Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Keluarga Bahagia

8 Tips Melahirkan Anak Soleh

Anak soleh adalah impian semua ibubapa, harta yang sangat bernilai dan kekal sehingga ibubapa meninggal. Pertama : Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Seseorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, maka engkau akan beruntung – Hadis riwayat al-Bukhari. Tips seterusnya baca artikel penuh...

Solat Punca Utama Cerai?

Ibu mahu berkongsi berita ini, diambil dari laman mukabuku :) Solat adalah amalan pertama yang akan dihisab apabila kita mati dan dibangkitkan di alam akhirat kelak. Kenapa Islam menitikberatkan solat ? Bagaimana mungkin perasaan kasih sayang dan rahmat dari Allah SWT akan datang menyinari kehidupan dan hati sanubari kita sekiranya kita tidak kasih dan sayang untuk sujud (solat) kepada Allah SWT...? Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mengerjakannya maka ia menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya ia akan meruntuhkan agamanya." - Hadis Riwayat Muslim Kasih sayang, rahmat, perasaan cinta kita kepada pasangan adalah sedikit kurniaan rahmat dari Pencipta, pemilik seluruh kasih sayang hambanya.... perasaan manusia boleh berubah, hati manusia dibolak-balik, iman   manusia biasa seperti kita ada turun naiknya. Sempurnakan solat kita ?

Cinta Yang Hilang... Bhg 1

Akhir-akhir ini ibu agak kurang fokus untuk update blog. Bila ada idea, tidak sempat untuk menjengah laptop, bila mengadap laptop, idea pula melayang entah ke mana. Seronok bila di rumah dengan anak-anak sehinggakan masa agak terhad untuk online. Cuti sekolah ini anak-anak leka bermain dan berseronok di rumah. Bila ibu beritahu ibu perlu bekerja, anak membalas "Ibu kerja di rumah ke kerja di luar?" Emm bagaimana mahu terangkan dengan anak-anak kerana mereka biasanya meneka ibu kerja di rumah kan? Lalu senyumlah mereka tidak mahu dihantar ke taska. 'Cabaran ibu bekerja di rumah' Petang ini ibu mahu kongsikan cerita ini tentang kasih sayang cinta pasangan suami isteri juga anak-anak tulisan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi di dalam slot SoalCinta Solusi Isu 25. Ketika pasangan suami isteri itu berpindah ke bandar, kehidupan mereka berdua penuh ceria. Walaupun pendapatan masih kecil kerana perniagaan belum menjadi, mereka mengharungi kehidupan dengan seadanya. S...