Skip to main content

Anak dan Gathering

Bismillah
Beberapa hari tiada new entry, masa begitu pantas berlalu seperti pepatah Arab ada mengatakan "Masa Ibarat Pedang". Minggu depan adalah minggu terakhir di bulan pertama tahun 2010. 24jam masa sehari rasanya tidak cukup untuk melakukan semua benda.
Aiesyah sudah pandai bermain game 'mix and match' dan belajar ABC di starfall.com, tangan Aiesyah yang kecil comel itu dulunya nak tekan mouse pun selalu tak jadi sekarang dah boleh drag2. Pada ibubapa yang mempunyai anak 2-5 tahun, saya sangat mencadangkan web education ini. Belajar sangat menyeronokkan dan menggembirakan anak kecil anda sehingga ibu terpaksa bersaing untuk menggunakan pc, dan adakalanya sampai tertidur di depan pc dengan kepala terlentuk di kerusi :)
 


Umar pula sejak 2-3 hari ni agak manja, selalu nak kena main dengan dia menyebabkan ibu rasa senang hati duduk sambil main2 jer dengan Umar sementara Aiesyah belajar dan ibu juga tidak senang duduk kerana banyak lagi mende yang belum settle. Pantang ada kertas di depan mata, memang cepat sangat tangannya, inilah yang dikatakan sama-sama bekerja =P~  Jika ibu hilang aje dari pandangannya Umar kan menangis hingga menitik air mata seperti sakit-sakit. Bila dukung jer terus senyap, jenuh juga nak dukung anak ibu yang lebih 7kg ni, ibu pun cari balik baby sling yang dah lama tersimpan dan gunakan untuk mendukung Umar sambil buat kerja, tapi kalu masak [-X


Hari ni Sabtu jadi Hakim tidak bersekolah, hari-hari adalah hari sekolah bagi Hakim kecuali bila abah tidak bekerja. Jika abah kerja pada Hari Sabtu atau ada kerja maka Hakim mahu ikut sekali. Bagaimana nak bagitau Hakim yang Hari Sabtu dan Ahad sekolah cuti kerana setiap hari adalah sama aje baginya \:D/
Ibu gembira kerana tahu yang Hakim gembira ke sekolah. Alhamdulillah hari ini Hakim ok!

Esok adalah Gathering Day for MomBloggersPlanet, InsyaAllah kami sekeluarga akan turut serta, petang pula ada gathering kecilan kawan sekolah Ting.3 yang lebih 15 tahun tak berjumpa. Teruja sebenarnya nak berjumpa kawan-kawan blogger dan kawan-kawan lama. Gathering MBP secara potluck jadi menu yang akan saya bawa adalah nasi dagang. Hari ini dah siapkan ikan dan rempah-rempah, InsyaAllah malam ni masak gulai dan esok pagi-pagi kena kukus nasi dagang :-h


Comments

  1. salam ani..

    kitorg 1 family pun insyaAllah akan join jugak
    jumpa disanaaa... :)

    ReplyDelete
  2. salam

    starfall sgt membantu terutama ibu yg bekerja di rumah, kalau sy urus kerja lain membasuh, mengemas etc, kanak2 riang kusyuk dgn starfall, stkt ni arif n hakim sudah pandai explore semua aktiviti,,, jadi masa anak tido saya buat kerja,jika mereka bangun sudah kena berebut..

    ReplyDelete
  3. Ramai yg minat Starfall he he....tp yg sadisnya sampai boleh terlentok ek kak :P

    ReplyDelete
  4. h4ni3: jumpa esok.. InsyaAllah

    Mas: setuju.. dari Hakim 2 thn skang Aiesyah pulak.. siang berebut, malam kami semua tidur awal sebab Hakim kena bangun awal :D

    Sitisifir10: anak-anak camtu lah... terlentuk sib baik perasan turunkan dia di bawah.. siap kuar air liur tu.. /:)

    ReplyDelete
  5. salam Ani,
    Anak2 dara saya pun selalu main starfall.com tu. bestnyo nasi dage. lamo tok make. nok buat, hubby tok berehi. hihi

    ReplyDelete
  6. anak2 zaman sekarang cepat belajar lau xajar..dia tgk pun die leh tau...

    ReplyDelete
  7. Nur: nok saya pos ko? hehe :D
    rosma: betul3x

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Kenapa Anak Suka Pakai Selipar Terbalik

Biasa tak tengok anak-anak pakai selipar terbalik, macam jadi perkara biasa pada mereka. Aiesyah sekarang ni memang trend pakai selipar terbalik bila ditegur barulah dialihkan selipar, jika tidak macam tu lah dia pakai selipar. Kadang tu bila disuruh pakai betul-betul kita pula yang dimarahnya, dia cakap yang dia pakai tu dah betul, adakah anak usia 2-3 tahun sukar untuk kenalpasti selipar kiri dan kanan? Selipar yang aiesyah pakai sekarang, snap masa baru beli,  sekarang dah takde color pink lagi dah... Ni pulak selipar hakim yang tinggal kenangan,  kena curi kat masjid masa hakim ikut abah solat Jumaat Apa yang ibu perasan bukan selipar sahaja yang terbalik, huruf pun selalu ditulis terbalik, contohnya bila N ditulis seperti U, S pun jadi terbalik. Semalam masa Aiesyah belajar menulis huruf, ibu gelak jer bila tengok A ditulis terbalik iaitu bukaan A di bahagian atas. Mungkin ini salah satu proses pembelajaran anak-anak kan? Dengan cara ini mereka boleh kenalpasti ...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...