Skip to main content

Toleransi Hidup Berkeluarga

"Asyik aku sahaja yang kena buat semua kerja rumah, habis dia buat apa? Duduk goyang kaki depan tv sambil baca suratkhabar, tolong lah sikit. Nak masak lagi, basuh baju sekolah anak lagi". Bebelan isteri semasa tangan pantas menyapu lantai yang berselerak dengan cebisan kertas hasil seni anak-anak.

Situasi yang jarang berlaku, sekarang suami dan isteri masing-masing pandai memainkan peranan, bertolak ansur dalam hal rumahtangga seoiranya tiada pembantu yang menguruskan hal rumah. Keharmonian rumahtangga terletak pada peranan yang dimainkan oleh pasangan suami isteri. Tahu tanggungjawab dan boleh bertoleransi dalam semua hal.

Sekiranya mampu, ambil pembantu rumah sepenuh masa atau cukup yang datang satu atau dua hari seminggu. Ada yamg suka menggunakan gadget kerja rumah, bergantung kepada pilihan masing-masing. Setiap keluarga itu unik, setiap pasangan berbeza.

Sesekali tinggalkan rutin yang biasa, hantar baju ke kedai dobi, ambil yang sudah siap bergosok. Tempah atau beli sahaja makanan di luar untuk hari cuti masak. Nikmati hari tanpa kerja rumah, keluar manjakan diri atau duduk berehat sahaja di rumah dengan melakukan kerja yang disukai.



Tidak perlu merasa terbeban dengan kerja yang tidak pernah habis. Lakukan dengan bijak. Kerja rumah bukanlah matlamat utama hidup :D. Bagi ibu meluangkan masa berkualiti dengan anak, membaca, membuat perkara yang disukai sangat menenangkan.

Berbincanglah dengan suami kerana seorang ibu bukan superwoman. Robot juga akan kehabisan bateri, apalagi manusia biasa.

Jangan lupa luangkan masa untuk diri sendiri, kerana dirimu begitu berharga.



Comments

  1. anak2 pun dr kecik kena dilatih utk tlg ibu. Barulah pandai nak berdikari.

    ReplyDelete
  2. Betul, betul
    Setuju sangat anak kena dilatih membantu kerja rumah. Walaupun masih kecil, anak-anak memang sudah boleh diberi tanggungjawab.

    ReplyDelete
  3. banyak info..terima kasih..:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...