Bismillah...
Seminar ini sudah berakhir 2 minggu sudah, tapi kotak fikiran ini masih berlegar-legar memikirkan, kenapa tidak pergi seminar begini lebih awal?
Cenderahati
Sangat bemanfaat terutama bagi ibu yang masih belum dapat mengimbangi (balance) rutin harian sebagai isteri dan ibu, profession (kerja), rakan sosial (dengan masyarakat) dan yang paling penting sebagai hamba kepada Allah yang menciptakan.
Tanggungjawab kita bukan sekadar kerja dan keluarga sahaja (ini aje yang ibu buat pun dulu) tetapi kita juga ada tanggungjawab untuk diri sendiri (InsyaAllah ibu akan gali potensi diri dan mencari lubang-lubang ilmu bagi tujuan ini), komuniti atau masyarakat sekeliling kita, untuk ummah (terutama generasi akan datang, yes! I will do something on it!) dan pembangunan Islam (bukan sekadar solat 5 kali sehari dan tunaikan rukun Islam yang 5).
saudara Faris yang good looking :)
Kenapa perlu productive? Atau dengan kata lain mengubah hidup menjadi lebih baik. Inilah kunci kejayaan, hari ini lebih baik dari semalam, esok lebih baik dari hari ini, bukankah itu perubahan?
Hidup pasti lebih bermakna, bukan dengan makan icecream Wall :) sahaja.
Antara yang menarik perhatian ibu adalah tentang
7 Daily Spritual Habits to Develop
1. Sunnah Prayers before/after Solah (qabliyyah and baa'diah)
2. Remembrance of Allah after every solah (do'a, wirid, zikir)
3. Morning/Evening Remembrance of Allah (Doa Ma'thurat)
4. Night Prayer (Qiammullail)
5. Dhuha Prayer
6. Suplications before Sleep
7. Recite 30m of Quran each day (minimum!)
Detail boleh rujuk di sini
Ibu bukan ustazah atau lecturer, ibu menulis untuk diri sendiri, andai ada kebaikan, anda ambillah dan jadikan panduan dalam hidup, amalkan! Jika boleh lakukan semua habits di atas berterusan setiap hari, InsyaAllah ada ketenangan yang luar biasa yang tidak boleh digambarkan kecuali bagi mereka yang melakukannya. Seperti nikmat dalam Islam yang sudah tentu tidak dapat dirasai oleh bukan Islam.
Islam bukan hanya sebagai keturunan, solat bukan budaya tetapi Islam dan Iman letaknya di dalam hati.
Brain VS Mind juga ibu suka, ibu akan tulis di entry yang lain. Ibu akan gabung jalin dengan kursus Rahsia Kuasa Minda yang ibu hadiri minggu lepas, sungguh bermakna! Allah kurniakan kita minda yang sangat luar biasa, sebab itu beza manusia dengan makhluk lain di dunia ini adalah akal/minda supaya kita berfikir.
Hari ke-2 bersama panel yang ibu kagumi, mereka berdua adalah idola. Dr Zaharuddin Abd. Rahman dan Dr Harlina Halizah Siraj.
Gambar tambahan;
Semoga bersua lagi, InsyaAllah.
Can't wait to read the next entry.
ReplyDeletetime kasih anie kongsi sini...
ReplyDeletehope saya juga berpeluang pegi seminar mcm ni,rasa dah berkarat dah minda ni...huhu
Nur, terima kasih sebab sentiasa singgah sini, diri mu begitu berharga!
ReplyDeleteMamaYatie, hari minggu adalah hari saya mencari ilmu dan bersosial dengan masyarakat.. maklumlah hari-hari biasa sibuk dengan family dan kerja sahaja :)
ReplyDeleteCari ruang kerana ilmu perlu digali setiap masa tidak kira lah bagaimana caranya.