Skip to main content

Posts

Jawapan Semua Betul!

Teks dan foto: Wan Rohani Wan Ismail Pagi tadi semasa hendak memandu ke tempat kerja, seperti biasa saya akan memasukkan bag ke dalam kereta. Saya melihat pemadam Umar ada di bawah kerusi di dalam kereta. Semasa sedang memandu, saya katakan kepada anak lelaki saya Umar, "Umar ambil pemadam di bawah kerusi dan simpan di tempatnya." Umar yang baru membuka buku aktivitinya ketika itu membongkok lalu mengambil pemadam tersebut. Semasa hendak memasukkan pemadam ke dalam poket, dia berkata,"Umar tidak perlu guna pemadam sekarang, jawapan Umar semuanya betul." Sekolahnya tidak menggunakan pemadam. Saya dapat lihat, anak saya tidak merasa bersalah sekiranya jawapannya salah. Dia hanya memotong dan menulis jawapan di sebelah jawapan tadi. Ada masa dia membetulkan jawapan dengan menulis jawapan yang betul di atas jawapan sebelumnya. Walaupun kadangkala kelihatan comot, saya biarkan sahaja. Impak positifnya, anak tidak merasa takut-takut untuk menulis ...

Permainan Memori Menggunakan Kad Imbas Bergambar

Gara-gara Internet tidak dapat berfungsi sebentar tadi, saya mengeluarkan Kad Imbas Bergambar Kisah Si Ayam. Saya mengambil beberapa kad dan menyusun di atas meja. Saya tunjukkan gambar kad tersebut kepada rakan sekerja dan menyusunnya secara terbalik di atas meja berhampiran. Selepas itu, saya minta Cik Puan tadi meneka yang mana gambar telur? Saya dan cik puan tadi meneka sambil membuka kad yang dipilih masing-masing bersama-sama. Cuba teka apakah gambar kad ini? Permainan memori dapat mengasah ketajaman otak kanan anak-anak. Ianya seperti kita bermain kad imbas dan melayangkannya dengan cepat. Anggaran 1 saat 1 kad imbas. Permainan ini juga mampu merangsang perkembangan visual/spatial anak-anak. Mudah sahaja, asalkan ada idea dan alatnya. Selamat mencuba.

Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak Menggunakan Kad Imbas Bergambar

Teks dan foto: Wan Rohani Wan Ismail Sabtu lepas, saya berkongsi di dalam Bengkel Guru Rangkaian Tadika ABS berkenaan perkembangan bahasa kanak-kanak di dalam slot Bahasa Budaya Tinggi.  Bahasa terbahagi kepada Bahasa Berkembang dan Bahasa Terhad. Bahasa Berkembang atau Bahasa Tinggi adalah bahasa yang digunakan di sekolah. Perkembangan bahasa kanak-kanak didorong oleh kemahiran lisan berbentuk interaksi linguistik. Kemahiran lisan membantu perkembangan bahasa kanak-kanak melebihi membaca dan menulis. Kemahiran berfikir perlu ada dalam sistem pembelajaran termasuk interaksi antara guru dan anak-anak pelajar bukan sekadar soal dan jawab. Antara permainan yang menggalakkan pemerolehan bahasa adalah Permainan Memburu Perkataan. Dalam sesi ini saya menggunakan Kad Imbas Bergambar Kisah Si Ayam sebagai alat bantu. Cara permainan ini; 1. Setiap kumpulan diminta mengambil kad secara rawak. 2. Lukiskan Peta Bulatan menggunakan PETA i-Think (dalam sesi i...

Anak Belajar Secara Santai

Anak lelaki 6 tahun saya masih belum cekap menulis. Saya mencari suatu idea untuk mendorong anak saya lebih cekap menulis secara santai dan menyeronokkan sehingga anak-anak tidak sedar mereka sebenarnya sedang belajar. Saya memberikan tugasan untuk anak ini secara santai. Saya minta anak tulis seberapa banyak nombor kenderaan yang dilihat sepanjang perjalanan pergi dan balik. Perjalanan kami memakan masa hampir satu jam setiap pagi dan petang.  Semasa tugasan ini dijalankan, anak-anak kelihatan gembira dan seronok. Mereka melihat, membaca, menghafal dan menulis di buku nota. Ada masa kakak membantu adik menghafal nombor kereta yang bergerak laju. Mereka saling bantu-membantu dan mendorong satu sama lain. Saya membiarkan sahaja, melihat gelagat anak-anak. Ini baru percubaan pertama! Cuba teka ada berapa kenderaan yang telah ditulis nombor plat di sini?

Menerangkan Apabila Anak Bertanya

Saya mahu kongsikan sesuatu yang berlaku semalam di antara saya dan dua anak, 6 dan 8 tahun. Kami keluar membeli sedikit barang di pasaraya kecil berhampiran. Semasa mengambil mandian untuk bayi, anak lelaki 6 tahun berkata, "Umar mahu mandian ini, boleh?" Anak perempuan 8 tahun pula mengambil satu mandian lagi dan berkata, "Aiesyah mahu yang ini, boleh?" Ibu menggelengkan kepala. Mereka serentak berkata dengan nada memujuk, "Ala, boleh lah ibu." Ibu bawa kedua anak ini ke bahagian rak yang dipenuhi mandian jenama biasa. "Em, kita beli yang ini, 2Liter harganya baru RM8.90. Cuba lihat harga mandian yang Umar dan Aiesyah ambil, berapa harganya?" Aiesyah meneliti botol mandian dan berkata, "RM7.90. Umar punya RM6.90." Saya menduga dengan bertanya, "Jadi bagaimana sekarang?" Kedua mereka memeluk erat mandian yang telah masing-masing pilih. Baik. Kami ke kaunter bayaran. Pulang ke rumah, saya membuka Buku Belanja...

Permainan Bahasa Menggunakan Kad Imbas Bergambar

Teks dan foto: Wan Rohani Wan Ismail Mahukah Puan saya kongsikan satu cara mudah untuk bergembira dengan anak-anak? Kad Imbas Bergambar ini saya beli 2 tahun lepas. Waktu itu saya hanya menceritakan kepada anak-anak pelajar tentang kisah Si Ayam berdasarkan gambar pada kad. Ia habis di situ. Tidak banyak idea untuk menggunakan kad imbas ini. Selepas menghadiri bengkel Berfikir Aras Tinggi beberapa bulan lepas, serta sesi perjumpaan dengan guru yang mengamalkan kaedah HOTS ini, idea menggunakannya semakin berkembang. Rupa-rupanya satu produk Kad Imbas Bergambar ini boleh dipelbagaikan permainan. Sebagai contoh, permainan bahasa, permainan bercerita mengikut imaginasi sendiri, mereka cerita selepas dan sebagainya. Kali ini saya kongsikan permainan perkembangan bahasa yang saya pernah lakukan bersama anak 6 dan 8 tahun. Bagaimana permainannya? 1. Pilih satu kad dan letakkan di atas meja. 2. Minta anak perhatikan gambar betul-betul 3. Sebutkan ap...

Menolak Permintaan Anak Menggunakan Ayat Tawaran

Cerita 3 ekor biri Pulang dari bengkel Ahad lepas, Umar menangis sambil menghentak-hentakkan kaki ke lantai. Saya bertanya,"Apakah yang membuatkan Umar menangis?" Kata Umar "Nak telefon" Saya memegang kepalanya sambil ligat memikirkan apakah pilihan yang saya ada untuk memujuk. Saya teringat beberapa helai kertas berwarna hijau dan hitam yang ada di dalam beg sandang belakang. Saya menggunakan ayat tawaran "Mahukah Umar belajar membuat biri-biri dan katak?"  Saya bertanya lagi selepas Umar menganggukkan kepala. "Mahu buat biri-biri dahulu atau katak?" Memujuk anak melupakan gajet hanya dengan kertas, gunting dan gam.  Malam itu juga Umar melekatkan 3 ekor biri-biri di satu sudut khas dinding. Sengaja saya membiarkan 3 ekor biri-biri tidak melekat dengan kuat supaya anak akan menggerakkan sambil bercerita. Semalam  sudah ada tambahan rumput dan air yang anak-anak tampal sendiri. ------------------...