Skip to main content

Posts

Huggies Dry Pant: Tukarlah Untuk Lebih Senang Dipakai

Anak yang mula merangkak atau berjalan sukar untuk dipakaikan lampin, inilah pengalaman ibu semasa anak sedang membesar..... ada juga kes lampin dibuka sendiri oleh tangan comel! Penggunaan seluar lampin sangat membantu! Ibu-ibu yang mahu mencari seluar lampin boleh cuba Huggies Dry Pant, pilihan untuk anak-anak yang aktif. Sangat mudah hanya koyak, salin dan lepas. Sesuai untuk ibu-ibu yang sibuk di rumah, pemakaian kurang dari 30 saat! Dengan peregang lembut di bahagian tepi memberi lebih keselesaan dan menghalang kesan merah terutama bagi anak yang sihat dan bam-bam! Mempunyai sistem pengunci untuk menghalang kebocoran. Huggies adalah jenama lampin bayi pakai buang pertama Malaysia yang terbukti secara klinikal dapat membantu menghalang ruam lampin. Ibu menggunakan Huggies sebagai lampin pertama anak sulung ibu 8 tahun lepas. Memang terbaik! Mahu mencuba?  Dapatkan sample Huggies Dry Pant percuma apabila ibu-ibu singgah di booth Huggies di ruang legar M...

Keibubapaan: Mendidik Menggunakan Teknik Nabi Muhammad S.A.W - Part I

Pagi tadi bertempat di Masjid Al-Khairiah, Gombak diadakan Himpunan Muslimah Gombak. Ibu mendapat hebahan melalui facebook Puan Nurhidayah Jaafar seorang trainer dan pengamal hadis psikologi. Pengisian pelbagai program khusus untuk wanita antara yang menarik perhatian ibu adalah 'Parenting Forum' tentang Bagaimana Mendidik Anak Mengikut Teknik Nabi Muhammad S.A.W. Ahli Panel Asst Prof Dr Wan Mazwati Wan Yusuff dan Puan Nurhidayah Jaafar menarik perhatian ibu untuk hadir dan mempelajari 3 teknik lagi iaitu; 1. Teknik Meningkatkan Self-Esteem (Pujian Gaya Nabi) 2. Teknik Menerangkan Peraturan 3. Teknik Demonstrasi atau Menunjuk Cara  Sebelum ini melalui Bengkel Mendorong Pelajar Corot oleh Ustazah Siti Khatijah ibu pelajari 5 teknik yang lain, kecuali teknik meningkatkan Self-Esteem. Teknik meningkatkan 'self-esteem' ini antara teknik popular dalam amalan lazim mendidik anak-anak, iaitu memuji. Dalam teknik ini diajar bagaimana teknik pujian yang bet...

Impak Pujian Cara Nabi, Anak Lebih Rajin Belajar

Ibu bersyukur terpilih menyertai Bengkel Mendorong Pelajar Corot dan sekarang telah menjadi alumni kumpulan khas di facebook. Banyak ilmu baru yang ibu pelajari di sana. Mendidik anak-anak di tadika merupakan pengalaman baru yang mencabar bagi ibu. Mengajar anak-anak yang ramai di tadika tidak sama seperti mengajar 3 anak di rumah. Pelbagai peel dan karenah yang kadang-kadang sangat menguji kesabaran. Namun ditekadkan hati dan semangat demi anak-anak bangsa, mendidik bukanlah kerja singkat, ianya suatu proses yang lama. Mengendalikan anak-anak yang hiperaktif, gemar bermain, lasak dan tidak suka berada di dalam kelas. Ibu akui masih belum dapat menggunakan sepenuhnya teknik mendorong gaya Nabi dalam keadaan tertentu yang sukar dikawal. Ini kisah seorang anak di tadika yang suka buat hal sendiri, guru-guru lain beritahu ibu anak ini perlu dipujuk-pujuk untuk buat kerja di dalam kelas dan ketika menjawab ujian. Bila ditegur atau dimarah terus keluar kelas, tidak masuk-masuk (...

Pertama Kali Menggunakan Skrip Pujian Gaya Nabi Muhammad

Alhamdulillah berpeluang mengikuti Bengkel Mendorong Pelajar Corot Menggunakan Teknik Nabi Muhammad SAW yang disampaikan oleh Puan Siti Khadijah atau lebih dikenali dengan Ustazah Siti Khadijah. Beliau adalah pengamal teknik mendorong gaya Nabi Muhammad dan hasil sentuhan teknik tersebut pelajar corot menjadi pejaya.  Ibu mengikuti blog Ustazah Siti Khatijah , Puan KhairulAniza dan Puan Nurul Hidayah sejak tahun lepas. Ibu kagum dengan usaha yang dijalankan oleh Tim Pengkaji Hadis Psikologi yang diketuai oleh Pengerusi Kumpulan PTS, Puan Ainon Mohd. Ibu percaya sekiranya teknik mendorong gaya nabi ini diperluaskan dan digunapakai oleh semua orang terutamanya yang terlibat dalam bidang pendidikan, semua pelajar boleh menjadi pejaya. Cemerlang dari sudut akademik dan akhlak. Teknik mendorong ini sesuai untuk ibubapa aplikasikan di rumah untuk anak-anak, juga sesuai untuk pasangan masing-masing. Hari ini ibu aplikasi beberapa skrip menggunakan teknik pujian gaya n...

Tabung Doa Ibrahim: Karnival Si Jantung Hati

Alhamdulillah masih lagi di sini, menghirup nafas bersih, kesihatan yang baik. Kesyukuran yang hanya layak dirafakkan kepada Tuhan Pencipta segalanya. Wajahnya nampak sayu dan tenang, adik Ibrahim (2 bulan) kini mengidap paru-paru berair. Setiap kali si kecil ini batuk, tubuhnya bergoncang hebat, dan nafasnya berbunyi kuat Setiap kali batuk, acapkali Ibrahim merenung ibunya seolah memberitahu, "Ibu, Ibrahim sakit.."Segera dadanya diusap lembut oleh ibu tanpa jemu. Lihat dan tenung wajah kecil ini, berat mata memadang berat lagi bahu yang memikul. Ibu Ibrahim seorang yang tabah, walaupun ibu hanya mengenali Puan Salwa di dunia maya atau lebih tepat di facebook, ibu tahu beliau adalah seorang ibu yang tabah dengan segala ujian hidup yang Allah berikan kepada beliau tanda kasih sayangNya. Di saat mata ibu melihat wajah baby Ibrahim ini, terdetik di dalam hati, adakah ibu sekuat ini? Maka benarlah ayat Allah: Allah tidak membebani seseorang melainkan se...

Pulut Nyor Ikan Kukus Goreng di Musim Hujan

Assalamualaikum salam pagi Jumaat, cerah pagi ini matahari memancar riang. Alhamdulillah selepas beberapa hari pagi mendung dengan hujan rintik-rintik. Sudah sarapan? Nyaman bila dapat jamah pulut kelapa (pulut nyor) dengan ikan kukus goreng... mengimbau kenangan zaman kanak-kanak di kampung ketika musim tengkujuh. Pulut, ubi kayu rebus antara makanan wajib... :) Beras pulut yang ibu beli untuk makan dengan durian asalnya (pulut durian) akhirnya menjadi pulut nyor. Anak-anak suka sangat pulut terutama puteri ibu sorang tu Aiesyah. Mudah sahaja sediakan pulut nyor ni tidak sampai 30 minit. 1. Tanak pulut dalam periuk, macam masak nasi juga cumanya letak air lebih sikit je dari pulut (biar tenggelam pulut je). Sebelum tu kena cuci bersih dulu ye beras pulut ni...jangan lupa gunakan api kecil sahaja. 2. Goreng ikan kukus. Ikan kecil ibu sudah kukus semalam dengan asam keping dan garam, nak lebih sedap letak lengkuas. 3. Kelapa parut dicampur sedikit garam. Sudah siap di...

Jangan Tunggu Berharta Untuk Berjasa

Alhamdulillah, segala pujian hanya layak untuk Tuhan Sekelian Alam. Ibu tertarik dengan cerita yang ibu dengar di IKIM tengahari tadi, tentang seorang raja dan seorang ilmuwan. Raja memanggil ilmuwan tersebut dan berkata, "Tunjukkan padaku apakah Tuhan benar-benar wujud?" "Jika begitu yang tuanku pinta, mohon patik berada seorang diri di sini" Lalu raja keluar dari bilik itu. Ilmuwan mencoretkan puisi indah di atas satu kertas. Sebentar kemudian, ilmuwan meminta raja masuk ke dalam bilik dan menunjukkan puisi yang dikarang tadi. Raja bertanya, "Indahnya puisi ini, siapakah yang menulisnya?" "Pen ini bergerak dengan sendiri dan mencoretkan puisi di kertas ini, tuanku" "Mustahil! Mustahil pen ini bergerak dengan sendiri. Puisi yang indah ini pasti ditulis oleh seorang penyair yang bijak pandai" "Benar kata tuanku, puisi yang indah ini sudah tentu ditulis oleh seorang yang hebat, bagaimana dengan alam ini yang sungguh...