Anak ini sudah lebih seminggu diaperless, Alhamdulillah proses mengajak anak ke tandas sangat senang dilakukan.
Ibu sudah bertekad untuk latih tubi gerak gempur melatih anak berusia 2 tahun 4 bulan ini meninggalkan terus diapers. Hari pertama ibu ajak Umar ke tandas setiap 2 jam, 2 kali terbabas sebab ibu lupa masanya dan kali kedua sejurus Umar bangun tidur.
Hari kedua ibu sudah nampak yang anak ibu tidak mahu lagi memakai diapers kerana seawal bangun pagi terus sahaja ke tandas sambil memegang ...... Hari kedua juga semasa ibu solat Umar dengan sendirinya menanggalkan seluar dan poo di dalam tandas walaupun bukan di toilet bowl. Umar menolak untuk menggunakan potty dia nampaknya selesa dengan melepaskan begitu sahaja :)
Hari ketiga dan hari ke-4 Alhamdulillah segalanya seperti yang dirancang, tiada lagi keciciran, dan ibu berani membawa keluar Umar menemani Abang Hakim exam untuk pemilihan tempat sekolah tahun depan tanpa diapers.
Antara tips yang ibu boleh kongsikan di sini ialah:
1. Habiskan semua diapers dan bertekad untuk tidak mahu membeli diapers lagi, jika menggunakan cloth diapers sembunyikan dari penglihatan anak.
2. Cukup anak memakai tee dan underwear supaya senang anak membukanya sendiri bila mahu ke tandas.
3. Ajar anak supaya duduk dengan betul semasa membuang hajat, semasa memakai diapers anak kadang membuang hajat semasa berdiri.
4. Ibu perlu bersedia mental dan fizikal untuk sentiasa berhadapan dengan situasi yang tidak terduga.
5. Teruskan diaperless walaupun waktu malam, tidurkan anak di toto yang mudah dibasuh. Alaskan tilam dengan plastik getah atau kain yang dijahit 2 lapis dan waterproof.
6. Jangan risau kerana anak yang normal tidak akan membuang air kecil atau air besar ketika sedang tidur. Mereka melakukannya semasa jaga.
7. Ajak anak ke tandas sebelum tidur dan sejurus bangun tidur atau bila anak terjaga di waktu malam, ibu mesti bersedia untuk tidur bersama anak juga semasa proses ini.
8. Jangan selang-selikan dengan memakai diapers untuk mengelakkan kekeliruan anak. Terus terusan diaperless itu lebih baik dan proses mengajar anak ke tandas akan menjadi lebih mudah.
Selepas 5 hari proses latih tubi ke tandas, tiba masa Umar perlu ke taska, ibu pesan kepada pengasuh supaya berjaga-jaga dan bawanya ke tandas bila Umar memegang anunya, kerana itu maksudnya 'Umar nak kencing'. Jangan terkejut bila bawa ke tandas yang di belakang pula keluar sebab Umar hanya akan beritahu kencing sahaja untuk kedua-duanya sekali :)
Umar sudah pandai panjat toilet bowl, dan selepas selesai mahu flush sendiri. Bagus jangan tinggalkan apa-apa di dalamnya ya nak!
Semasa awal latihan, anak lebih kerap ke tandas dan hanya mengeluarkan dengan kuantiti yang sedikit, lama kelamaan akan normal.
Jika ditanya ibu persediaan pertama untuk melatih anak ke tandas, jawapan ibu sudah tentu persediaan mental dan fizikal ibu/bapa kemudian baru anak-anak.
Anak-anak sudah boleh diajar ke tandas seawal usia setahun, tidak ada umur tertentu untuk melatih anak ke tandas. Jika ibu dan anak bersedia maka teruskan sahaja.

Cantik speks :-)
thanks for the tips, dear. saya pun tgh potty-train my 2nd boy dah yg nk masuk 3yrs.. masih bersabar.... :)
ReplyDeleteSyigim, selamat berjaya...
ReplyDeletefuh mencabar kesabaran juga melatih anak ke toilet ni :)
tahniah anie & umar..
ReplyDeleteutk sarah ni mmg kena ambik masa pjg sket kot sbb waktu tido dia masih buang air..kdg2 bocor jugak sbb dia kerap bangun minum air masak..mama ler kena bersedia mental utk bangun malam ni..hihi
memang betul persedian mental kena cukup tinggi....
ReplyDeletebased on my experience, nak latih anak lelaki ke tandas lebih mudah berbanding anak perempuan...
Anak perempuan sukar utk tahan kencing agaknya...
Aiesyah sekarang ni ada jugak tercicir malam2 :)
Assalam Wan,
ReplyDeleteBestkan bila anak dah tak pakai diapers..
Anak ida yg no.2 (KakNgah) umur 4 thn, baru je diaperless. Actually dia cuma pakai diapers waktu mlm. Waktu siang mmg dia dah tak pakai sejak umur 3 thn. Lambat sikit jika nak bandingkan dgn kakyong. Kakyong 2 thn lebih dh totally diaperless. Sekarang ni tengah melatih sikecil ida yg umur 2 thn pula. Kena bersedia mental and fizikal nih.. nak kena ambil cuti ke ni?.. :)
@Laman Alia aka Ida,
ReplyDeleteApa salahnya ambil cuti di cuti sekolah ini untuk bersama dengan anak-anak....
Saya juga masih mencari formula yang tepat untuk anak yang tercicir malam ni, rasanya dah dapat formula sket2 :)
tahniah.....mesti sekarang dah berjaya (^-^)
ReplyDelete