Nov 14, 2010

Peraturan Bila Anak Bermain Playground

Malam tadi, ibu ajak abah ke Mydin sebab nak cari sedikit barang keperluan termasuk barang ini....

Perjalanan balik kami singgah ke satu restoran yang agak besar di sini, makanan boleh tahan dan ada mini playground untuk anak-anak bermain. Bila namanya anak-anak, nampak sahaja playground mesti nak main.

Sebab ramai anak-anak yang sedang bermain (dalam 3-4 macam tu) jadi Hakim dan Aiesyah terpaksa menunggu giliran mereka bermain di satu sudut. Anak-anak ibu bukan jenis yang suka berebut untuk dapatkan sesuatu yang bukan hak mereka (kecuali lah jika barang mainan mereka dirampas) masih malu-malu di situ.

Permainan yang ada cuma 2 buaian kecil yang sesuai untuk 1- 4 tahun dan 1 jongkang-jongkit plastik, kami beritahu Hakim untuk tidak bermain sebab dia sudah besar dan hanya sesuai untuk Aiesyah dan yang sebaya dengannya. Alhamdulillah Hakim faham dan tidak bermain pun cuma menemani Aiesyah mendapatkan giliran bermain.

Ibubapa kepada 2 orang anak kecil yang tengah bermain buaian pun ada di situ, bila anaknya bangun, saya minta Aiesyah pergi (macam biasa di bawa oleh abang Hakim) sampai je dekat dengan buaian, terus si anaknya duduk balik. Perkara ini berulang 2-3 kali, nasib baik Aiesyah hanya memandang dan diam, tidak menangis, dan tidak juga berebut.

Bila makanan kami sampai, ibu ajak anak-anak makan, dan nampaknya ibubapa yang bersama anaknya di playground itu juga makan, dan buaian diambil alih oleh anak-anak yang lain pula.

Semasa makan, anak tadi ke tempat buaian itu semula, bila anak yang sedang bermain buaian itu bangun, terus ibunya meluru dan minta anaknya duduk di buaian, tetapi tidak sempat sebab ada anak yang lain pula duduk. Saya perhatikan ibu tadi meminta anak yang baru duduk di buaian bangun dan beri peluang pada anaknya bermain pula.

Dalam hati ibu terdetik 'isk masa anak kita nak main takde pula dia minta anak dia bangun, tapi bila anaknya yang nak main sesuka hati minta anak yang lain bangun dari buaian, sedangkan anaknya sudah lama bermain tadi' tempat yang agak terhad, anak-anak ramai kenalah bertolak ansur.

Ibu bukan nak menyibuk ke apa, tapi rasa macam tidak patut pula tindakan ibu tadi campur tangan dalam urusan anak-anak kecil bermain, berilah peluang pada anak yang lain pula bermain. Secara tidak langsung kita boleh mengajar anak bersabar dan bertolak ansur sesama mereka.

Kami sebagai ibubapa biasanya hanya memerhatikan anak-anak bermain dari jauh, pandai-pandai mereka lah nak main macamana. Selagi tiada insiden yang tidak diingini berlaku kami biarkan saja.

Pernah tak berlaku macam ni pada anak-anak? Atau berebut mainan sesama rakan sebaya, apa tindakan yang boleh kita lakukan? membiarkan atau masuk campur?

Aiesyah sewaktu usia Umar

5 comments:

  1. sya mmg tk masuk campur..biasa kalau budak2 nak main tempat yg dh ada org..minta dorg main dulu kt lain... :-)

    My recent post "Kenangan Masa Lalu…."

    ReplyDelete
  2. pernah jg jumpa parent yg mcm tu.. tp malas nak ambil port.. klu rasa x puas hati sgt ajak anak2 balik saja sambil bg nasihat jgn buat perangai yg x elok mcm tu ..

    ReplyDelete
  3. tak patutla parents masuk campur mcm tu. Sy pun ajar anak2 bertolak ansur. tapi kalau ada yg tak reti bhs, kdg2 tegur juga.

    ReplyDelete
  4. kalo nurin & nadhira saya biar ajer..sekadar tngk dr jauh.biar mereka belajar ber'kawan'.nurin selalu gaks kena buli, tp nadhira jenis 'pandai melawan' & tahu protect diri sendiri. kalo mysara br saya monitor dkt2 sbb dia kecik lagi..

    ReplyDelete
  5. ish.. sangat tak suka dgn mak yg bertindak mcm tu.. indirectly mak tu mengajar anak dia sikap tamak & tak reti bertolak ansur....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails