Skip to main content

Posts

Mendorong Anak Suka Membaca/Mengaji

Apabila mahu mendorong anak membaca atau mengaji al-Quran, sebutkan 3 perkara ini: 1. Sebut kerja baik yang mahu disuruh 2. Sebut impak positif apabila kerja itu dilakukan 3. Impak negatif tidak disebut Contoh skrip; "Aiman, mari kita mengaji. Apabila Aiman rajin mengaji, Aiman dapat mengaji dengan lancar. Nanti boleh jadi imam." "Adik, lepas mandi kita baca buku ya. Nanti adik lancar membaca, boleh baca buku cerita pula." Impak yang positif akan mendorong anak melakukan kerja baik. Jangan disebut impak negatif atau menggunakan ugutan. Contoh skrip menyebut impak negatif; "Aiman, mari mengaji. Kalau Aiman malas mengaji, nanti Aiman tidak pandai membaca al-Quran. Ustaz mengaji marah Aiman nanti." Contoh skrip menggunakan ugutan. "Adik, lepas mandi baca buku. Tak baca buku, ibu tidak mahu ajak adik pergi taman." Semasa mengajar anak membaca atau mengaji, teknik tidak menegur kesalahan digunakan. Tidak menegur kesalahan...

Kelas Mengaji Ustazah Wan Anie

Saya jarang menceritakan tentang kelas mengaji saya di rumah setiap malam Isnin hingga Khamis setiap minggu. Setiap malam tersebut saya memakai topi sebagai ustazah dan suami sebagai ustaz. Terasa janggal pada awalnya apabila anak-anak mengaji memanggil dengan panggilan Ustazah. Sekarang dengan bilangan pelajar hampir 15 orang (belum termasuk anak-anak sendiri). Anak-anak ini adakala menjadikan saya seorang penyabar, namun ada masa juga saya menjadi seperti seekor ibu singa yang kelaparan. Terkocoh-kocoh mengejar masa, solat dan bersiap untuk kelas mengaji jam 8 - 9 setiap malam.  Kelas mengaji ini telah bermula sejak Oktober 2013. Bermula dengan anak jiran-jiran seramai 7 orang dari 5 hingga 12 tahun. Angka itu semakin bertambah walaupun ada yang sudah berpindah dan sudah habis mengaji.  Masih ada ibubapa yang pentingkan khatam al-Quran. Namun bagi saya khatam itu tidak penting. selalu saya ingatkan anak-anak mengaji supaya tidak perlu mengaji dengan Ustaz...

Apabila Anak Pandai Bermain Kata

Situasi 1: Suatu petang, seorang anak datang menghampiri ibunya. Dengan nada suara yang lembut, anak itu berkata,"Ibu, tolong bacakan" sambil menghulurkan sebuah buku cerita. Ibu yang sedang asyik membaca buku memberikan respon ringkas,"Minta tolong abah bacakan boleh?" Mendengar kata ibunya, anak terus menjawab,"Ibulah baca, suara ibu sedap." Situasi 2: Malam itu seusai solat Maghrib, anak duduk di meja bersama naskah Al-Quran seraya berkata,"Ibu marilah mengaji, Aiesyah sudah siap ni" Ibu memberi respon,"Abah tolong ajarkan Aiesyah ya" Mendengarkan itu, anak terus menjawab "Ibu setaman hati Aiesyah" Alahai anak pandai bermain kata. Terus kata kunci yang tidak bisa dibuka lagi.

Anak Lapan Tahun Mahu Blog Sendiri

Saya cuma ada seorang anak perempuan buat masa ini. Aiesyah lapan tahun. Beliau ada bakat dalam berbahasa. Aiesyah sudah pandai membaca sejak usianya lima tahun walaupun tidak belajar membaca secara formal. Sejak kecil beliau suka dibacakan buku cerita. Seingat saya hampir setiap hari Aiesyah tidak mahu tidur sekiranya tidak dibacakan buku. Tidur bertemankan buku adalah perkara biasa. Apabila mahu ke mana-mana, paling kurang satu buku mesti dibawa bersama. Tabiat suka membaca sudah berjangkit kepada abangnya Hakim yang dulu tidak suka membaca. Aiesyah pernah minta ibu buatkan satu blog untuk dia menulis selepas membaca cerpen Teta Pergi Turki dan Teta Balik Umrah. Terima kasih kepada kawan FB yang menghadiahkan dua buku ini. Nampaknya ibu perlu lakukan sesuatu untuk mengasah bakat menulis Aiesyah pula. Walaupun lancar membaca, Aiesyah belum pandai menulis dengan betul (ejaan), jadi ini adalah medium untuk beliau berlatih. Tahun ini ibu akan banyak dedahkan Aiesyah dengan...

Bahasa Dan Budaya Tinggi

Sebagai ibu yang bekerja, saya terpaksa menghantar anak-anak di bawah jagaan pengasuh. Apabila anak-anak pulang, saya mendengar berbualan dan percakapan anak-anak sesama mereka. Lain macam bunyinya. Jarang anak menuturkan perkataan yang tidak elok di hadapan kami kecuali ketika mereka marahkan sesuatu. Saya tahu ada yang tidak kena. Anak saya sudah mula menuturkan bahasa melayu rendah. Mustahil anak-anak menuturkan sesuatu yang tidak pernah didengar. Saya membuat kesimpulan bahasa rendah ini adalah ikutan daripada mendengar perbualan orang yang lebih dewasa secara langsung atau menonton filem yang rendah akhlaknya. Bercakap menggunakan bahasa rendah semakin menular di dalam masyarakat. Bagaimana untuk memperkayakan masyarakat dengan bahasa melayu tinggi? Saya percaya orang yang bercakap menggunakan bahasa yang baik-baik adalah orang yang baik-baik. Bangsa Melayu adalah bangsa yang tinggi nilai budayanya. Ini antara perjuangan Rangkaian Tadika ABS mengamalkan baha...

Tips Pemilihan Tadika Anak-Anak

Memilih tadika adalah antara perkara penting apabila anak bakal memasuki usia 4 hingga 6 tahun. Namun ada juga tadika yang mengambil anak dari usia 3 tahun. Apakah panduan ibubapa untuk memilih tadika bagi anak-anak? Modul dan Kurikulum Dalam satu soal selidik yang telah diadakan oleh tim tadika, aspek modul dan kurikulum menjadi pilihan utama ibubapa. Antara skop yang perlu diambilkira: - Medium Bahasa - Subjek dan kandungan pelajaran yang diajar di tadika - Berapa bilangan buku yang anak akan dapat - Adakah sebarang kerja rumah diberikan Soalan begini sebagai asas untuk mendapat gambaran keseluruhan pembelajaran di tadika tersebut. Nilai dan Budaya Penerapan nilai penting bagi ibubapa yang menekankan aspek pendidikan secara menyeluruh. Bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga sahsiah diri anak. - Pengisian Fardhu Ain, solat dan hafazan bagi ibubapa yang mementingkan pendidikan Islam. - Nilai budaya dan adab-adab Guru dan Pendidik Antara soalan yang biasa di tanya oleh ibub...

Apakah Tajuk Yang Sesuai?

Ralat saya rasa apabila tidak ada entri baru di blog, sedangkan setiap hari sentiasa ada tetamu yang datang berkunjung. Apakah tajuk yang sesuai untuk saya tulis di sini? Saya sedang catatkan beberapa tajuk yang akan saya tulis, yang mana satu perlu saya tulis dahulu? 1. Tips memilih buku cerita untuk anak 2. Memcari buku untuk ajar anak cepat membaca 3. Buku ajar anak membaca yang ada di pasaran 4. Bagaimana memberi pengajaran kepada anak melalui bercerita Mana satu menjadi pilihan?