Skip to main content

Posts

Jurnal Aktiviti Ramadhan Anak-Anak

Teks dan Foto: Wan Rohani Wan Ismail Hampir 9 bulan saya terlibat dengan kerja-kerja mengubahsuai, membuat editing dan menulis konten untuk buku kanak-kanak. Ianya adalah sebahagian daripada skop kerja yang saya perlu lakukan. Bidang penerbitan buku kanak-kanak adalah satu bidang baru bagi saya. Namun menulis aktiviti untuk anak-anak dan penulisan santai bukanlah satu perkara baru. Bersama tim saya ada pembangun modul yang hebat. Kelab ARAF, Little Ibnu Sina dibangunkan oleh pembangun modul yang berbakat besar. Mereka mempunyai nyalarasa dalam bidang tersebut. 3 Modul yang menjadi USP di Rangkaian Tadika ABS; Kelab ARAF, Teknik Nabi dan Bahasa Budaya Melayu Tinggi (BBMT). Saya akan ceritakan di dalam entri yang lain tentang 3 USP tersebut. Entri ini untuk saya ceritakan tentang Jurnal Aktiviti Ramadhan. Ramadhan adalah bulan yang istimewa berbanding bulan yang lain. Penganut agama Islam seluruh negara berpuasa wajib di bulan ini. Ramadhan cuma datang sekali setahun...

Mendorong Anak Menggunakan Pujian

TIP 1: Mendorong Anak dengan Menggunakan Pujian Salah satu tip untuk mendorong anak mengekalkan kerja baik yang dilakukan adalah menggunakan pujian. Pujian yang diberikan kepada anak itu mempunyai dua peranan: a) Membetulkan konsep diri, iaitu apa yang dia percaya tentang dirinya b) Meningkatkan estim diri. Estim diri positif membentuk tingkah laku positif. Bagaimana teknik memuji yang betul? 1) Berikan pujian kepada usaha, hasil kerja, kerja baik atau prestasi yang ditunjukkan oleh anak-anak. 2) Sebut usaha, hasil kerja dan prestasi secara spesifik 3) Nyatakan ganjaran baik yang diterima apabila perkara itu dilakukan. 4) Pujian serta merta, jangan ditangguhkan pada hari dan masa lain. 5) Pujian diberi secara terbuka apabila ia dilakukan secara terbuka Contoh skrip memuji: Skrip 1 "Abang solat awal waktu hari ini (memuji hasil kerja). Allah dan Nabi menyukai orang-orang yang menjaga solat” (ganjaran baik) Skrip 2 “Tulisan kamu kemas. (memuji hasil kerja) ...

Menerangkan Peraturan Atau Menghukum?

Teks: Wan Rohani Wan Ismail Imej: Sumber Google Saya pernah kongsikan di facebook cerita ini. Perbualan antara saya dan anak perempuan berusia 8 tahun. ------------------------------------------------------ Anak perempuan saya bercerita tadi semasa kami di dalam kereta.  Beliau mulakan perbualan dengan pertanyaan. "Ibu, denda itu apa?  Dulu masa sekolah tahun lepas, Aiesyah kena denda sebab tidak pandai baca Bahasa Inggeris. Cikgu suruh Aiesyah berdiri atas kerusi". Saya menjawab spontan, "Denda itu adalah sejenis hukuman". Aiesyah tidak puas hati, beliau mengadu lagi, katanya; "Ada kawan Aiesyah datang lambat ke sekolah, cikgu suruh dia berdiri atas meja." Saya bertanya, "Adakah wajar cikgu denda atau marah pelajar yang datang lewat?" "Tidak patut kena marah atau denda" "Jadi apakah yang cikgu sepatutnya lakukan?" "Beritahu sahajalah!" "Kenapa?" ...

Jawapan Semua Betul!

Teks dan foto: Wan Rohani Wan Ismail Pagi tadi semasa hendak memandu ke tempat kerja, seperti biasa saya akan memasukkan bag ke dalam kereta. Saya melihat pemadam Umar ada di bawah kerusi di dalam kereta. Semasa sedang memandu, saya katakan kepada anak lelaki saya Umar, "Umar ambil pemadam di bawah kerusi dan simpan di tempatnya." Umar yang baru membuka buku aktivitinya ketika itu membongkok lalu mengambil pemadam tersebut. Semasa hendak memasukkan pemadam ke dalam poket, dia berkata,"Umar tidak perlu guna pemadam sekarang, jawapan Umar semuanya betul." Sekolahnya tidak menggunakan pemadam. Saya dapat lihat, anak saya tidak merasa bersalah sekiranya jawapannya salah. Dia hanya memotong dan menulis jawapan di sebelah jawapan tadi. Ada masa dia membetulkan jawapan dengan menulis jawapan yang betul di atas jawapan sebelumnya. Walaupun kadangkala kelihatan comot, saya biarkan sahaja. Impak positifnya, anak tidak merasa takut-takut untuk menulis ...

Permainan Memori Menggunakan Kad Imbas Bergambar

Gara-gara Internet tidak dapat berfungsi sebentar tadi, saya mengeluarkan Kad Imbas Bergambar Kisah Si Ayam. Saya mengambil beberapa kad dan menyusun di atas meja. Saya tunjukkan gambar kad tersebut kepada rakan sekerja dan menyusunnya secara terbalik di atas meja berhampiran. Selepas itu, saya minta Cik Puan tadi meneka yang mana gambar telur? Saya dan cik puan tadi meneka sambil membuka kad yang dipilih masing-masing bersama-sama. Cuba teka apakah gambar kad ini? Permainan memori dapat mengasah ketajaman otak kanan anak-anak. Ianya seperti kita bermain kad imbas dan melayangkannya dengan cepat. Anggaran 1 saat 1 kad imbas. Permainan ini juga mampu merangsang perkembangan visual/spatial anak-anak. Mudah sahaja, asalkan ada idea dan alatnya. Selamat mencuba.

Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak Menggunakan Kad Imbas Bergambar

Teks dan foto: Wan Rohani Wan Ismail Sabtu lepas, saya berkongsi di dalam Bengkel Guru Rangkaian Tadika ABS berkenaan perkembangan bahasa kanak-kanak di dalam slot Bahasa Budaya Tinggi.  Bahasa terbahagi kepada Bahasa Berkembang dan Bahasa Terhad. Bahasa Berkembang atau Bahasa Tinggi adalah bahasa yang digunakan di sekolah. Perkembangan bahasa kanak-kanak didorong oleh kemahiran lisan berbentuk interaksi linguistik. Kemahiran lisan membantu perkembangan bahasa kanak-kanak melebihi membaca dan menulis. Kemahiran berfikir perlu ada dalam sistem pembelajaran termasuk interaksi antara guru dan anak-anak pelajar bukan sekadar soal dan jawab. Antara permainan yang menggalakkan pemerolehan bahasa adalah Permainan Memburu Perkataan. Dalam sesi ini saya menggunakan Kad Imbas Bergambar Kisah Si Ayam sebagai alat bantu. Cara permainan ini; 1. Setiap kumpulan diminta mengambil kad secara rawak. 2. Lukiskan Peta Bulatan menggunakan PETA i-Think (dalam sesi i...

Anak Belajar Secara Santai

Anak lelaki 6 tahun saya masih belum cekap menulis. Saya mencari suatu idea untuk mendorong anak saya lebih cekap menulis secara santai dan menyeronokkan sehingga anak-anak tidak sedar mereka sebenarnya sedang belajar. Saya memberikan tugasan untuk anak ini secara santai. Saya minta anak tulis seberapa banyak nombor kenderaan yang dilihat sepanjang perjalanan pergi dan balik. Perjalanan kami memakan masa hampir satu jam setiap pagi dan petang.  Semasa tugasan ini dijalankan, anak-anak kelihatan gembira dan seronok. Mereka melihat, membaca, menghafal dan menulis di buku nota. Ada masa kakak membantu adik menghafal nombor kereta yang bergerak laju. Mereka saling bantu-membantu dan mendorong satu sama lain. Saya membiarkan sahaja, melihat gelagat anak-anak. Ini baru percubaan pertama! Cuba teka ada berapa kenderaan yang telah ditulis nombor plat di sini?