Skip to main content

Posts

Perlukah Anak Bijak Membaca Sebelum Masuk Darjah 1?

Pernah dengar katanya anak nak masuk darjah satu kena pandai membaca. Hakikatnya ramai sahaja anak-anak pelajar yang masih belum dapat mengusai kemahiran membaca sebelum usia 7 tahun. Apabila anak dapat menguasai kemahiran ini sebelum masuk sekolah, itu satu bonus. Namun jika tidak jangan murung ibu-ibu. Anak perlukan waktu untuk menguasai kemahiran 3M (Membaca, Menulis, Mengira) Ibu pernah kongsikan dalam entri ini , bagaimana anak sulung belum pandai membaca lagi sebulan nak buka sekolah, masuk darjah satu. Kita boleh usaha, namun jangan paksa keterlaluan hingga menyebabkan anak hilang minat untuk belajar, lagi teruk apabila keyakinan diri mereka semakin menurun. Memang betul, ada yang kata anak yang menguasai kemahiran membaca lebih mudah menguasai ilmu. Itu dulu kerana kebanyakan ilmu disampaikan melalui medium buku. Namun sekarang, banyak medium lain yang telah meendahului, terutama teknologi di hujung jari. Tidak bermaksud ibu setuju anak dibiarkan menonton youtube s...

Anak Susah Hendak Makan? Cuba Pasta Vege Ini

Anak-anak ibu semuanya jenis makan apa sahaja. Apabila berjumpa kawan-kawan yang mempunyai anak jenis sukar untuk makan, buat ibu kagum dengan usaha si ibu untuk memujuk anak makan. Dari anak kecil, setahun ke atas. Cuba berikan mereka pelbagai variasi jenis makanan untuk mereka rasa dan ekplore. Pelbagai jenis sumber protein ayam, ikan, telur. Pelbagai jenis karbo komplek seperti kentang, keledek dan pelbagai jenis ubi. Biasakan dengan pelbagai jenis sayur yang pelbagai warna. Baru-baru ini, ibu jumpa di internet tentang Eatalian Mixed Vege Pasta. Pasta pelbagai warna, mempunyai 4 jenis bentuk macaroni, shell, star dan fusilli. Menariknya Vege Pasta ini diperbuat daripada tepung semolina yang tinggi protein. Warnanya menggunakan puree sayur asli. Yang penting keluaran bumiputera dan dijamin halal. Anak ibu jumpa pasta, rebus macam tu pun satu mangkuk boleh habis. Nanti ibu kongsikan resepi masak pasta simpel untuk anak kecil, Insha-Allah. Nak ...

Siapkan Rumah Kucing

Akhirnya siap juga rumah ibu kucing anak lima yang mula dirancang hujung tahun lepas. Dari reka plan, beli bahan, pasang semua dilakukan oleh abah dan anak-anak. Ibu hanya lihat dan jadi pendorong supaya siap cepat. Maklumlahh ibu kurang selesa bau najis kucing dalam rumah. Ibu kucing (belum ada namanya) selalu datang singgah dan menumpang makan di rumah. Abah selalu belikan makanan kucing walaupun kami tiada kucing peliharaan bagi memberi makan kucing liar yang datang bertandang. Apabila kucing-kucing ini diberi makanan, kucing akan sentiasa datang. Ada yang tidak ke mana dah, bermain kawasan sini sahaja. Beberapa tahun lepas kami ada memelihara seekor kucing yang anak namakan Piko. Kucing jantan yang ditinggalkan seekor di tadika tempat anak belajar. Dia bersungguh mahu bawa balik. Umur kucing ini tidak panjang, tidak sampai dua tahun, akhirnya Piko mati. Selepas itu kami bawa seekor kucing oren dari kampung. Dua hari selepas sampai di rumah, si Oren mati. Jadi saya fikir, tidak...

Apa Yang Best Tentang Siri Cepat Membaca Adik Bijak Baca?

Adik Bijak Baca adalah buku edisi kemaskini daripada Adik Mari Baca dan Pandainya Adik Baca. Asal usul buku Adik Bijak Baca ada ibu ceritakan di sini . Mari kita lihat 5 keistimewaan buku Adik Bijak Baca: 1. Hanya 4 Buku Bacaan Mudahkan proses membaca supaya anak tidak bosan. Adik Bijak Baca hanya mengandungi 4 buku sahaja. Buku 1 pelajar sudah boleh mengusai dua suku kata kv dari konsonan b sehingga z. 2. Hanya 1 Halaman Setiap Hari, 5 Minit Setiap Sesi Bagi menjadikan sesi bacaan efektif. Hanya peruntukkan 5 minit setiap sesi dengan 1 halaman sahaja setiap sesi. Dengan cara ini, guru dapat mengajar secara berpusat sebelum one-to-one dengan pelajar. 3. Mengandungi Perkataan Beritma, Pantun Dan Teka Teki Banyak pantun dimasukkan ke dalam buku Adik Bijak Baca. Selain menjadikan proses bacaan menyeronokkan, ini bagi meningkatkan akal budi anak kecil dengan pantun nasihat. Menggunakan perkataan berulang dan beritma memudahkan anak membaca. 4. Buku Panduan ...

Kaedah Cepat Membaca: Adik Bijak Baca

Sebelum ini pernah diceritakan di sini berkenaan Set Buku Adik Mari Baca. Sehingga semalam 14 Nov 2018, seramai 98k views posting tersebut dicatatkan. Nampaknya ramai ibu bapa juga pendidik yang mencari buku yang sesuai untuk digunakan kepada anak dan pelajar. Selepas 7 tahun perkongsian tersebut, maka atas inisiatif mahu membantu menyebarkan kebaikan melalui buku membaca, kami berjumpa dengan penulis asal Buku Adik Mari Baca dan beliau bersetuju untuk kami terbitkan buku tersebut dengan nafas baru. Maka terhasilnya Adik Bijak Baca. Buku ini mengandungi banyak pantun, ayat beritma bagi menyemai kecintaan anak-anak terhadap membaca. Betapa indah bahasa kita. Bakal terbit awal Disember ini. Minggu hadapan kita akan tunjukkan beberapa konten di dalam buku ABB. Stay tune.

Bacakan Buku Sebelum Anak Tidur (Bedtime Story)

Bedtime story diperkenalkan oleh negara luar di mana ibu atau ayah membacakan buku cerita sehingga anak tertidur. Bagi ibu yang bekerja, ia adalah masa berkualiti yang diluangkan bersama anak pada waktu malam. Kebanyakan masa, anak belum lagi hendak tidur pun. Menjadi rutin anak untuk memilih buku mana yang mereka mahu dibacakan. Biasanya buku yang sama diulang-ulang setiap hari. Satu malam sehingga 3-4 buku. Ada masa ibu ini mengelat juga dengan tidak bacakan semua teks, hanya cerita ringkasannya. Asalkan anak puas hati. Selepas habis baca buku, ambil masa sebelum anak tidur untuk bacakan beberapa surah pendek, doa dan shahadah. Entri seterusnya akan dikongsikan antara buku kegemaran anak untuk Bedtime Stories.

Trip Satu Hari Ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Lanchang, Pahang

Antara lokasi menarik yang boleh diterokai bersama anak-anak adalah di Pusat Konservasi Gajah, Kuala Gandah. Terletak di daerah Lanchang, Pahang. Jika melalui LPT, exit Tol Lanchang. Selepas itu ikut sahaja signboard. Lebih mudah guna aplikasi Google Map, search Kuala Gandah. Aktiviti di sini bermula jam 1pm dan ke atas. Tayangan video berkenaan bagaimana gajah liar dijinakkan dan dipindahkan ke hutan simpan yang lebih selamat untuk habitat mereka. Melihat persembahan gajah menunjukkan beberapa skil mereka bersama 'mahout'. Ingatkan mereka panggil mahmud :), mahout adalah panggilan untuk pelatih gajah. Mahout bersama gajah dalam pertunjukan ringkas. Jam 2 petang. Kami sampai seawal jam 10 pagi. Terdapat papan tanda dan maklumat berkenaan di gajah. Ibu seronok membaca, anak sudah berlari masuk ke kolam hiasan yang belum siap. Masih dalam proses binaan. Ada tandas dan surau yang selesa. Selain itu, terdapat banyak kerusi rehat untuk pengunjung yang punya anak kecil macam...