Ibu tidak ingat hari pertama ibu ke sekolah dahulu, rasanya tidak ditemani oleh mak atau ayah sebab sudah biasa ke Tadika sebelum itu.
Anak-anak zaman sekarang sudah matang, anak-anak ibu Hakim dan Aiesyah akan memulakan pengajian hari pertama di sekolah dan tadika masing-masing hari ini.
Ibu kejutkan Hakim jam 6.15, walaupun Hakim tidak mahu membuka mata, ibu mengangkatnya ke bilik air dan menjirus, Hakim hanya menurut. Bila ibu ajak makan, Hakim tidak mahu hendak beli meehun goreng di kantin katanya. Excited hendak membeli makanan sendiri, Hakim pasti tiada masalah untuk membeli sebab ibu sudah biasa ajarkan Hakim ke kedai belikan roti, gula, dan lain-lain. Walaupun begitu Hakim belum cekap mengira wang terutama duit syiling.
Semalam, kami ke sekolah Hakim mendengar taklimat, manakala Hakim diminta ke kelas dan menjalani ujian diagnostik. Habis sahaja taklimat kami melawat kelas anak dan kantin. Berapa ye wang yang ibu-ibu bekalkan untuk anak-anak ke sekolah. Kebanyakan makanan/minuman berharga RM1, kecuali kuih muih RM0.40. Semalam Hakim beli mihun goreng dan air RM2, Aiesyah juga begitu. Patut lah cikgu nasihatkan anak-anak dibekalkan sekurang-kurangnya RM2 setiap hari ke sekolah.
Ibu bekalkan Hakim wang saku RM3, walaupun hanya RM2 yang diminta, ibu cakap duit lebih simpan. Hanya abah yang menghantar Hakim ke sekolah hari ini ditemani adik Umar. Aiesyah awal-awal lagi sudah siap, walaupun sekolahnya bermula jam 8 pagi.
Sekarang menunggu abah balik hantar Hakim untuk menghantar Aiesyah pula ke sekolahnya. Ibu doakan anak-anak ibu sentiasa tabah hatinya, dan berkelakuan baik di sekolah bersama kawan-kawan terutama dengan mualim/mualimah.
Pada semua ibu-ibu yang mempunyai anak yang mula bersekolah hari ini, ibu ucapkan selamat memulakan persekolahan formal untuk anak-anak, dan pastinya sekolah pertama anak-anak kita adalah di rumah. Semoga proses ini menjadikan anak-anak kita lebih berdisiplin, baik perkembangan sosial mereka, dan sudah pasti anak-anak akan belajar banyak perkara baru.
Menuntut ilmu adalah sangat dituntut di dalam Islam, jika niat kita menyekolahkan anak-anak untuk mencari keredhaan Allah untuk menegakkan agama ini, InsyaAllah beroleh pahala dan kebaikan kita semua.

mesti hepi hari pertama kat sekolah hari ni..
ReplyDeletebelajar rajin2 yer hakim...!
ReplyDeleteselamat memulakan sesi sekolah buat halim & aisyah..
ReplyDelete