Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Jalan-Jalan

Cerita Pesta Buku Kuala Lumpur PBAKL 2013

Alhamdulillah sempat ke PBAKL tahun ini, kami memang merancang untuk ke PWTC menaiki tren KTM, ianya lebih mudah, cepat dan jimat. Tambahan dengan anak-anak yang teruja naik tren (orang kampung ibu kata darat) Sampai sahaja di stesen KTM Rawang, terkejut kami dengan deretan orang ramai beratur membeli tiket, kebanyakannya adalah warga asing... nak kata pergi mengundi, 4 hari lagi. Kami ubah fikiran untuk terus ke sana dengan kereta, Hakim sudah muncung 14 belas, ok kita naik di Batu Caves sahaja kata abah. Sampai di sana, Alhamdulillah parkir masih lapang, tidak ramai orang. Dari tempat parkir, tiada lif, kena panjat tangga... ibu gayat naik tangga tinggi berlubang begini, ketar lutut ibu! Nasib baik pimpin Aiesyah, jadi kena bertabahlah duhai ibu. Tangga begini tidak mesra rakyat yang jenis gayat macam ibu, apalagi warga tua yang biasanya sakit dan lenguh lutut. Pertama kali melihat tangga begini di stesen KTM dengan tidak disediakan lif (mungkin belum siap, tidak ibu k...

Rehatkan Badan Segarkan Minda

Apa khabar ibu-ibu hari ini? Cuti sekolah sentiasa dinantikan oleh anak-anak, belum lagi cuti mereka sudah merancang aktiviti mereka sendiri, paling popular adalah balik kampung. Apa aktiviti ibu-ibu cuti sekolah ini? Balik kampung bagaikan menjadi aktiviti wajib bila tiba cuti sekolah. Hati ibu ini sangat terikat dengan kampung halaman, nyaman, indah, tenang, paling utama orang tua ada di sini. Rindu dengan mereka, mahu bertemu adik-beradik. Anak-anak pula rindu dengan sepupu-sepupu mereka. Balik kampung kali ini berbeza sedikit, kami merancang untuk berehat dan bermalam di Peladang Setiu Agro Resort. Lokasinya di daerah Setiu, sekitar 10km dari Bandar Sri Permaisuri. Kelihatan terpencil dan tidak diketahui umum, namun bagi ibu ianya lokasi menarik meluahkan penat lelah, tempatnya nyaman, tenang, jauh dari hiruk pikuk kebisingan kota.  Kali terakhir ibu ke sini semasa sekolah menengah dulu, berkhemah di sini. Terdapat pelbagai aktiviti menarik seperti flying...

BBQ Di Sungai Inki, Kalumpang Hulu Selangor

Status rakan-rakan blog dan fb berkisar tentang percutian keluarga, maklum sahaja cuti sekolah, bercuti dan berjalan-jalan itu menjadi agenda wajib. Ibu sekeluarga bercuti juga Ahad baru ni, kami ke Sungai Inki yang terletak di Kampung Pasir Putih, Kalumpang di daerah Hulu Selangor. Tidak jauh pun dari rumah kami ni :) dalam 30 minit perjalanan sudah sampai. Perancangan asal hendak berehat di Janda Baik, namun hasrat tidak kesampaian chalet semua penuh (yang ibu call) jadi malam itu ibu google, dan akhirnya keputusan untuk ke Sungai Inki yang belum pernah kami jejaki. Persiapan dibuat sehari sebelum, ibu beli kepak ayam dan perap untuk acara BBQ, sudah lama tidak berkelah begini, ibu teruja! Kepak ayam perap dengan lada hitam, lada sulah, sedikit garam, bawang, halia, serai dan tepung magik. Jam 7 pagi kami sudah turun, singgah isi minyak dan beli kuih untuk alas perut sementara acara makan-makan di sungai nanti. Alhamdulillah perjalanan pagi itu sungguh lancar, dan tenan...

Guangzhou

Ibu akan berangkat ke Guangzhou hari ini sehingga 14/11. Mohon doa kalian agar perjalanan ini dipermudahkan, berjumpa dengan barang yang ibu mahu dan mendapat idea bisnes yang baru. Selesai sahaja urusan penghantaran barang ibu akan segera pulang, pasti merindui keluarga tercinta di sini. Sekarang musim sejuk, suhu sekitar 15 - 21 Darjah Celcius, suhu sekitar ini juga ketika pertama kali menjejakkan kaki ke Guangzhou Januari lepas. Ini adalah trip ke 3 ibu ke sana. Ibu belum berkemas semasa menulis entry ini, baru selesai listing barang, print map dan boarding pass. Jacket, extra socks, universal adapter, tidak boleh lupa. Musim sejuk tidak perlu bawa baju yang banyak, sebab boleh dipakai berulang :) jimat ruang bag sebab pergi ibu biasanya tidak amik luggage, hanya hand carry bag. Kambing panggang antara menu paling best di sana terutama di musim sejuk :) Trip bulan Jun di link ini Tengok sini untuk lihat apa yang menarik di Guangzhou?