Skip to main content

Cinta Yang Hilang... Bhg 1

Akhir-akhir ini ibu agak kurang fokus untuk update blog. Bila ada idea, tidak sempat untuk menjengah laptop, bila mengadap laptop, idea pula melayang entah ke mana.

Seronok bila di rumah dengan anak-anak sehinggakan masa agak terhad untuk online. Cuti sekolah ini anak-anak leka bermain dan berseronok di rumah. Bila ibu beritahu ibu perlu bekerja, anak membalas "Ibu kerja di rumah ke kerja di luar?" Emm bagaimana mahu terangkan dengan anak-anak kerana mereka biasanya meneka ibu kerja di rumah kan? Lalu senyumlah mereka tidak mahu dihantar ke taska. 'Cabaran ibu bekerja di rumah'

Petang ini ibu mahu kongsikan cerita ini tentang kasih sayang cinta pasangan suami isteri juga anak-anak tulisan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi di dalam slot SoalCinta Solusi Isu 25.

Ketika pasangan suami isteri itu berpindah ke bandar, kehidupan mereka berdua penuh ceria. Walaupun pendapatan masih kecil kerana perniagaan belum menjadi, mereka mengharungi kehidupan dengan seadanya.


Sikap saling memahami dan bertimbang rasa jelas terpancar. Makan bersma, solat berjemaah, bergurau dan berbual bersama.

Beberapa tahun berlalu, perniagaan semakin maju, semakin berkembang. Suami ada kalanya pulang lewat, isteri pula sibuk dengan perniagaannya sendiri. Semakin hari semakin sibuk.


Alhamdulillah, keadaan ekonomi keluarga bertambah baik. Mereka berpindah ke rumah yang lebih besar dan selesa. Entah kenapa kemesraan yang dibina dahulu semakin hilang. Suami sekamin sibuk dengan perniagaannya dan isteri pula sibuk dengan promosi produk jualannya. Solat jemaah dan makan bersama sudah jarang dilakukan, apatah lagi melihat suami memberi tazkirah untuk isteri dan anak-anak.

Benarlah kata bijak pandai, apabila kita mendapat sesuatu, pada masa yang sama kita kehilangan sesuatu. Kita tidak akan dapat kedua-duanya pada satu masa. Dalam hal ini, pesan bijak pandai, pastikan apa yang kita dapat lebih bernilai dari apa yang kita hilang.

Keluarga tadi mendapat apa yang mereka cari - kemewahan dan keselesaan hidup, tetapi dalam masa yang sama mereka hilang kemesraan dan keharmonian rumah tangga.

Jika ditanya kepada hati nurani kita yang paling dalam, mana yang lebih berharga? Kemewahan hidup atau kerukunan rumah tangga? Tentu jawabnya kerukunan rumah tangga.


Jika ditanya, untuk apa bertungkus lumus bekerja siang dan malam? Tentu jawapan mereka untuk kebahagian keluarga tercinta. malangnya kita sering tertipu. Betapa ramai antara kita yang telah melupakan isteri, meminggirkan suami dan mengabaikan anak-anak semasa mencari kemewahan dan keselesaan hidup? Kita sering terlupa bahawa kemewahan hidup, harta, rumah, kereta dan sebagainya bukan matlamat tetapi alat kebahagiaan. Kita memburu alat dan melupakan matlamat. Ertinya harta dan segalanya itu adalah alat untuk membahagiakan rumah tangga kita.


Apa yang sering berlaku alat menjadi matlamat, matlamat menjadi alat. Kebahagiaan rumah tangga sering menjadi pertaruhan dan tergadai dalam keghairahan memburu kemewahan hidup. Kita bekerja demi anak-anak, tapi anehnya anak-anak kita abaikan semasa bertungkus lumus bekerja.


Bangun dari tidur, kepala ingat tempat kerja, keluar awal elakkan kesesakan, hampir senja baru pulang. Tidak cukup dengan itu kadang ada kerja yang dibawa pulang ke rumah. Malam buat kerja sambilan jumpa client pula. Begitulah hari demi hari, bulan demi bulan dan tahun demi tahun. 

Tiba-tiba kita tersentak, mengapa kita sudah jarang menikmati senyum dan gurauan isteri? Mengapa jarang mendapat sentuhan dan belaian suami? Mengapa gurau senda semakin hilang dalam rumah tangga?


Hati masih memberi alasan, sibuk, aku ingin mengejar cita-cita, kejayaan dalam karier, sedikit masa lagi bila segalanya sudah stabil, aku akn kembali serius membina keharmonian keluarga. Begitulah selalunya kita memberi alasan. Biarlah isteri, suami dan anak-anak 'berkorban' sementara, nantilah kita akan bahagia.

Jangan keliru. Bahagia itu bukan hanya di hujung jalan tetapi bahagia itu ada di sepanjang jalan. Carilah bahagia yang di sepanjang jalan itu dengan sentiasa menggenggamnya rasa cinta selamanya. 

Carilah harta tapi genggamlah cinta. Carilah kemewahan hidup tetapi peluklah cinta itu sekuatnya. Jangan abaikan cinta itu. Tunaikanlah hukum-hukum cinta dalam apa jua keadaan.

Apa hukum-hukum cinta yang perlu ditunaikan? InsyaAllah bersambung :)



Comments

  1. kakyong pun selalu mengingatkan diri agar selalu semaikan sifat kasih sayang sesama anak2 & suami.. cuma itu lah, hrp ia berkekalan... takut juga di masa depan kan...

    ReplyDelete
  2. Bagi saya segalanya bermula dengan niat dan keikhlasan hati, jika kita benar2 ikhlas kerana Allah InsyaAllah Allah akan menjaga hati2 kita semua, apa yg akan berlaku memang tidak dapat dijangka melainkan hanya Allah sahaja yang tahu kerana Allah sahaja yang MAHA MENGETAHUI setiap sesuatu

    Saya doakan yang terbaik untuk kakyong sekeluarga :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Anak Suka Pakai Selipar Terbalik

Biasa tak tengok anak-anak pakai selipar terbalik, macam jadi perkara biasa pada mereka. Aiesyah sekarang ni memang trend pakai selipar terbalik bila ditegur barulah dialihkan selipar, jika tidak macam tu lah dia pakai selipar. Kadang tu bila disuruh pakai betul-betul kita pula yang dimarahnya, dia cakap yang dia pakai tu dah betul, adakah anak usia 2-3 tahun sukar untuk kenalpasti selipar kiri dan kanan? Selipar yang aiesyah pakai sekarang, snap masa baru beli,  sekarang dah takde color pink lagi dah... Ni pulak selipar hakim yang tinggal kenangan,  kena curi kat masjid masa hakim ikut abah solat Jumaat Apa yang ibu perasan bukan selipar sahaja yang terbalik, huruf pun selalu ditulis terbalik, contohnya bila N ditulis seperti U, S pun jadi terbalik. Semalam masa Aiesyah belajar menulis huruf, ibu gelak jer bila tengok A ditulis terbalik iaitu bukaan A di bahagian atas. Mungkin ini salah satu proses pembelajaran anak-anak kan? Dengan cara ini mereka boleh kenalpasti ...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...