Skip to main content

Posts

Apakah Tajuk Yang Sesuai?

Ralat saya rasa apabila tidak ada entri baru di blog, sedangkan setiap hari sentiasa ada tetamu yang datang berkunjung. Apakah tajuk yang sesuai untuk saya tulis di sini? Saya sedang catatkan beberapa tajuk yang akan saya tulis, yang mana satu perlu saya tulis dahulu? 1. Tips memilih buku cerita untuk anak 2. Memcari buku untuk ajar anak cepat membaca 3. Buku ajar anak membaca yang ada di pasaran 4. Bagaimana memberi pengajaran kepada anak melalui bercerita Mana satu menjadi pilihan?

Seminar Ajar Anak Cepat Membaca Menggunakan Kaedah Fonik

Pagi-pagi ibu menerima pesanan di aplikasi WhatsApp daripada ibubapa prihatin yang mahu mengajar anak membaca di awal usia. Alhamdulillah ibu teruja mendengarnya. Anak kecil perlu diberi pendedahan awal agar minat membaca terbit dalam diri anak. Bagaimana untuk mulakan langkah? Bagaimana untuk mengajar anak membaca seawal usia? Seminar ajar anak cepat membaca menggunakan kaedah fonik. InsyaaAllah ada jawapannya. Satu platform yang baik untuk mengetahui bagaimana cara dan kaedah yang sesuai. Sesuai dihadiri semua ibubapa, guru, individu yang mahu mempelajari kaedah yang sesuai untuk anak kecil cepat membaca.  Saya sarankan kepada tuan dan puan yang pernah membeli buku daripada saya supaya hadir seminar ini. Apabila membeli buku Set Bacalah Anakku atau Set Read Easy, buku dan vcd panduan mengajar diberikan percuma. Namun belajar secara bersemuka dengan penulis buku adalah lebih mudah difahami. Peluang bersemuka dengan Puan Nik Eliani memang tidak harus ibu...

Bermula Dengan Blog Picisan

Bismillah Alhamdulillah Terima kasih Allah atas nikmat kesihatan hari ini. Jauh lebih baik dari semalam. Rasa sihat dan segar. Tiada lagi pening kepala, sakit perut, sakit badan. Alhamdulillah. Banyak perkara yang berlaku pada 3 hari cuti sempena hari kemerdekaan yang lepas. Kakak datang ke rumah dari kampung. Seronok anak-anak bukan main lagi bila bersama sepupu mereka. Hari Ahad kami berjalan ke Bukit Fraser, menikmati udara segar, nyaman dan dingin di atas bukit. Menghantar anak ke sekolah pada Isnin dan tidak sihat pada Selasa. Memandangkan hari ini adalah hari saya meneruskan cabaran 44 hari selepas 4 hari berehat (lama tu), saya mulakan dengan perkongsian penulisan blog. Saya suka menulis sejak berada di universiti. Apa yang ada dalam kepala saya luahkan di dalam diari. Sekarang diari itu masih tersimpan dalam kotak yang sudah keluar kutu buku. Tersimpan rapi dan tidak pernah dibelek lagi. Pada 2009 saya mula berjinak dengan bisnes online dan membina sa...

Bukan Susahpun Hendak Buat Baik

Bismillah Bunyi macam pelik sikit entri kali ni. Ceritanya begini, semalam saya keluar dengan anak-anak mencari sarapan. Kebanyakan gerai jualan pagi sudah tutup dan sudah habis makanan. Maklum sahaja jam sudah hampir jam 10 pagi. Kami berhenti di sebuah gerai, hanya nasi lemak biasa sahaja yang ada. Saya minta 3 nasi lemak bungkus. Semasa kakak peniaga membungkuskan nasi lemak saya, datang seorang lelaki dari kedai bertentangan. Beliau mahu 2 bungkus nasi lemak. Kakak peniaga kata, "Sekejap saya bungkuskan yang ini dahulu nanti tengok masih cukup atau tidak". Selesai 3 bungkus saya, kakak peniaga beritahu lelaki tadi, tidak cukup untuk bungkusan seterusnya. "Satu pun tak dapat ke kak?" Tanya lelaki tadi seperti mengharap. "Tak cukup lah dik" jawap kakak peniaga. Saya berasa simpati dan mahu saja berkata, ambil sahaja 1 bungkus saya punya. Tapi entah kenapa suara tersekat di kerongkong. Saya lihat sahaja lelaki tadi berlalu pergi sambil melintas ja...

Apabila Anak Bertanya Tentang Kisah Ajaib

Bismillah Alhamdulillah Suatu petang Umar datang dan menyapa ibu. Umar: Ibu, Frozen tu tipu Ibu: Betul. Tipu. Mana Umar tahu? Umar: Abah cakap. Ultraman pun tipu. Boboiboy pun tipu. Manusia mana ada kuasa. Allah sahaja yang ada kuasa. Ibu: Betul, betul, betul. Umar: Ibu, Allah ada kuasa halilintar ke? Ibu: Ada! Kuasa petir halilintar. Allah yang buat tu. Semua orang takut, syaitan pun takut. Umar: Ooo.. Ibu: Kenapa agaknya manusia buat cerita begitu? Cerita yang menunjukkan manusia ada kuasa. Umar: Tak tahu Ibu: Cerita adalah dari khayalan manusia sendiri. Umar: Khayalan tu apa? Ibu: Khayalan itu adalah imaginasi daripada otak manusia. Hebatkan otak manusia yang Allah ciptakan, boleh imaginasi macam-macam. Imaginasi boleh tapi percaya tidak boleh. Umar: Habis, apa yang kita boleh percaya? Ibu: Kita hanya boleh percaya hanya Allah yang berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Kita juga percaya perkara pelik-pelik hanya yang dice...

Ibu, Kenapa Kita Kena Mandi?

Bismillah Baru semalam ibu ada ceritakan tentang menyuruh anak mandi. Lewat petang semalam, hampir jam 7 petang, anak-anak masih lagi belum mandi. Tuala sudah ada di bahu tapi macam biasa akan ambil sedikit masa untuk masuk ke dalam bilik air. Seusai ibu mandikan baby Ammar, Aiesyah datang dan bertanya, "Ibu, kenapa kita kena mandi?" Soalan yang baik memang kena pada tempatnya. Otak saya berlegar mencari jawapan yang paling sesuai sambil menyusukan Ammar. "Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan." Kata saya memulakan hujah. "Seseorang yang tidak mandi, cantik atau comot?" "Comot!" Jawab Aiesyah pantas. "Betul! Bila seseorang mandi, sabun wangi, gosok gigi, pakai baju yang cantik, sikat rambut, pakai tudung, cantik tak?" Tanya ibu lagi menguji. "Mestilah cantik" Jawab Aiesyah. "Sebab itu kita kena mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk menjaga kebersihan dan memastikan...

Memahami Anak-Anak

Teks: Wan Rohani Sebagai ibu, ada masa saya rasa seperti orang asing dengan anak sendiri. Biasanya perasaan ini muncul apabila saya bercakap atau menyuruh sesuatu, anak buat tidak tahu. Sekarang baru saya faham perasaan ibu saya apabila saya tidak laksanakan apa yang ibu saya minta. Ada masa bila saya minta sesuatu, anak-anak menjawab dan memberi alasan mereka sendiri. Petang semalam, selesai menyusukan baby Ammar, saya minta Aiesyah bawakan kerusi baby untuk saya letak dan tidurkan baby. "Boleh tak ibu bawa baby ke sini dan letakkan baby di tempat kerusi baby berada" jawab Aiesyah. Memang betul pun apa yang Aiesyah katakan, adakala saya sebagai ibu perlu bijak apabila meminta sesuatu dari anak-anak. Mereka juga tidak suka disuruh-suruh. Bila saya fikirkan semula, banyak sangatkah permintaan saya kepada anak-anak? Setiap hari saya perlu ulang banyak kali perkara yang sama, suruh anak-anak mandi, kemas bilik, kemas barang mainan yang bersepah, suruh mengaj...