Skip to main content

Posts

Showing posts with the label ProductiveMuslimSeminar

Berkongsi Tentang Productive Muslim Seminar

Bismillah... Seminar ini sudah berakhir 2 minggu sudah, tapi kotak fikiran ini masih berlegar-legar memikirkan, kenapa tidak pergi seminar begini lebih awal? Cenderahati Sangat bemanfaat terutama bagi ibu yang masih belum dapat mengimbangi (balance) rutin harian sebagai isteri dan ibu, profession (kerja), rakan sosial (dengan masyarakat) dan yang paling penting sebagai hamba kepada Allah yang menciptakan. Tanggungjawab kita bukan sekadar kerja dan keluarga sahaja (ini aje yang ibu buat pun dulu) tetapi kita juga ada tanggungjawab untuk diri sendiri (InsyaAllah ibu akan gali potensi diri dan mencari lubang-lubang ilmu bagi tujuan ini), komuniti atau masyarakat sekeliling kita, untuk ummah (terutama generasi akan datang, yes! I will do something on it!) dan pembangunan Islam (bukan sekadar solat 5 kali sehari dan tunaikan rukun Islam yang 5). saudara Faris yang good looking :) Kenapa perlu productive? Atau dengan kata lain mengubah hidup menjadi lebih baik. I...

Productive Muslim Seminar

Minggu lepas ibu dah belek-belek pasal seminar ini di blog  melihatkan pada harganya sangat berpatutan dengan 2 penceramah jemputan yang sangat hebat, lihat poster sebelah kanan. Menarikkan? Santai-santai pagi Ahad sambil menonton Rancangan Assalamualaikum di TV Al-Hijrah. TV rumah ini memang channel 6 je TV Al-Hijrah setiap hari, kami tidak menggunakan Astro, channel 6 yang kami set sendiri. Sejak dapat channel 6 ni, memang kami tak layan dah channel lain :) Ibu suka sangat dengan TV Al-Hijrah sebab kebanyakan rancangannya sangat berilmu dan bermanfaat. Ibu suka sangat dengan madrasah Al-Hijrah, ada ilmu Al-Quran, Akidah, Syariat dan Akhlak. Satu lagi adalah J.O.M Jalan Orang Mukmin. Memang boleh refresh apa yang ibu belajar masa sekolah dulu, dan dapat banyak ilmu baru. Tiada iklan yang menjolok mata, ibu harap sangat TV Al-Hijrah dapat kekalkan identiti sampai bila-bila. Iklan mestilah yang sopan sahaja :) Selang masa diisikan dengan zikir, dikir dan ...