Skip to main content

Ajar Anak Cepat Membaca Dengan Kaedah Fonik


Hasrat untuk menulis entri yang lebih bermanfaat kepada umum sangat tinggi terutama bidang pendidikan awal kanak-kanak yang bermula dari rumah. Saya percaya ibu adalah guru terbaik kepada anak-anak kerana seorang ibu lebih memahami watak dan sikap anak berbanding guru luar.

Alhamdulillah sejak ibu berkongsi tentang teknik cepat membaca di blog ini hampir 3 tahun lalu, hampir setiap hari ibu menerima sms atau email bertanyakan tentang buku tersebut. Pembelajaran bukan bergantung sepenuhnya kepada bahan (buku), cara atau kaedah yang betul juga memainkan peranan. 

Teknik fonik semakin popular di negara ini, walaupun ianya telah lama digunakan di negara luar. Menggunakan kaedah fonik bukan sahaja memudahkan anak membaca dalam Bahasa Melayu tetapi juga Bahasa Inggeris, dan menulis tanpa mengeja.

Cara mudah untuk mengenal kaedah fonik adalah membunyikan huruf TANPA MENYEBUT HURUF. Contohnya seperti huruf 'a' disebut aaa seperti ayam, api, awan. Huruf 'b' disebut dengan bunyi 'beh', huruf 'c; disebut dengan bunyi 'ceh' dan seterusnya. Tuan/Puan boleh lihat lebih lanjut di youtube, cari tentang 'Phonic Sound'. Atau boleh pasangkan sahaja VCD Lagu Abu Ada Ayam. Anak-anak lebih mudah mengikut dan mengingat bunyi huruf melalui lagu dalam vcd ini. Kad Imbas juga disertakan dalam vcd ini sebagai alat bantu mengajar. Menariknya vcd ini boleh diikuti oleh anak seawal 2-3 tahun.
VCD Lagu Abu Ada Ayam ini disertakan Kad Imbas dan gambar.


Kemudian anak-anak perlu diajar kaedah gabung bunyi, seperti 'beh' dan 'aaa' menjadi 'ba'. 'ceh' dan 'aaa' menjadi 'ca'. 'deh' dan 'aaa' menjadi 'da' dan seterusnya. Kaedah gabung bunyi fonik ini juga banyak terdapat di dalam youtube, kebanyakan menggunakan kad imbas sebagai bahan bantu mengajar. Perlu diingatkan bahawa terdapat sedikit perbezaan bunyi pada huruf a dan c apabila melihat youtube dalam Bahasa Inggeris.

Kad imbas mini ada disertakan di dalam set Buku Bacalah Anakku untuk memudahkan pengajaran. Namun ibubapa yang rajin boleh membuat kad imbas sendiri menggunakan kad manila. Ibu gemar gunakan kad imbas untuk Umar kerana jika tidak matanya akan mula melihat benda lain semasa ibu mengajar. Bila dilayangkan kad imbas, mata anak lebih fokus apabila kita menggerakkan dan melayangkan kad tersebut.

Set Bacalah Anakku

Kad Imbas Mini


Dalam Set Bacalah Anakku terdapat 1 buku panduan mengajar untuk guru/ibubapa dan 1 vcd panduan mengajar. Penting untuk ibubapa membaca/melihat vcd panduan ini sebelum memulakan sesi belajar. Untuk menambah pengetahuan ibubapa, saya mencadangkan Buku Ajar Anak Kecil Membaca Awal yang ditulis oleh Puan Nik Eliani dan suaminya Tuan Othman berdasarkan pengalaman lebih 20 tahun mengajar. Mereka berdua adalah pengasas Bacalah Anakku Read Easy yang menggunakan kaedah fonik pertama di Malaysia.




Ini antara sedikit usaha untuk memperkenalkan kaedah fonik kepada ibubapa yang selalu membeli buku-buku Bacalah Anakku dan Adik Mari Baca. Semoga bermanfaat.


Pakej ini saya namakan Pakej Ajar Anak Membaca Kaedah Fonik.

Pakej ini mengandungi:
1. Set Buku Bacalah Anakku
2. Set VCD Lagu Fonik
3. Buku pink Ajar Anak Kecil Membaca Awal (selagi ada stok)


Whatsapp atau Telegram 013-282 1450

Comments

  1. Bagi tuan puan yang mahukan pakej lengkap ajar anak membaca menggunakan kaedah fonik mudah ini, mohon email comellote.corner@gmail.com atau
    Sms/whatsapp ke 013.2821450

    Pakej mengandungi:
    -set vcd Abu Ada Ayam
    -set Bacalah Anakku
    -buku Ajar Anak Kecil Membaca Awal
    -free gift

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Pakej Lengkap Mengajar Anak Membaca Awal dengan Percuma Buku Seronoknya Mewarna & Mewarna ABC hanya pada harga RM91.20 termasuk kos poslaju dalam semenanjung Malaysia atau RM100 termasuk caj pos guna NATION WIDE ke Sabah/Sarawak.

      SMS 013.2821450 untuk order Pakej Lengkap Mengajar Anak Membaca Awal

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Kenapa Anak Suka Pakai Selipar Terbalik

Biasa tak tengok anak-anak pakai selipar terbalik, macam jadi perkara biasa pada mereka. Aiesyah sekarang ni memang trend pakai selipar terbalik bila ditegur barulah dialihkan selipar, jika tidak macam tu lah dia pakai selipar. Kadang tu bila disuruh pakai betul-betul kita pula yang dimarahnya, dia cakap yang dia pakai tu dah betul, adakah anak usia 2-3 tahun sukar untuk kenalpasti selipar kiri dan kanan? Selipar yang aiesyah pakai sekarang, snap masa baru beli,  sekarang dah takde color pink lagi dah... Ni pulak selipar hakim yang tinggal kenangan,  kena curi kat masjid masa hakim ikut abah solat Jumaat Apa yang ibu perasan bukan selipar sahaja yang terbalik, huruf pun selalu ditulis terbalik, contohnya bila N ditulis seperti U, S pun jadi terbalik. Semalam masa Aiesyah belajar menulis huruf, ibu gelak jer bila tengok A ditulis terbalik iaitu bukaan A di bahagian atas. Mungkin ini salah satu proses pembelajaran anak-anak kan? Dengan cara ini mereka boleh kenalpasti yang mana

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru