Potty training is the skill that our child must learn, there are other skills and abilities that must be in place before learning can begin Ramai ibu yang berkata "Susah la nak ajar anak ke toilet, tak larat nak cuci kalau asyik terbabas aja". Seperti yang saya ceritakan tentang Aiesyah diaperless sebelum ini di entry ini , ibu dan anak mesti bersedia untuk proses Potty Training. Ibu perlu sentiasa bersedia dengan situasi seperti di atas jika anak bersedia kerana mustahil untuk anak kecil yang baru hendak belajar terus sempurna seperti anak kecil yang hendak belajar berjalan mustahil tidak akan jatuh. Bagaimana untuk mengetahui bahawa anak kita telah bersedia untuk proses Potty Training? 1. Anak tahu bila waktu dia hendak melepaskan hajat; Aiesyah akan bagitau saya bahawa diapersnya bocor setiap kali dia pee kerana berasa basah dan tidak selesa. Ada anak yang tidak duduk diam, bersembunyi dan sebagainya. 2. Anak suka berdikari, mudah membuka diapers dan seluar mereka sen...