Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Anak-Anak PASTI

Aktiviti Meningkatkan Kemahiran Motor Halus Kanak-Kanak

Kemahiran motor halus merujuk kepada kebolehan kanak-kanak menggunakan anggota badan seperti tangan dan kaki untuk membuat pergerakan. Contohnya seperti menggenggam, memegang, melukis dan sebagainya. Ibu perhatikan kanak-kanak yang mudah melakukan pergerakan anggota tangan (jari-jemari) lebih mudah diajar menulis, melukis, dan melakar. Anak-anak yang selalu didedahkan dengan permainan yang melibatkan anggota tangan dan kaki lebih terkehadapan dalam kemahiran motor halus. Dahulu ketika kecil, kita biasa bermain dengan tanah dan pasir, guli, batu-batu kecil, buah getah dan sebagainya. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat membantu semasa kita mula belajar menulis di sekolah. Antara aktiviti yang boleh meningkatkan motor halus adalah seperti berikut: 1. Bermain tanah liat atau play doh . Atau bermain dengan pasir. 2. Membuka dan menutup penutup botol 3. Memasukkan benang ke dalam lubang. Ikat benang seperti mengikat tali kasut. Anak ibu Umar mula be...

Cerita 17 Mei 2013: Sambutan Hari Guru

Cuaca mendung sahaja pagi Jumaat yang diberkati ini.... sambutan hari guru diadakan peringkat sekolah Pasti kami, jadi semua pelajar diminta hadir sesi pagi. Daripada 130 pelajar, hanya 90 yang hadir dengan pelbagai juadah dan hadiah. Guru ini kagum dengan anak-anak cilik yang sediakan hadiah dan ucapkan Selamat Hari Guru kepada kami, terharu... comel je tulisan anak-anak ini di kad. Kami cuma minta bawa sedikit juadah, tapi mereka bawa banyakkkk... seorang bawa untuk jamu 20 orang makan, kalau dah 90 orang? Macam-macam makanan ada kek 6 kotak, kek potong dalam bekas,, makanan berat seperti nasi himpit, mee goreng, mihun, kuih-muih (paling banyak), kerepek, keropok, kentang goreng, kentang putar, nugget, buah, agar-agar dan puding, aiskrim siap dengan kon, snek, sumi jangan dikira. Sekolah sediakan ayam goreng ala-ala FC lagi. Memang banyak! Kami hidangkan makanan yang anak-anak suka makan, yang mana kurang mendapat sambutan kami ketepikan (bawa ke masjid selepas hab...

Lawatan Sambil Belajar ke KidZania

Ibu sekarang dalam bas bersama 5 guru yang lain membawa 44 orang pelajar/anak-anak cilik ke tempat meneroka alam dewasa, mana lagi KidZania! Daripada pembacaan dan survey ibu di blog-blog menerusi pengalaman ibu-ibu lain membawa anak-anak mereka ke sini, terdapat bank CIMB anak-anak boleh menyimpan dan mengeluarkan duit dari sana. Ada pekerjaan yang anak-anak dibayar gaji selepas habis kerja seperti Pilot, Bomba, Pencuci tingkap, Tukang Cat dan lain-lain. Upah untuk setiap kerja berbeza mengikut kepayahan kerja agaknya. Ada juga kerja yang anak-anak perlu bayar untuk bekerja di sana, seperti membuat burger, salon dan lain-lain) ibu belum banyak tahu lagi. Terdapat lebih 90 pekerjaan profesional yang anak-anak boleh terokai dan rasai sendiri, memang betul-betul bandar kanak--kanak di sini. Tidak sabar untuk merasai sendiri (eh macam ibu pula nak main kan? Terlebih teruja cikgu ni) Ibu bawa Aiesyah dan Hakim, Umar akan bersama dengan abahnya hari ini. Kesian Umar t...