Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Gathering

Dalam Dilema... about Sarakids Open Day

Baru semalam ibu ibu war-warkan tentang penyertaan ibu di Sarakids Gathering & 2nd Open Day, tapi sejak petang semalam ibu berada dalam dilema. Memang ibu menantikan peluang untuk berjumpa dengan ibu-ibu hebat di luar sana sambil bersukaria di tapak pesta booth, nampaknya terpaksa membatalkan niat kerana ada perkara lain yang perlu diambil berati (betulkah bahasa ni) Petang Selasa dapat surat dari sekolah Hakim dan isi kandungannya berbunyi lebih kurang begini: "Sukacita dimaklumkan bahawa anak Tuan/Puan telah terpilih untuk mewakili pasukan Futsal di Kejohanan Sukan Futsal dan Bola jaring peringkat ....... bertarikh 24 April 2011" Ibu mana yang tidak gembira bila melihatkan anaknya berlatih sejak 2 bulan yang lepas untuk pertandingan ini. Tapi ibu ini merasa sedih sedikit sebab terlalu lewat pihak sekolah memaklumkan kepada kami. Hakim memang ada bakat bermain bola, sejak dari pandai bertatih memang pantang tengok bola, biasanya tendangan kaki kiri. Nampaknya Umar ...

Jumpa Ahad ini 24/4/2011 Sarakids Open Day

Setiap hari ibu merindui blog ibu sendiri.... Bila buka, tak tahu nak tulis apa... hehe Baby Umar sudah 1 tahun 10 bulan dan 2 hari (masih baby kah?) sepupu seusianya sudah bergelar abang, dan Aiesyah semasa usianya juga sedang menunggu masa bergelar kakak. Anak bongsu ibu ini sudah semakin lincah fizikal, mental dan juga oralnya, bersembang tak ingat sambil muncung-muncung, kakak dan abangnya layan aje. Kelakar bila abang Hakim senyum sambil memalingkan muka pada ibu bila bercakap dengan adik-adiknya (tak faham ler tu...) Sudah pandai makan dan suap sendiri, pakai baju dan seluar sendiri walaupun kadang-kadang macam ikan duyung, sudah pandai mandi sendiri tak payah disuruh-suruh, sabun sendiri dan gosok gigi sendiri. Baca buku pun dah pandai.... Aiesyah pula semakin berimaginasi, apa sahaja yang dipegangnya pasti ada cerita sendiri, kalau tak percaya bagi sahaja buku dan minta dia ceritakan, sudah tentu ibu terlopong sambil mendengarnya.... Abang Hakim semakin besar pand...

Gift from 1Superkids-MBP Family Day

Kami semua ke Wisma Bling Lustre pada Ahad lepas untuk sama-sama meriahkan 1Superkids-MBP Family Day , dah namanya Family Day ramai yang datang dengan family masing-masing, suami isteri dan anak-anak yang kiut-miut dan comel-comel semuanya ;) Anak-anak memang teruja dengan hadiah yang mereka dapat tak kisah walaupun hanya sebiji gula-gula atau lollipop, tersenyum lebar hingga ke telinga dan duk bercerita lah selagi ingat. Masa Family Day tempohari Hakim masuk coloring contest (rasanya bukannya contest sangat tapi gift for kids yang participate) dan dapat red doggy pencil case yang chomel ni, mula-mula geli jugak sebab tengok doggy tapi sebab kiut ok lah, warna merah pulak tu memang tak tahan... anak-anak memang suka color red! Tengok lah tu Aiesyah dan Umar duk main red doggy pencil case, Hakim bagi kat Aiesyah sebab dia dah ada yang lain dan tak muat nak masuk pencil color dia yang banyak dan panjang-panjang tu. Selain itu dapat jugak bag Playhouse Disney color kuning yang sangat...

@ Wisma Bling Lustre : Family Day

Alhamdulillah, semalam 09 Mei 2010 sempat saya meraikan Hari Ibu bersama teman-teman blogger yang lain di Wisma Lustre sempena 1 Superkids - MBP Family Day. Bertolak lepas solat zohor sampai 2.40pm, punya lah ramai yang datang... Memang terubat kekecewaan saya pada Gathering MBP yang lepas, ramai yang datang tapi tak ramai yang saya tegur, masing-masing sibuk dengan aktiviti apalagi Committee tak menang tangan diorang ni, kalau tak disebabkan diorang ni tak jadilah Family Day semeriah seperti semalam, bravo dan tahniah semua, sangat-sangat hargai jasa anda semua Kebetulan pagi semalam, hujan lebatnya di Rawang, dari pagi-pagi hari sampai lah tengahari, sempat lagi Hakim dan Aiesyah bergaya sementara menunggu ibu bersiap, lepas ibu bersiap alih-alih baju dan seluar Aiesyah habis basah gara-gara main air hujan isk..isk kenalah tukar balik baju dan seluar dengan yang lain Sampai jer kat Wisma Bling Lustre terus ke meja pendaftaran, dan makan (kami kelaparan dari rumah makan mihun ...

Frust dengan Gathering 1, Gathering 2 Pulak :-)

Walaupun berasa sedikit sedih dan kecewa kerana tidak dapat bersama-sama dengan rakan blogger yang lain menyertai MBP gathering , saya tetap ceria demi anak-anak. Yang bagusnya suami tetap cool aje seperti tiada apa yang berlaku walaupun terpaksa banyak kali diminta oleh saya pusing kawasan Taman Tasik Shah Alam. Apabila perut sudah mulai lapar dan anak-anak sudah meragam kami berhenti di kawasan berhampiran dengan Masjid Negeri Shah Alam. Abang, Hakim dan Umar mengikut tema Go Green, tapi ibu dan Aiesyah pakai pink sebab memang tak ada baju color hijau dan saya perlu pakai nursing shirt . GoGreen kami raikan sekeluarga kerana berada di hutan rimba Taman Tasik Shah Alam :-P   Apalah yang baby Umar duk fikir tu? Awning tudung saya jadi tak cantik ketok lepas masuk washing machine... hehe :D The Big Green Bag yang di belakang saya tu beli di Tesco Sabtu lepas sempena hari tanpa beg plastik (ala-ala gitu ler.. dah lupa temanya) harga 1.99. Harga asal 3.99 kut diberi diskaun 50% p...

Silap Saya - was Gathering

Semalam berungkus lumus saya menyiapkan gulai ikan untuk juadah nasi dagang yang saya nak bawa ke gathering MBP hari ini. Lepas balik dari membeli barang-barang dapur saya mula kan operasi, dari jam 7.30 hingga 9.45 mlm. Saya bangun hampir jam 5 pagi untuk siapkan nasinya pula, jam 7.30 baru selesai semua padahal saya plan nak gerak dah time tu :( Anak-anak baru bangun, lepas dah siapkan anak mandi pakai semua, depa nak makan pulak..... gitu gini hampir jam 8.20 baru gerak, dahler lewat turun lepas 10 minit perjalanan kami patah balik sebab barang tertinggal :-s Sampai di area Tasik Shah Alam hampir jam 9.30 pagi, dah lewat sangat dari perancangan asal, tak tahu berapa kali kami duk tawaf tasik tapi tak nampak pun lembaga hijau yg saya bayangkan sebelum datang ke sini. Kami berhenti bila melihat kelibat ramai orang, tapi bukan group MBP. Jam menunjukkan 10.58 anak-anak dah meragam nak main playground. Kami berhenti di tepi tasik berdekatan dengan masjid (saya ingat landmark yg diber...

Anak dan Gathering

Bismillah Beberapa hari tiada new entry, masa begitu pantas berlalu seperti pepatah Arab ada mengatakan "Masa Ibarat Pedang". Minggu depan adalah minggu terakhir di bulan pertama tahun 2010. 24jam masa sehari rasanya tidak cukup untuk melakukan semua benda. Aiesyah sudah pandai bermain game 'mix and match' dan belajar ABC di starfall.com, tangan Aiesyah yang kecil comel itu dulunya nak tekan mouse pun selalu tak jadi sekarang dah boleh drag2. Pada ibubapa yang mempunyai anak 2-5 tahun, saya sangat mencadangkan web education ini . Belajar sangat menyeronokkan dan menggembirakan anak kecil anda sehingga ibu terpaksa bersaing untuk menggunakan pc, dan adakalanya sampai tertidur di depan pc dengan kepala terlentuk di kerusi :)   Umar pula sejak 2-3 hari ni agak manja, selalu nak kena main dengan dia menyebabkan ibu rasa senang hati duduk sambil main2 jer dengan Umar sementara Aiesyah belajar dan ibu juga tidak senang duduk kerana banyak lagi mende yang belum settle....