Skip to main content

10 Malam Terakhir Ramadhan

Ramadhan seolah dilupakan sebab dah excited dengan Hari Raya, lagipun bermacam raya dah timbul, biskut raya, kad raya, lagu raya, iklan raya, baju raya, langsir raya, segala keperluan raya.


Jika di Mekah perkhabaran daripada mak dan ayah ibu, malam-malam terakhir Ramadhan ini dihidupkan dengan Solat Hajat, Solat Tahajud dan Solat Tasbih selepas selesai Solat Tarawih. Mak bagitahu pukul 4-5 pagi baru balik ke hotel untuk bersahur kemudian berjalan semula ke Masjidil Haram untuk solat Subuh.

Betapa berbeza benar keadaan di Malaysia ini, tidak dinafikan ada surau yang buat pelbagai aktivit seperti surau di taman ibu ni hari minggu diadakan Qiamullail dan disertai oleh remaja lelaki. Ini salah satu cara untuk mendidik remaja supaya dekat dengan Tuhan.

Mencari Lailatul Qadar
Walaupun ada pendapat yang mengatakan Malam al-Qadar adalah malam ketika Quran diturunkan, tetapi pengisiannya yang penting kerana mencari Malam al-Qadar seperti motivasi untuk orang biasa seperti kita memohon keampunan dan dijauhkan dari azab api neraka.
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran pada malam al-Qadar. Tahukah kami apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Malam itu malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar" - al-Qadr: 1-5
Daripada Aisyah R.A:
"Apabila masuk malam 10 terakhir Ramadhan, baginda Rasulullah S.A.W menghidupkan  malam dengan beribadah, mengejutkan ahli keluarganya bersungguh-sungguh da uzlah (menjauhi) isteri-isterinya" - HR Bukhari & Muslim

Tinggal 3 hari sahaja lagi Ramadhan akan pergi meninggalkan kita. Ibu berpesan kepada diri sendiri, kejarlah malam yang berbaki ini dengan sebaiknya supaya kita tidak akan menyesal jika tidak diizinkan untuk bertemunya lagi di tahun hadapan.

Comments

  1. terima kasih mengingatkan kembali. Frankly speaking, sy pun terleka dgn persiapan raya doh. huhu

    ReplyDelete
  2. sekejapnya masa berlalu..10 mlm terakhir mmg menguji keimanan..antara duniawi & ukhrawi mana nak dikejar..saya juga tak terkecuali..selalu lalai & lupa..

    SELAMAT HARI RAYA
    MAAF ZAHIR & BATIN

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...