Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2016

Peranan Anak Di Rumah Menjadikan Anak Seorang Yang Membantu Meringankan Beban Orang Lain

Apabila malam, badan mula lesu, terasa mahu baring sahaja. Apakan daya kadangkala anak kecil perlukan perhatian. Alangkah beruntungnya apabila anak kecil merengek, anak yang lebih besar menawarkan diri untuk membantu. "Ammar menangis ibu" "Ammar sudah mengantuk tu, dia hendak susu" "Biar Aiesyah buatkan susu untuk Ammar" Aiesyah ke dapur, menyiapkan susu adik Ammar seperti biasa. Sudah hafal sukatan air panas, susu dan air kosong. Selepas itu, disuakan susu kepada adik sambil membaringkan adik di tempat tidurnya.  Pernah juga sebelum ini, ketika sedang solat, Aiesyah mandikan adiknya yang berusia 1 tahun 7 bulan itu. Usai solat ibu bertanya, "Aiesyah mandikan baby Ammar?" "Ya, tadi Ammar berak sampai bocor kena seluar, Aiesyah mandikan terus." "Aiesyah selalu mudahkan urusan ibu, Allah akan sentiasa mudahkan urusan Aiesyah" Aiesyah senyum menampakkan kedua lesung pipitnya. Sebagai ibubap

Bacakan Buku Cerita : Cara Mudah Ajar Anak Membaca

Sebelum ini di dalam entri ini, saya ada kongsikan tentang set buku membaca yang saya gunakan untuk anak saya yang sulung (2011) sudah 5 tahun lepas. Anak sulung saya sudah berusia 11 tahun sekarang. Mengajar membaca perlu dipelbagaikan mengikut kesesuaian anak. Cara setiap anak belajar berbeza. Saya tidak ajar membaca secara formal kepada anak kedua, walaupun begitu anak sudah boleh membaca pada usianya 5 tahun. Saya perhatikan anak kedua saya sangat gemar membaca buku walaupun ketika beliau masih kecil dan masih tidak pandai membaca. Ya saya gemar membelikan buku cerita kepada anak-anak ketika itu selepas anak sulung saya sudah pandai membaca. Saya silap, sepatutnya saya perkenalkan buku-buku kepada anak sulung saya lebih awal. Saya perhatikan anak kedua saya pandai membaca selepas melihat blok-blok tulisan. Ini berlaku ketika saya membacakan buku cerita kepadanya. Anak akan minta saya ulang beberapa kali ayat dan mula membunyikan beberapa sukukata yang beliau inga