Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Ramadhan Karim

10 Malam Terakhir Ramadhan

Ramadhan seolah dilupakan sebab dah excited dengan Hari Raya, lagipun bermacam raya dah timbul, biskut raya, kad raya, lagu raya, iklan raya, baju raya, langsir raya, segala keperluan raya. Jika di Mekah perkhabaran daripada mak dan ayah ibu, malam-malam terakhir Ramadhan ini dihidupkan dengan Solat Hajat, Solat Tahajud dan Solat Tasbih selepas selesai Solat Tarawih. Mak bagitahu pukul 4-5 pagi baru balik ke hotel untuk bersahur kemudian berjalan semula ke Masjidil Haram untuk solat Subuh. Betapa berbeza benar keadaan di Malaysia ini, tidak dinafikan ada surau yang buat pelbagai aktivit seperti surau di taman ibu ni hari minggu diadakan Qiamullail dan disertai oleh remaja lelaki. Ini salah satu cara untuk mendidik remaja supaya dekat dengan Tuhan. Mencari Lailatul Qadar Walaupun ada pendapat yang mengatakan Malam al-Qadar adalah malam ketika Quran diturunkan, tetapi pengisiannya yang penting kerana mencari Malam al-Qadar seperti motivasi untuk orang biasa seperti kita memohon k...

Zaman Puasa Ber-2

Hari ni Ahad, tidak ke mana pun hujung minggu ini, hanya di rumah kemaskan apa yang patut. Bila terbaca kisah terawikh dan puasa kawan-kawan blogger, ibu teringat ketika berpuasa berdua bersama suami 6-7 tahun yang lalu. Sempat kami berpuasa ber-2 dua tahun, tahun pertama selepas kahwin sebab nikahnya bulan Rejab jadi tak lama lepas tu Ramadhan, tahun kedua ibu baru jer mengandungkan Hakim 2 bulan. Waktu tu ibu bekerja di Kuala Lumpur, walaupun abah kerja di luar KL boleh dikatakan setiap hari abah akan hantar dan jemput ibu dari office. Balik dari kerja kami terus ke Masjid Wilayah, berbuka dan bertarawih di sana kemudian baru balik ke rumah. Hampir setiap hari, gembira berbuka beramai-ramai walaupun kami terpaksa duduk berasingan, lelaki dan perempuan diasingkan cuma ada juga yang datang berkeluarga dengan anak-anak berbuka bersama-sama. Sambil berbuka mata menjeling ke arah orang tersayang... hehe Kadang-kadang ada makanan berbuka yang masih berbaki kami ambil untuk di makan...

Azam Ramadhan

Bismillah Selamat berpuasa ibu ucapkan kepada anda semua, semoga ibadah puasa tahun ini adalah yang terbaik dan pastinya lebih baik dari yang sebelumnya. Untuk menjadikan puasa ini adalah yang terbaik mestilah ada azam untuk Ramadhan tahun ini. Puasa Penuh - InsyaAllah jika tiada sebarang keuzuran syarie puasa mesti dilengkapkan sepenuhnya tanpa sebarang alasan letih atau penat walaupun mengandung atau menyusukan anak. Niat memulakan puasa sangat penting kerana niat menggerakkan seluruh anggota fizikal yang lain. Lengkapkan Terawih - Seperti tahun sebelum ini, ibu hanya melakukan solat terawih di rumah, paling aman apabila semua anak-anak telah dibuai mimpi, tidak mahu miss walau 1 malam pun jika diizinkan Allah. Khatam Quran - Selepas beberapa tahun gagal khatam Quran di Bulan Ramadhan tahun ini ibu berazam untuk lengkapkan 30 juzuk dalam masa 30 hari ini, InsyaAllah. Caranya baca 0.5 juzuk pada waktu awal pagi selepas solat Subuh dan 0.5 juzuk di waktu malam selepas sel...