Anak ibu yang bongsu Umar dalam latihan buang air di tandas, hampir 6 bulan sudah Umar tidak menggunakan sebarang diaper tidak kira siang atau malam. Ibu tidak mahu Umar keliru dan mengambil ringan untuk buang air di mana-mana sahaja yang disukainya. Setiap perkara perlukan latihan, macam itulah juga dengan latihan ke tandas ni, sebab itu berlaku keciciran dalam proses latihan ini. Aiesyah dulu hampir 4 tahun pun masih lagi keciciran terutama waktu pagi. Proses latihan memerlukan sedikit tenaga dikeluarkan seperti membasuh toto hampir setiap hari, jika tidak maka tiada alas toto untuk tidur pada malamnya atau tenaga mengangkat anak yang tiba-tiba, memegang .... nya dan kelihatan seluarnya sudah kebasahan. Respon ibu? Marah? Tidak perlu kerana inilah proses kehidupan seorang anak yang normal. Ibu juga begitu agaknya semasa kecil dahulu malah mungkin lebih teruk lagi. Menguruskan anak tidak lar memenatkan seperti menguruskan toto yang hendak dicuci. Toto yang b...