Ini adalah Raya Haji Pertama dan raya ke-2 saya beraya di bandar selepas bergelar isteri. Kali pertama menyambut Raya Idulfitri 2003 ketika baru berkahwin dan suami tidak dapat cuti (menangis tidak berlagu jugalah masa tu nasib baik baru kawin). Bila pagi raya selalunya saya serahkan aja urusan menu raya pada ibu dan kakak-kakak saya yang 5 orang itu tapi kali ini bila beraya di rumah sendiri saya perlu perah otak fikirkan apa nak masak. Last minute decision saya call husband minta belikan beras pulut sewaktu dalam perjalanan pulang dari kerja sehari sebelum raya. Em macam nak buat pulut kuning la.. teringin nak makan.
Pagi-pagi lagi saya sudah bangun (kunci jam pukul 5pg tapi bangun lewat sket huhu) rendam 2 kilo pulut dengan serbuk kunyit, sementara tunggu beras pulut tu kembang, saya masak gulaikawah ayam. Bila gulai dah siap saya kukus beras pulut yang dah ditoskan tadi. Agak-agak masak beras tu angkat gaul dengan santan pekat yang dicampur dengan garam. Belum sempat nak kukus kali ke-2 Aiesyah dah bangun mintak nak makan "nasi kuning" banyak juga dia makan.
Terganggu emosi saya beberapa kali ketika menulis ini dek anak-anak yang minta susu, menangis, dan merengek, jika saya ada yang tulis tunggang-langgang saya minta maaf. Kejap tadi lepas saya masak nasi mencuka muka Hakim sebab dia minta saya masakkan "nasi kuning" lagi. Apakah perlu saya memasukkan sedikit kunyit di dalam nasi yang saya masak tadi? Suka benar anak saya dengan pulut kuning rupanya, mungkinkah sebab warna kuningnya amat menarik perhatian anak kecil? Jadi kepada ibu-ibu yang anaknya tidak mahu makan nasi, mungkin boleh diletakkan sedikit kunyit, sirap merah atau lain-lain bagi menarik perhatian anak-anak
Lepas solat raya, kami berkemas untuk ke rumah kakak, asalnya nak pergi dari malam semalam lagi tapi semua kepenatan dan tidur awal malam raya. Kakak saya dah masak nasi ayam jadi tak perlulah saya masak nasi lagi, nanti jadi banyak nasi pula siapa nak makan? Sebelum bertolak sempat kami berikan sedikit juadah pulut kuning + gulai ayam kepada jiran. Anak-anak bermain sakan bila sampai di rumah kakak, aktiviti raya diorang bermain dan bermain aja. Jam 6.30 petang kami bertolak pulang, anak-anak dan ibu tertidurlena dalam kereta. Kakak minta saya tidur di rumahnya tapi kami menolak sebab suami kerja hari ni (Sabtu) sebenarnya saya dah berpakat dengan suami nak pulang sebelum maghrib kerana Nur Kasih
Maghrib sampai di rumah terus siapkan anak-anak dan tidurkan tapi semua takmo tidur sampai habis cerita Nur Kasih. Konon nak buat sup kaki lembu (sempat lagi wat balik kaki lembu dari rumah kakak) tapi tak ada pulak kapak/parang nak potong. Setakat pisau besar yang ketuk ayam tu memang bukan lawannya, jadi simpan lah dalam freezer dulu tunggu esok abang carikan lawan kaki lembu itu.
Menu hari ni Nasi putih (x jadi letak kunyit) dengan Sup Tulang Kaki Lembu
Pagi-pagi lagi saya sudah bangun (kunci jam pukul 5pg tapi bangun lewat sket huhu) rendam 2 kilo pulut dengan serbuk kunyit, sementara tunggu beras pulut tu kembang, saya masak gulai
Aiesyah dengan muka baru bangun tidur
Lepas solat raya, kami berkemas untuk ke rumah kakak, asalnya nak pergi dari malam semalam lagi tapi semua kepenatan dan tidur awal malam raya. Kakak saya dah masak nasi ayam jadi tak perlulah saya masak nasi lagi, nanti jadi banyak nasi pula siapa nak makan? Sebelum bertolak sempat kami berikan sedikit juadah pulut kuning + gulai ayam kepada jiran. Anak-anak bermain sakan bila sampai di rumah kakak, aktiviti raya diorang bermain dan bermain aja. Jam 6.30 petang kami bertolak pulang, anak-anak dan ibu tertidur
Maghrib sampai di rumah terus siapkan anak-anak dan tidurkan tapi semua takmo tidur sampai habis cerita Nur Kasih. Konon nak buat sup kaki lembu (sempat lagi wat balik kaki lembu dari rumah kakak) tapi tak ada pulak kapak/parang nak potong. Setakat pisau besar yang ketuk ayam tu memang bukan lawannya, jadi simpan lah dalam freezer dulu tunggu esok abang carikan lawan kaki lembu itu.
Menu hari ni Nasi putih (x jadi letak kunyit) dengan Sup Tulang Kaki Lembu
kami kat NZ ni dah tak larat nak makan daging lembu. esok rasa nak makan ikan pulak. kami ambik satu bhgn niat buat aqiqah utk Hafizah.
ReplyDeleteyer la kan? meriah qurban tu yg tiada bandingan, kami time ni lah nak buat sup tulang ngan gear box sendiri.. hehe
ReplyDelete