Skip to main content

Posts

Siapkan Rumah Kucing

Akhirnya siap juga rumah ibu kucing anak lima yang mula dirancang hujung tahun lepas. Dari reka plan, beli bahan, pasang semua dilakukan oleh abah dan anak-anak. Ibu hanya lihat dan jadi pendorong supaya siap cepat. Maklumlahh ibu kurang selesa bau najis kucing dalam rumah. Ibu kucing (belum ada namanya) selalu datang singgah dan menumpang makan di rumah. Abah selalu belikan makanan kucing walaupun kami tiada kucing peliharaan bagi memberi makan kucing liar yang datang bertandang. Apabila kucing-kucing ini diberi makanan, kucing akan sentiasa datang. Ada yang tidak ke mana dah, bermain kawasan sini sahaja. Beberapa tahun lepas kami ada memelihara seekor kucing yang anak namakan Piko. Kucing jantan yang ditinggalkan seekor di tadika tempat anak belajar. Dia bersungguh mahu bawa balik. Umur kucing ini tidak panjang, tidak sampai dua tahun, akhirnya Piko mati. Selepas itu kami bawa seekor kucing oren dari kampung. Dua hari selepas sampai di rumah, si Oren mati. Jadi saya fikir, tidak...

Apa Yang Best Tentang Siri Cepat Membaca Adik Bijak Baca?

Adik Bijak Baca adalah buku edisi kemaskini daripada Adik Mari Baca dan Pandainya Adik Baca. Asal usul buku Adik Bijak Baca ada ibu ceritakan di sini . Mari kita lihat 5 keistimewaan buku Adik Bijak Baca: 1. Hanya 4 Buku Bacaan Mudahkan proses membaca supaya anak tidak bosan. Adik Bijak Baca hanya mengandungi 4 buku sahaja. Buku 1 pelajar sudah boleh mengusai dua suku kata kv dari konsonan b sehingga z. 2. Hanya 1 Halaman Setiap Hari, 5 Minit Setiap Sesi Bagi menjadikan sesi bacaan efektif. Hanya peruntukkan 5 minit setiap sesi dengan 1 halaman sahaja setiap sesi. Dengan cara ini, guru dapat mengajar secara berpusat sebelum one-to-one dengan pelajar. 3. Mengandungi Perkataan Beritma, Pantun Dan Teka Teki Banyak pantun dimasukkan ke dalam buku Adik Bijak Baca. Selain menjadikan proses bacaan menyeronokkan, ini bagi meningkatkan akal budi anak kecil dengan pantun nasihat. Menggunakan perkataan berulang dan beritma memudahkan anak membaca. 4. Buku Panduan ...

Kaedah Cepat Membaca: Adik Bijak Baca

Sebelum ini pernah diceritakan di sini berkenaan Set Buku Adik Mari Baca. Sehingga semalam 14 Nov 2018, seramai 98k views posting tersebut dicatatkan. Nampaknya ramai ibu bapa juga pendidik yang mencari buku yang sesuai untuk digunakan kepada anak dan pelajar. Selepas 7 tahun perkongsian tersebut, maka atas inisiatif mahu membantu menyebarkan kebaikan melalui buku membaca, kami berjumpa dengan penulis asal Buku Adik Mari Baca dan beliau bersetuju untuk kami terbitkan buku tersebut dengan nafas baru. Maka terhasilnya Adik Bijak Baca. Buku ini mengandungi banyak pantun, ayat beritma bagi menyemai kecintaan anak-anak terhadap membaca. Betapa indah bahasa kita. Bakal terbit awal Disember ini. Minggu hadapan kita akan tunjukkan beberapa konten di dalam buku ABB. Stay tune.

Bacakan Buku Sebelum Anak Tidur (Bedtime Story)

Bedtime story diperkenalkan oleh negara luar di mana ibu atau ayah membacakan buku cerita sehingga anak tertidur. Bagi ibu yang bekerja, ia adalah masa berkualiti yang diluangkan bersama anak pada waktu malam. Kebanyakan masa, anak belum lagi hendak tidur pun. Menjadi rutin anak untuk memilih buku mana yang mereka mahu dibacakan. Biasanya buku yang sama diulang-ulang setiap hari. Satu malam sehingga 3-4 buku. Ada masa ibu ini mengelat juga dengan tidak bacakan semua teks, hanya cerita ringkasannya. Asalkan anak puas hati. Selepas habis baca buku, ambil masa sebelum anak tidur untuk bacakan beberapa surah pendek, doa dan shahadah. Entri seterusnya akan dikongsikan antara buku kegemaran anak untuk Bedtime Stories.

Trip Satu Hari Ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Lanchang, Pahang

Antara lokasi menarik yang boleh diterokai bersama anak-anak adalah di Pusat Konservasi Gajah, Kuala Gandah. Terletak di daerah Lanchang, Pahang. Jika melalui LPT, exit Tol Lanchang. Selepas itu ikut sahaja signboard. Lebih mudah guna aplikasi Google Map, search Kuala Gandah. Aktiviti di sini bermula jam 1pm dan ke atas. Tayangan video berkenaan bagaimana gajah liar dijinakkan dan dipindahkan ke hutan simpan yang lebih selamat untuk habitat mereka. Melihat persembahan gajah menunjukkan beberapa skil mereka bersama 'mahout'. Ingatkan mereka panggil mahmud :), mahout adalah panggilan untuk pelatih gajah. Mahout bersama gajah dalam pertunjukan ringkas. Jam 2 petang. Kami sampai seawal jam 10 pagi. Terdapat papan tanda dan maklumat berkenaan di gajah. Ibu seronok membaca, anak sudah berlari masuk ke kolam hiasan yang belum siap. Masih dalam proses binaan. Ada tandas dan surau yang selesa. Selain itu, terdapat banyak kerusi rehat untuk pengunjung yang punya anak kecil macam...

Daftar Akaun Tabung Haji di ATM Maybank

Sebelum ini apabila hendak masukkan duit ke Tabung Haji kena pergi ke mana-mana pejabat Tabung Haji, isi borang deposit, ambil nombor, tunggu giliran dan ke kaunter apabila nombor dipanggil. Ada masa kena cuti separuh hari hanya untuk ke Tabung Haji. Jadi ini adalah berita baik kepada saya yang jarang ada masa untuk ke bank apa lagi Tabung Haji pada hari bekerja. Servis ini sudah lama, cuma saya yang baru tahu. Jadi untuk rekod dan makluman kepada anda yang belum tahu bagaimana caa untuk masukkan duit ke Tabung Haji dengan hanya transfer sahaja menggunakan Maybank2U. 1. Daftar Tabung Haji di ATM Maybank Ini langkah pertama yang kena buat, baru nombor Tabung Haji kita ada dalam M2U. Caranya, pergi ke mana-mana ATM Maybank. Masukkan kad ATM kemudian masukkan no pin kita sendiri. Kemudian pilih Tabung Haji. Pilih Pendaftaran Akaun Dewasa, masukkan nombor akaun Tabung Haji kita. Selepas itu kena masukkan no siri Buku Tabung Haji pula. Masa mula-mula nak daftar tak bawa buku...

Usahawan Bermula Dari Usia Kecil

Hari usahawan sekolah merupakan platform yang bagus untuk memperkenalkan anak pelajar dengan asas bisnes.  Pada hari ini, setiap kelas ada gerai jualan sendiri.  Guru bersama pelajar akan tentukan kelas mereka akan jual apa. Katakan sandwich.  Berapa banyak yang hendak dijual?  Apa bahan mentah yang kita perlukan?  Berapa kos yang diperlukan sebagai modal awal?  Berapa harga sandwich yang kita akan jual?  Anak ada maklumkan bahawa gerai yang mendapat kupon paling banyak menjadi juara.  Kupon terbanyak itu maksudnya apa?  Jualan tertinggi.  Dunia usahawan bukanlah hanya jualan yang paling banyak.  Kita lihat gerai mana yang mendapat perhatian pelanggan dari sudut khidmat pelanggan, gerai mana yang punya usp tersendiri.  Tahun lepas ada pelajar yang memakai apron datang ke meja ibu bapa yang sedang duduk berbual dan menikmati makanan, mereka menunjukkan barang jualan dan mula buat promosi. Inisiatif yang bagus. Lain d...