perlu ulang banyak kali perkara yang sama, suruh anak-anak mandi, kemas bilik, kemas barang mainan yang bersepah, suruh mengaj...

Doa Apabila Ditimpa Musibah/Kehilangan

Bismillah Alhamdulillah Wahai Allah Yang Maha Pengasih Wahai Allah Yang Maha Penyayang Wahai Allah Yang Maha Pengampun Terima kasih memberikan kami kasih sayang yang tidak terhitung. Bantulah kami untuk memberikannya kepada mereka yang sedih, sakit dan kesunyian. Berikanlah mereka kekuatan untuk terus hidup dan beriman kepadaMu. Wahai Allah yang menerima taubat, ampuni kami. Semalam 22 Ogos 2014 adalah hari negara menerima kepulangan mangsa tragedi #MH17. Seluruh rakyat Malaysia bersedih di atas apa yang telah menimpa mangsa tragedi. Sekalung takziah untuk keluarga mangsa, moga Allah beri kekuatan kepada mereka. Menerima berita kehilangan bukanlah sesuatu yang mudah. Namun barangsiapa yang redha dengan ketentuan Tuhan, akan diampuni dosa dan ditambah phala berganda, InsyaaAllah. Ibu kongsikan di sini satu doa yang elok diamalkan apabila ditimpa musibah atau kehilangan sesuatu termasuk orang yang kita sayang. Sesungguhnya kita adalah kepunyaan Allah dan sesungguh...

Bisnes Online

Bismillah Apakah idea bisnes yang boleh dijalankan di rumah? - Bisnes online (menjual produk secara fizikal atau dropship) - Perkhidmatan seperti menjahit baju, langsir, cadar, sarung bantal, selimat dan sebagainya - Membuat dan menjual kek, cupcakes, tempahan untuk majlis dan keraian - Catering, masakan berat dan minuman petang, kuih-muih dan sebagainya Ini antara bisnes yang boleh dijalankan di rumah, sekiranya tiada kemahiran maka bisnes online (jual produk) menjadi kelaziman ramai ibu-ibu yang memulakan perniagaan di rumah. Dapatkan ebook 101 Idea Bisnes Dari Rumah untuk panduan dan rujukan. Apakah yang diperlukan untuk memulakan perniagaan online di rumah? - Laptop dan kemudahan internet - Akaun bank yang boleh menggunakan Internet Banking - Email akaun dan no tel bimbit Untuk permulaan hanya itu sahaja yang diperlukan, bagaimana untuk mulakan? Buka akaun fb, cari kenalan baru, sertai group yang berkaitan Cari peluang memulakan perniagaan sec...

Bermain Sambil Belajar: Kebaikan Bermain Pasir

Teks: Wan Rohani Anak-anak bermain sambil belajar. Bermain bukanlah untuk keseronokan semata-mata bagi anak-anak. Banyak perkara yang anak belajar secara langsung atau tidak langsung semasa bermain. Apabila pulang ke kampung, antara aktiviti wajib kami akan bawa anak-anak bermain air dan pasir pantai. Namun ianya terhad dengan masa yang ada. Memang tidak dapat dinafikan, anak-anak memang gemar bermain pasir pantai. Satu atau dua jam untuk aktiviti ini memang tidak cukup. Banyak kebaikan bermain pasir. Salah satu terapi untuk lembutkan jemari anak-anak, mengasah skil pergerakan jemari halus. Selain bermain pasir, menguntai manis, menggunting dan menampal.  Kebaikan bermain pasir: Mengasah skil pergerakan jemari halus Menggenggam, menggempal, mengurai dan lain-lain. Ini membantu untuk aktiviti lain yang banyak menggunakan jemari halus. Meningkatkan daya tumpuan dan fokus Membina bangunan istana pasir bertingkat-tingkat, menghubungkan bongkah-bong...