Hasrat untuk menulis entri yang lebih bermanfaat kepada umum sangat tinggi terutama bidang pendidikan awal kanak-kanak yang bermula dari rumah. Saya percaya ibu adalah guru terbaik kepada anak-anak kerana seorang ibu lebih memahami watak dan sikap anak berbanding guru luar. Alhamdulillah sejak ibu berkongsi tentang teknik cepat membaca di blog ini hampir 3 tahun lalu, hampir setiap hari ibu menerima sms atau email bertanyakan tentang buku tersebut. Pembelajaran bukan bergantung sepenuhnya kepada bahan (buku), cara atau kaedah yang betul juga memainkan peranan. Teknik fonik semakin popular di negara ini, walaupun ianya telah lama digunakan di negara luar. Menggunakan kaedah fonik bukan sahaja memudahkan anak membaca dalam Bahasa Melayu tetapi juga Bahasa Inggeris, dan menulis tanpa mengeja. Cara mudah untuk mengenal kaedah fonik adalah membunyikan huruf TANPA MENYEBUT HURUF. Contohnya seperti huruf 'a' disebut aaa seperti ayam, api, awan. Huruf 'b' di...