Baru ada kesempatan untuk kemas kini berkenaan Set Adik Bijak Baca. Sebelum ini hanya tunjuk gambar set hadapan sahaja. Kali ini mari kita lihat isi dalam buku pula. Ada ibu dan guru yang minta untuk melihat isi dalam buku bacaan untuk kanak-kanak ini. Kami faham kerana di luar sana ada banyak jenis buku membaca. Menggunakan Set Adik Bijak Baca, anak-anak hanya perlu kuasai dua suku kata dimulai dengan bunyi a i dan u. Apabila anak suah kuasai 2 suku kata, anak sudah boleh membaca ayat mudah seperti ini. Pujilah sedikit, "Wah, adik sudah boleh baca. Lepas ni boleh baca buku cerita pula!" Semua ini di buku 1. Apabila sudah kuasai semua suku kata di atas ini, baru boleh perkenalkan buku 2 untuk kvk (konsonan vokal konsonan). Kali ini baru dibunyikan fonik. Untuk buku 3 pula ada ang ing ung, ny, diftong seperti ai au. Buku 4 Buku 4 Apabila telah selesai buku 3, buku 4 adalah pengukuhan bacaan. Dalam buku 4 ada pantun,...