Cuaca mendung sahaja pagi Jumaat yang diberkati ini.... sambutan hari guru diadakan peringkat sekolah Pasti kami, jadi semua pelajar diminta hadir sesi pagi. Daripada 130 pelajar, hanya 90 yang hadir dengan pelbagai juadah dan hadiah. Guru ini kagum dengan anak-anak cilik yang sediakan hadiah dan ucapkan Selamat Hari Guru kepada kami, terharu... comel je tulisan anak-anak ini di kad. Kami cuma minta bawa sedikit juadah, tapi mereka bawa banyakkkk... seorang bawa untuk jamu 20 orang makan, kalau dah 90 orang? Macam-macam makanan ada kek 6 kotak, kek potong dalam bekas,, makanan berat seperti nasi himpit, mee goreng, mihun, kuih-muih (paling banyak), kerepek, keropok, kentang goreng, kentang putar, nugget, buah, agar-agar dan puding, aiskrim siap dengan kon, snek, sumi jangan dikira. Sekolah sediakan ayam goreng ala-ala FC lagi. Memang banyak! Kami hidangkan makanan yang anak-anak suka makan, yang mana kurang mendapat sambutan kami ketepikan (bawa ke masjid selepas hab...