Skip to main content

Minggu Rehat & Balik Kampung

Minggu ini melepaskan lelah di rumah, dan juga di kampung halaman nanti, berehat sepuasnya.

Minggu depan bermula cabaran baru menempuh tahun baru 2011. Beberapa perancangan telah diatur untuk 2011, mohon dipermudahkan Allah dalam setiap urusan.

Kami sekeluarga dalam proses untuk berpindah ke rumah baru cuma masih banyak perkara yang belum diselesaikan. Antara yang sempat dibeli minggu ni adalah lampu dan kipas, ini memang perkara wajib yang ada dalam rumah.

Tujuan asal hendak survey tapi bila tengok harga dan layanan yang baik terus kami beli lampu dan kipas di sana.

Jom kita tengok apa yang menarik di Fancy....

Lampu yang sesuai dipasang untuk hall dan bilik, ada 3 mentol kecerahannya sama seperti 2 lampu kalimantan, seperti yang diberitahu oleh promoter tu lah, harga promosi rm78.


Lampu untuk meja makan, pelbagai corak, pening kami memilih dengan kepala mendongak ke atas :). Kalau yang kat dalam gambar ni harga dari RM60.


Lagi lampu untuk meja makan dan wall, macam-macam jenis lampu wall ada kat sini harga pun ada yang murah jer dalam RM30 gitu, kalau kat wall letak lampu dan cermin, aduh cantiknya kan?


Antara kipas-kipas yang dipamerkan, kami beli kipas yang paling murah jer, sekarang kipas semua ada 5 bilah dengan remote control dan waranty 5 tahun kalau tak silap. Ada kipas dan lampu sekali yang sesuai untuk meja makan, harga dalam RM1k memang cantik, angin ala-ala manja gitu....


Siapa yang ada rumah bertangga bulat di tengah sangatlah sesuai dengan lampu kristal yang panjang melingkar ke bawah ni.


Lampu dinding yang menarik perhatian ibu, sangat cantik dipasang dalam bilik tidur atau hall, macam romantik gitu cahayanya


Ini pula lampu shell



Lampu 3 serangkai....


Esok diumum sebagai cuti jadi jom ler kita balik kampung atau bercuti........... : )

Comments

  1. yezzaaaa...mesti balik kampung kak. dah lama tak balik kuala kangsar. rindu dengan mak. lampu lawa2 kan kak. geram tgk. tp kena awas dgn mentol. rumah kitorg asik blackout rupanya sebab mentol

    ReplyDelete
  2. Wan, kedai tu semua style modern, saya suka style classic tapi skrg semua mahal beb.. Eh, rumah baru kat mane? jgn lupa jemput hehehe..yezzaaa...esok cuti!Malaysia Boleh!

    ReplyDelete
  3. ok amirah... selamat balik kampung, hati2

    ReplyDelete
  4. k.pnut,
    area sini jugak... InsyaAllah saya akan jemput nanti bila dah selesai semua urusan....
    selamat bercuti kak!

    ReplyDelete
  5. salam anie,

    mmg rambang mata memilih lampu. saya dulu keluar-masuk byk kedai utk puaskan hati. akhirnya hanya ada 2 kedai jd pilihan krn hrga yg berpatutan. maklumla nak beli byk kan. dah siap psg pun rasa nak beli lagi haha.

    apapun, selamat berpindah ke rumah baru.

    ReplyDelete
  6. bila baca n3 ni teringat masa baru nak masuk rumah dulu... huhuu, 4-5 kedai lampu jugak la kami jenguk... sudahnya beli di kedai melayu.. MZ lighting.. konon2 nak support melayu.. lepas 4 tahun remote control kipas rosak.. bila g kedai, depa kata dah takde stok remote utk kipas tu (sadid betul la melayu ni meniaga).. maka sudah 1 tahun lebih kipas kat hall tu tak bernyawa... tensi jer.. kalo tau baik la beli jenama nasional.. at least boleh g kedai lain utk sparepart ke apa...

    ReplyDelete
  7. selamat thn baru, selamat berpindah ke rumah baru & selamat balik kg. Balik kg mana?

    ReplyDelete
  8. Kat ner kedai ni anie.. kami pun duk survey utk naik rumah gak ni.. comel2 lampu yer..

    ReplyDelete
  9. thanks carrie-ma..... memang nak masuk rumah ni boleh kering poket kalu tak buat budget betul2, saya buat hok wajib2 jer dulu, hok sunat2 tu kemudian :)

    ReplyDelete
  10. kakyong, betul kakyong cakap tu, macam kipas yg well known kdk tapi tak semua kedai jual brand tu, skang bnyk brand dari china jer....

    ReplyDelete
  11. Nur,
    kami 2-2 ore trg, besut dan setiu... duk kg ni asyik hujan jer....

    ReplyDelete
  12. ummumishkah,
    ni kedai fancy, batu caves kedai ni dekat ngan giant batu caves, kat area sini memang byk kedai lampu murah2 pulak tu

    ReplyDelete
  13. bersilau2 la rumah nanti... comel, comel...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Siapa nak Buku Perancangan Kewangan Keluarga? FREE jer...

Ini pertama kali saya bersiaran dari hp lama yg x berapa nak canggih ne :) tapi byk berjasa, taipan akan dteruskan walaupun ibu jari kontot ne da rasa nak krem haha kan best kalu dpt hp yg main touch2 je. Lupakan apa yg saya duk merapu tadi berbalik pada tujuan asal sy nak bg pada sesiapa shj yg berminat dgn buku perancangan kewangan keluarga yg dkeluarkan oleh bank negara. Saya percaya wanita aka ibu atau isteri adalah perancang kewangan terbaik sebuah keluarga ye lah selalunya wanita lah yg pandai beli brg time sale dan buat budget keluarga means byk mana belanja byk mana nak simpan nak dlaburkan dan sebagainya. Buku ni sgt berguna bagi saya dan mungkin juga bagi mereka yg mahu kewangan keluarga lebih teratur. Tawaran ini layak pada yg betul berminat sahaja jgn sebab free anda mahu tapi tidak berbuat apa2, baik dberikan pada yg betul2 nak. Gambar buku saya akan upload kemudian, sesiapa yg berminat bole tinggalkan komen dsini, nyatakan nama, email dan kenapa anda perlukan buku ini. ...