Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.
Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu.
Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi.
Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini]
Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.
Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huruf jawi yang besar ini. Hanya perkenalkan huruf-huruf dalam al-Quran sahaja terlebih dahulu.
Layangkan sahaja kad imbas dari belakang ke hadapan sambil sebut huruf dengan jelas. Untuk pastikan anak sudah mengecam huruf, boleh diletakkan beberapa kad di atas meja, sebutkan satu-satu huruf dan minta anak mengambil kad huruf tersebut.
Banyak kaedah menggunakan kad imbas ini bergantung kepada kreativiti ibubapa. Boleh minta anak sebutkan huruf selepas atau huruf sebelum dan sebagainya.
Pernah tengok VCD ini?
Pernah tengok VCD ini?
VCD dengan animasi karton dan nyanyian mengenal huruf hijaiyah. VCD ini banyak membantu anak menggunakan minda separa sedar. Nyanyian Alif Baa Taa banyak kali diulang-ulang, setiap kali itu juga anak-anak akan menyanyi sama.
Bukan itu sahaja, dalam vcd ini juga diajar cara menulis huruf-huruf hijaiyah. Memang berbaloi memiliki VCD ini. Tapi awas, jangan biarkan anak melihat dalam jangka masa yang lama, anak-anak akan hilang fokus dan bosan. Nanti anak-anak tidak mahu melihatnya lagi. VCD pembelajaran tidak sama dengan VCD Upin-Ipin :)
Ini juga salah satu cara mudah memperkenalkan anak-anak kepada huruf hijaiyah. Semoga bermanfaat.
salam sis, nak tanya sis ade jual ke kad imbas dengan vcd tue ? kalo ade nak beli =)
ReplyDeleteSalam Cik Puan,
ReplyDeleteSaya ada keduanya, mohon sms/wassap 013-2821450 (Pn Wan Anie) untuk dapatkan.