Sekarang cuaca sudah cerah, tadi hujan dengan guruh dan kilat. Saya memang tak berani nak pasang modem bila kilat, sebab dulu masa kecik2 mak selalu minta padamkan suis bila ada guruh dan petir. Arahan itu melekat di dalam benak saya sehingga sekarang. Risau juga jika terbakar modem, atau laptop meletup ker... :). Dulu pernah berlaku overload current di rumah sewa kami menyebabkan banyak perkakas elektrik rosak dan perlu dibaiki termasuk tv, peti ais, mesin basuh dan kipas. Seingat saya kipas memang tak dapat dibaiki, mesin basuh dan tv punya lama nak dibaiki kerana tokey kedai tu cakap tunggu sparepart. Kelam kabut juga waktu tu, tak larat saya nak basuh guna tangan (last pi hantar dobi) hampir sebulan juga lah. Nasib baik waktu tu kami baru berdua, belum ada anak lagi, jika sekarang tak sanggup wei nak cuci baju yang berlambak setiap hari. Basuh guna mesin pun penat apalagi tangan... ooooh tidaaak! Dalam masa sebulan itu kami pulang ke rumah bila waktu malam untuk tidur sahaja (ma...