Skip to main content

Petua Mudah Bersalin

Sewaktu mengandungkan anak ke-2 ibu ada sedikit masalah bayi berkedudukan songsang. Semasa check up minggu ke 38 kedudukan bayi masih lagi tidak pada kedudukan sepatutnya iaitu kepala ke bawah di pangkal rahim untuk memudahkan proses kelahiran berlaku. Doktor O&G ibu menasihati supaya ibu sujud lebih lama dari biasa supaya bayi dapat berpusing. Ibu hanya turuti nasihat dr dan berdoa supaya semuanya dalam keadaan baik, Alhamdulillah apabila perut memulas semasa berlakunya kontraksi menandakan proses kelahiran akan tiba, dr cek bayi berada dalam kedudukan yang betul dan bersedia untuk proses kelahiran.


Memang dahulu ibu agak hairan kenapa dr nasihatkan supaya ibu sujud lebih lama, apa kaitannya? Sekarang ibu sudah jumpa jawapannya dan ibu ingin berkongsi dengan semua. 

Kelebihan Sujud: Mengalirkan oksigen, menguatkan daya fikir, memudahkan proses bersalin dan meningkatkan kesuburan.

Gerakan sujud: Menonggeng dengan meletakkan kedua belah tangan, lutut, hujung kaki dan dahi di atas lantai. Falsafahnya adalah manusia menundukkan diri serendah-rendahnya.


Manfaat Sujud:

Aliran limfa dipamkan ke bahagian leher dan ketiak. Kedudukan jantung yang berada lebih tinggi dari otak menyebabkan darah yang kaya dengan oksigen mengalir secara maksimum ke otak. Pengaliran ini mempengaruhi daya fikir kita. Oleh itu lakukan sujud dengan tama'ninah, tidak tergesa-gesa. Gerakan ini juga menghindar penyakit buasir. Bagi wanita, gerakan rukuk dan sujud mempunyai manfaat luar biasa bagi kesuburan dan kesihatan organ kewanitaan.

Sujud adalah latihan kekuatan otot tertentu termasuk otot dada. Semasa sujud beban tubuh ditumpukan pada lengan hingga tapak tangan. Pada masa ini pengecutan terjadi pada otot dada, bahagian tubuh yang menjadi kebanggaan wanita. Payudara bukan hanya menjadi lebih menarik, tetapi juga memperbaiki fungsi kelenjar air susu di dalamnya.

Semasa pinggul dan pinggang di angkat melampaui kepala dan dada, otot-otot perut (rectus abdominis dan obliquus abdominis externuus) mengecut sepenuhnya. Gerakan ini melatih organ di sekitar perut bagi meneran dengan lebih dalam dan lama. Ini memberi manfaat kepada kaum wanita kerana dalam proses bersalin, mereka memerlukan pernafasan yang baik dan kemampuan meneran mencukupi.

Apabila wanita mengandung, otot perut berkembang lebih besar dan lebih kuat, secara automatik, ia menjadi elastik. Biasanya, sujud menyebabkan tubuh dapat mengembalikan dan mempertahankan organ perut pada tempatnya semula. Mengecutkan rahim dan mengempiskan perut.

Bagaimana bayi songsang di dalam kandungan boleh berubah kedudukan dalam terapi sujud ni? Saya sangat-sangat percaya bahawa proses semula jadi datang dengan semulajadi dan solat dan doa itu adalah terapinya. 

Nah tengok betapa solat sangat memberi manfaat kepada kita, ini baru gerakan sujud, belum lagu rukuk, duduk antara 2 sujud, iktidal dan yang pasti setiap gerakan dalam solat pasti ada kelebihan dari segi jasmani. InsyaAllah di lain siaran saya kongsikan kelebihan gerakan solat yang lain pula.

Comments

  1. oh br tahu..Biasa di sujud terakhir memang me suka sujud lama.

    ReplyDelete
  2. oo,..kalau bykkan solat sunat pun baguskan..

    ReplyDelete
  3. ellissmie,

    bagus lar tu, saya pun baru juga tahu

    ReplyDelete
  4. Nia,

    Apa2 solat tak kira fardhu atau sunat, InsyaAllah...

    ReplyDelete
  5. Subhanallah!
    Memang segala suruhan Allah dan Rasulullah ada hikmah disebaliknya...
    moga kita semua mendapat manfaatnyer..

    ReplyDelete
  6. ummumishkah,
    Islam is wonderful, Islam is the way of life

    ReplyDelete
  7. owh..baru tahu...boleh la dipraktikkan nanti bila mengandung...:)

    ReplyDelete
  8. Kancilbiru,
    Memang kena praktik sebab tu bila wanita mengandung tak datang period....

    ReplyDelete
  9. Silakan NiKiHs@RuN jika untuk kebaikan elok dikongsi bersama.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.