Skip to main content

BERCUTI ATAU BALIK KAMPUNG?



Kami sangat berhajat untuk bercuti, dah lama benar tidak pergi bercuti sejak keahiran baby Umar ni. Pergi jalan-jalan balik hari tu tidak lah dikira percutian kan? Abang dapat cuti 4 hari maknanya seminggu kami akan cuti, ibu ni sedia maklumlah di rumah nak apply cuti dengan siapa yer? Maknanya kami ada seminggu untuk bercuti dan kami bercadang untuk balik ke kampung, pulang ke kampung seolah bercuti juga bagi kami kerana banyak perkara yang menyamankan apabila berada di sana


Parents - Saat yang indah bila balik bertemu dengan mak ayah kita kan? maklum saja lah Raya Haji haritu kami cuma beraya di sini, kerinduan untuk balik bertemu dengan ayahbonda mengusik kalbu! Bukan ke memandang wajah kedua orang tua itu mendapat pahala? Senangnya membuat kebaikan kan....


Makanan - Yang ni memang duk kepingin, banyak makanan yang ada di kampung tiada di sini, jika ada pun rasanya berbeza. Bila balik kampung nasi berlauk pagi-pagi tu memang tak boleh tinggal, nasi dagang, kuih muih yang tak ada kat bandar ni macam Akok yang sedap, kuih topi, pulut panggang isi ikan, pulut bakar dan banyak lagi lah... InsyaAllah jika ada kesempatan saya akan ambil gambar kuih muih ni. Kerepok lekor memang sentiasa di hati, jika balik mesti beli dan bawak sikit ke sini untuk simpan makan sendiri dan buah tangan jiran-jiran.


Pantai - Setiap kali pulang ke kampung memang kami tak pernah miss untuk ke pantai, harap sekarang ni angin tengkujuh dah semakin reda, boleh lah kami bermain air laut. Anak-anak pasti teruja, sangat-sangat teruja! Ibu ni suka tengok keletah anak-anak ajer..

Suasana - Kampung yang mendamaikan yang menyamankan mata memandang,  seolah ada suatu aura yang mmbuatkan kami terasa sangat dekat dan terikat dengan kampung. Di waktu cuti sekolah begini, kakak dan abang pasti akan pulang jua, seronok anak-anak bila dapat berjumpa dan bermain dengan sepupu mereka. Kami yang perempuan ni mestilah sibuk di dapur menyediakan juadah yang hebat-hebat, makan beramai-ramai pulak tu pasti membangkitkan selera (siapa lewat turun padang pasti kecewa weh.. haha) Lauk pauk yang segar, ikan sure sedap fresh tu dari laut

Comments

  1. sama lah kita

    kampung saya pn dekat dgn pantai juga

    makan ikan segar, udara segar,

    pendekata semua segar bugar

    selamat bercuti ;D

    ReplyDelete
  2. oh yeke kat mana tu?

    terima kasih mas...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.