Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2013

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...

Seronoknya Jadi WAHM

Hari ini diumum cuti bagi sekolah negeri Melaka, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor dan Pahang. Akibat jerebu yang semakin teruk. Berdoa semoga ianya cepat beransur, mohon hujan turun supaya udara menjadi lebih bersih. Ibu lihat di luar, matahari kelihatan sedih dengan warnanya yang suram kelihatan akibat cuaca berkabut yang melanda.  Sekolah dan tadika di tutup, ada juga taska yang tutup operasi disebabkan terlalu ramai anak-anak yang tidak sihat. Bagaimana dengan ibubapa yang bekerja dan tidak dapat cuti? Di saat begini, seronok ibu-ibu yang bergelar WAHM. Alhamdulillah walaupun tahun ini ibu bukan bergelar WAHM sepenuhnya, namun tiada masalah untuk membawa anak-anak bersama setiap masa. Tadika Pasti negeri Selangor juga telah diumum cuti 3 hari sehingga Rabu 26 Jun 2013.  Seronok memang seronok bila cuti, memikirkan latihan nasid belum lagi bermula, risau juga ibu. Berharap keadaan akan bertambah baik, pertandingan pada 7 Julai ini. Kurang 2 min...

Makanan Tambahan aka Supplement

Dulu-dulu masa bujang sehingga berkahwin, ibu mengambil dua makanan tambahan, Spirulina dan EPO (Evening Primrose Oil). Semasa mengandungkan anak sulung (Hakim) ibu masih teruskan pengambilan Spirulina. Selepas melahirkan anak pertama, pengambilan makanan tambahan menjadi tidak konsisten, sekejap ambil... sekejap tidak. Faktor kewangan juga menjadi punca, katakan 1 botol harganya dalam RM60, jika 2 jenis sudah RM120. Biasanya tahan satu bulan sahaja. Ibu akui memang tidak boleh konsisten ambil supplement apalagi bila sudah beranak pinak, komitmen lain lebih penting... sehinggakan ibu lupa menjaga kesihatan sendiri. Apakah vitamin dan makanan tambahan benar-benar diperlukan oleh tubuh kita? Berapa kadar yang sepatutnya kita ambil? Kena juga ambil tahu sebelum mula 'consume' sebarang 'supplement'. Paling ditakuti apabila makanan tambahan yang masuk itu tidak dapat dihadam sepenuhnya (ada ke kes begini) dan menyebabkan kerosakan kepada buah pinggang? Kasih...

Ibu Yang Rindu....

8 Jun 2013 Rindu Malam ini kami kekurangan seorang ahli keluarga, abang Hakim tidur di hutan. Dia mengikut jiran kami 'camping'. Sebenarnya sudah beberapa kali Hakim minta untuk ikut sama pergi ke hutan, cuma kami yang tidak benarkan. Memandangkan sekarang cuti sekolah, kami benarkan Hakim ikut dengan beberapa syarat. Kami doakan Hakim belajar sesuatu dari pengalaman ini. Rindu..... Ibu juga belajar sesuatu, rupanya begini perasaan bila rindu pada anak, ianya tidak sama seperti anak ke sekolah apabila kita tahu anak tidak bermalam bersama kita. Ianya seperti rindu pada anak ketika mula-mula bekerja selepas habis pantang...  Perasaan rindu seorang ibu lebih perit daripada rindu seorang anak pada ibunya (ini yang ibu dapat rasakan tika ini). Tiba-tiba ibu teringat pada mak ibu di kampung, bersalah pula rasa bila tidak balik kampung cuti sekolah ni. Ikutkan hati memang mahu terbang terus sampai ke kampung... rindunya Allah sahaja yang tahu.  Sal...

Idea Wangikan Rumah Cara Semulajadi

Ibu memang tidak gunakan sebarang pewangi di rumah. Alhamdulillah ruangan di rumah ini besar dan mempunyai pengudaraan yang cukup, terutam ruang tamu. Setiap bilik mempunyai tingkap begitu juga bilik air tinggi dan mempunyai ruang udara di bahagian atas. Rumah yang wangi boleh menjadi terapi penghuni di dalamnya. Bayangkan jika rumah tiada pengudaraan yang cukup dan bau hapak.... pasti tidak selesa hidung. Selepas ibu habiskan ebook Super Wahm , ibu mendapat idea membuat deko cum pewangi semulajadi menggunakan daun pandan dan bunga kemboja putih. Bunga kemboja putih ada 2 pokok kami tanam, 1 di bahagian depan, dan satu lagi di belakang. Pokok kemboja hidup subur dan berbunga dengan galaknya. Sejak mula berbunga, sentiasa ada bunganya walaupun tidak lama, mekarnya dalam 3-4 hari kemudian luruh, mekar lagi bunga yang lain, begitulah silih berganti. Pokok Kemboja Berbunga Putih Bau wangi kemboja ini sangat menarik perhatian ibu setiap kali keluar rumah, pasti ibu ...

Rabu Yang Menyegarkan.....

Bayangkan berada di suatu tempat . . Mendongak ke langit . . Melihat pemandangan ini . . . Terhidu sesuatu . . Bau bunga segar ini . . . Hhmmmmmmmmm.......

Mengajar Anak Di Rumah

Pada suatu ketika Amir telah membaca buku 4 tetapi tidak mahu membaca teks untuk melancarkan bacaannya.  Oleh itu saya terpaksa menulis perkataan pada kad dan menampalnya di dinding. Saya meminta tolong kakaknya, Amirah yang berusia 9 tahun pada masa itu untuk bermain berlari untuk berebutkan perkataan di dinding. Hanya dengan cara itu sajalah dia akan membaca dengan bersungguh-sungguh untuk mengalahkan kakaknya.  Kunci utama kejaaan ibu bapa mengajar anak di rumah di antaranya ialah dengan bermain. Bagi kanak-kanak mereka belajar dengan bermain. Dengan sedikit perancangan kita dapat menjadikan sesi bermain itu sebagai sesi belajar tanpa disedari.  - Bab Mengajar Di Rumah, Buku Ajar Anak Membaca Awal  Tuan/Puan boleh dapatkan Buku Ajar Anak Kecil Membaca Awal di SINI